Thursday, December 9, 2010

~kawan dan sahabat~

Assalamualaikum..hai semua..hehe..berdebarlah pulak malam ni..besok result final exam keluar..erm,seriously..memang takut..berdebar-debar..gelabah..and semualah yang seangkatan dan yang sewaktu dengannya..orang kata apa..seribu satu macam perasaan ada..huhu..malam ni memang confirm tak boleh tidur lena!Bukanlah sebelum ni tidur aku lena sangat pun(walaupun kadang-kadang aku rasa aku tidur sampai jam yang aku settingkan berbunyi pun aku tak sedar..maksudnya tidur aku lenakan?hahaha..apa-apalah..)..tapi,sebab besok result keluar..aku rasa malam ni aku takkan tidur lena selena-lenanya..silap-silap,aku boleh detect bunyi jam sebelum sempat dia berbunyi agaknya..dek kerana ketakutan and kegelabahan yang melanda diri….hahaha..boleh ke macam tu?Huhu..apalah nasib aku besok kan?Ok ke tak result aku tu..ataupun KO je yang aku dapat nanti?(Ingat main wrestling-wresling or boxing-boxing ke?haha..)Erm..tak tahu nak predict macam mana..apa yang aku harapkan,aku lulus semua subjek..semoga allah makbulkan doa aku..amin:-)

Actually,di samping nak menghilangkan perasaan yang bermacam-macam bagai rasa ni..aku nak tulis pasal satu benda…atau lebih senang difahami..nak tulis satu perkara ni..perkara yang membuatkan aku terfikir..kenapa susah sangat nak cari sahabat sejati kat dunia ni?Sahabat?Kenapa tiba-tiba timbulkan isu persahabatan pulak kan?Ada yang tak kena ke?Erm..bukanlah sebab aku ada masalah dengan sahabat aku ke apa..it just that,aku rasa nak berkongsi sikit cerita pasal sahabat ni untuk korang kat luar tu..(especially yang selalu rajin-rajinkan diri sama ada secara paksa,terpaksa dan rela dalam terpaksa..ataupun dipaksa supaya rela..dan apa-apa jelah yang menyebabkan korang terpaksa merajinkan diri meng’usha2’ teratak usangku ini..hahaha..)….

Bukan apa..bak kata cikgu bahasa melayu aku dulu…yang baik dijadikan teladan..yang tak baik,dijadikan sampan..oppst,hehe…silap-silap..bukan sampan,sempadan..(sorry-sorry..aku memang ada masalah nak menyebut peribahasa..sebab,aku selalu tidur dalam kelas BM dulu..huhu..tiap kali cikgu ajar peribahasa..tak sempat habiskan perkataan terakhir..aku dah tidur..hehehe..sungguh tidak sopan perlakuanku itu..jangan sesiapa pun berani meniru aksi tak sopan aku tu..kalau nak tiru jugak,pastikan tak kantoi,ok..hehehe..)..

Ok..berbalik kepada subjek utama kita tu kan..-sahabat-..erm,,aku antara orang-orang yang pernah mengalami saat-saat dipinggirkan kawan..saat-saat dilupakan..semualah..semuanya aku rasa,aku dah alami…dari sekolah rendah,sampailah sekolah menengah..even sampai ke kolej pun..aku still merasai semua tu..dan sepanjang itu juga,aku dah macam-macam jenis perangai yang aku jumpa..ada yang depan aku tunjuk baik..tapi,belakang aku mengata..ada yang kawan dengan aku bila memerlukan je….bila tak perlukan aku..pergi cari kawan lain..semuanya ada..tapi,Alhamdulillah..tak semua kawan-kawan aku macam tu..ada yang sampai sekarang,still keep in touch n go lagi..(haha..apa jelah yang aku merapu ni??)..erm,sampai sekarang jugak,ada dua orang je kawan baik aku yang masih rapat macam dulu lagi..since kami kecik-kecik..sampailah sekarang ni…ayuni and sahel..they all berdua tu memang member kamcing aku dari aku lahir ke dunia ni..sampailah aku dah kenal dunia..maintain je,walaupun kadang2 jarang jumpa sebab masing-masing busy dengan urusan sendiri..huhu..tapi,tu semua tak menghalang persahabatan kami..hehe..ceh wah!

