Monday, December 20, 2010

~membebel lagi..~

susah sangat ke nak cakap elok2?Berdosa ke kalau bercakap dengan nada yang lembut and sopan sikit?haram ke jadinya kalau kita berlemah lembut bila berckap?Tak kiralah..dengan orang muda ke..orang tua ke..hormat tetap hormat kan??Tapi..kenapalah masih ada orang yang suka sangat menengkin2 bila bercakap?sakit agaknya kalau cakap elok2..ish,tak faham betullah dengan orang sekarang nih!

Eh..sorry semua..khusyuk sangat membebel..sampaikan benda rutin yang selalu dibuat pun terlupa nak buat..hehe..Assalamualaikum semua...hehe..

Sebenarnya..aku bukan membebel sebab kena sampuk ke apa...tapi,sebab letih tengok orang2 yang macam ni..suka menyakitkan hati orang dengan percakapan2 yang bagi diorang amatlah beradab dan penuh dengan kesopanan dan ketatasusilaan..hah,hambik ko!kan dah terkeluar ayat poyo aku..ish..seriously..aku memang alergik dengan orang yang tak reti nak bercakap baik2 dengan orang nih..macamlah rendah and jatuh maruah bila bercakap elok2...

lagi tambah alergik kalau orang tu..dengan awek ataupun pakwe sendiri..boleh je cakap ibarat lembut gigi dari lidah..tapi,dengan mak ayah sendiri..macam nak ditelannya..huh!Aku memang boleh marahlah kalau dengar orang2 yang macam tu bila berkata2...sebabnya,nak buat baik dengan orang yg tak sepatutnya..bukan ke kita diajar untuk menghormati mak ayah kita?So,sepatutnya..kita kenalah hormat mak ayah kita dulu before orang lain..(awek and pakwe masing2 lah..)

bukanlah niat aku menulis this entry nak menghentam sesiapa..aku pon kadang2 terlajak jugak bila berkata2..tapi,aku cuba sebaik mungkin untuk tidak meninggikan suara kat mak ayah aku...aku rasa..mak ayah aku adalah segala2nya bagi aku...tak kisahlah kalau tak ada pakwe ke..apa ke..yang penting,aku ada mak ayah aku..eh2..apa kena mengena dengan pakwe pulak ni?hehe..eish..dah mengarut and menyimpang jauh dah ni..huhu..ok2..back to the subject..memang..itu salah satu kepantangan aku..bila orang lebih suka bercakap dengan nada suara yang pitchingnya mengalahkan pitching tarzan kat amazon tu..(erm..kat amazon ada Tarzan ke?huhu..)..salah ke kalau bercakap dengan nada yang elok sikit?Tak salah kot rasanya...tapi,agak susah nak menyedarkan orang2 yang dah biasa buat perangai macam tu...

Alasan kenapa bercakap dengan nada yang macam tu..sebabnya,kena marah untuk benda yang dia tak buat..lepas tu,sebab asyik kena bebel je..sakit telingalah..apalah..Eh,hello...kalau setakat kena marah pasal benda yang korang semua tak buat...ataupun sakit telinga sebab asyik kena bebel je..benda tu semua tak jadi masalahlah..kalau dah kena marah atau kena tegur..walaupun kita ni bukanlah dalam golongan yang boleh dengan senang hati terima teguran..apalah salahnya kalau kita diam je?Ini tidak..sepatah orang tegur..beribu2 lemon patah kita jawab...

Aku bukan nak blame orang lain..orang paling dekat dengan aku sendiri pun macam tu jugak..contoh paling dekat..adik2 akulah..ish..depa tu,kalau menjawab...selagi aku yang suara ala2 "perempuan melayu entah yang ke berapa entah" ni tak mencelah..tak buat2 garang...takkan mahunya nak berhenti...itulah budak2 zaman sekarang....suka sangat nak menegakkan kebenaran yang memang tak benar tu semata2 sebab tak sanggup nak dengar dibebeli dan dileteri mak ayah sendiri..susah betul nak suruh diorang ni diam walaupun sesaat dua daripada berkata2 benda yang bila dibiarkan akan melarat..lepas tu terjadilah babak2 touching sesama sendiri...haha...ragam adik2 aku sebenarnya story for this entry...so,janganlah ada yang terasa kalau baca entry aku ni..takde kena mengena dengan orang lain pun..cuma sebagai ingatan bersama..tak salah kalau kita berckap dengan nada yang lembut..sebab bukannya dapat dosa pun..yang berdosanya bila kita bercakap seolah2 macam kita nak bergusti pulak dengan mak ayah kita..hehe..don't do like that...syurga di bawah tapak kaki ibu kan?Walaupun orang tak kata bawah tapak kaki ayah ada syurga..dengan menghormati ayah kita jugaklah membawa kita ke syurga..betul tak?hehe...lagi sekali,ingatan untuk diri sendiri..

Oh,tidak..aku dah mula poyo noih..sebelum korang sume pakat dok baling aku dengan botol kicap cap kipas udang..baik aku berhenti..hehe..see u in the next post..renung2kan dan selamat beramal..(pinjam kata2 prof izuddin ali a.k.a izi haji Ali..)huhu...salam semua..:-)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...