Seingat aku,masa zaman aku sekolah dulu..kawan-kawan ‘baik’ aku semuanya berubah..maksudnya,kawan-kawan aku silih berganti..masa form 1 lain..masa form 2 lain..and macam tulah seterusnya..sampai aku form 3…and aku rasa,aku betul-betul jumpa kawan yang boleh digelar sahabat,masa aku form 4…masa tu walaupun aku baru kenal..(perh,baru kenal?Hello..walhal satu sekolah kot..huhu..)..erm..yelah..dah aku terlalu ‘taksub’ dengan dunia aku sendiri..at that time lah…memang masa form 4 tu aku rasa terasing sikit..sebab,aku je yang tercampak ke kelas sastera..yang mana,kawan-kawan ‘rapat’ aku semuanya berada di kelas sains..masa peringkat awal..boleh lagi..kami stay together..tapi,lama-lama..makin renggang…..bagi aku,tak kisahlah semua tu..sebab,aku tahu..sapalah aku kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang masa tu berada jauh lebih bagus kedudukan kelasnya dengan aku..(ceh wah,rendah dirilah pulak!hahaha..)..aku mula rapat dengan kawan-kawan satu kelas aku..(yang pompuan-pompuanlah..yang lelaki mana boleh..bukan muhrim ma..huhu..)sampailah form 5..bak kata orang putih..(orang yang tak berapa putih macam aku ni tak kata apa2 yer…hahaha..)..don’t judge a book by its cover..’..yes,its true..really2 true..sebabnya,ternyata..first impression aku kat kawan-kawan baru aku semuanya absolutely wrong…diorang semua baik-baik..and aku rasa,menyesal pulak bila ingat-ingat balik yang aku pernah beranggapan yang bukan-bukan kat diorang..aku rasa,diorang lagi bagus…seronok kawan dengan diorang..sampailah form 5…and masa form 5 jugak aku dapat lagi sorang kawan yang mana sampai sekarang aku dengan dia masih rapat..even,sekarang lagi bertambah rapat..sebab,bagi aku..dialah kawan yang aku rasa sesuai digelar sahabat…time susah dia ada…time senang pun dia ada..entah bila timenye dia takde pun aku tak tau..hahahaha..(jangan marah geng…aku acah je..hahah..)..

Bagi aku,kat dalam dunia ni..nak cari kawan..memang tersangatlah ramai..tapi,nak cari sahabat..sangatlah susah…berapa ramai kawan-kawan kita yang nak duduk sama-sama dengan kita menangis..?(walaupun perkara yang dinangiskan tu hanyalah sebab tak tak lulus bahasa melayu..ataupun tak dapat beli kasut idaman…haha..)tak ramai kan?kalau ada pun orang tu memang ada ciri-ciri kawan sejati..hehe..berapa ramai jugak kawan yang ada saat kita memerlukan diorang semua?Tak ramaikan?(so,orang-orang tu masih belum boleh digelar sahabat sejati)..and yang paling penting,berapa orang yang boleh terima diri kita seadanya?Perangai kita..and apa-apa jelah tentang kita…bagi aku,kalau nak bagi hubungan persahabatan be forever and ever..kalau ada rasa tak puas hati…lebih baik simpan je..kalau itu je yang boleh ‘memelihara’ hubungan persahabatan tu..aku tak rasa,tindakan menyimpan segala ketidakpuasan hati tu adalah sesuatu yang salah…its better dari kita bercakap benda yang boleh mengecikkan hati kawan kita or what..kadang-kadang,luahan perasaan tak puas hati pon boleh jadi krisis dalaman yang teruk antara kita dan kawan kita kalau dibiarkan…so,seelok-eloknya…pendamkan aje kat dalam hati…itu lebih baik dari menyakitkan hati kawan atau hati sape2 jer..huhu..ini pandangan peribadi aku…kalau ada yang tak setuju…itu pandangan masing-masing..bagi aku,friend comes and go..but true friend is hard to find…so,renung-renungkan..dan selamat beramal…Jdoakan aku dapat result yang baik yer…thankz..salam semua…

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...