Tuesday, July 17, 2012

~Ujian Ke Musibah?~

Assalamualaikum, Alhamdulillah.. saya dapat further study for the next level lagi. BBA in Marketing. Walaupun macam tak percaya dengan tawaran yang saya dapat, and sedih sebab tak dapat bidang yang saya nakkan sangat tu.. its ok lah jugak sebab dapat dekat dengan rumah. Hehehe.. kira macam kekecewaan tu terubatlah sikit. Sikit je. Masih ‘bersedih’ sebab ditawarkan bidang lain. Erm.. tapi, bila fikirkan balik.. tak payahlah sedih sangat pun.. sebab maybe Allah dah planned everything tu sesempurna mungkin kan. So, sebagai hamba.. kita kena terima dengan redha dan hati yang terbuka. Tak gitu member-member sekalian? Hehehe..

Tahniah kat geng saya jugak, a.k.a bestfriend saya tu.. sebab dapat sambung BBA in finance. We have to ‘separate’ sekejap during class. But after that, boleh sambung gaduh balik.. Hehehe.. sebab kami dapat kat tempat yang sama. Tak pelah. As long as tak kena sorang ke timur dan sorang ke selatan pun, dah menghappykan diri saya kot. Yang paling penting, tak payah jauh dari mak ngn ayah saya. Itu yang paling penting. *Ok, statement yang sangat-sangat anak emak dan ayah!* Hohoho.. saya memang anak emak.. saya memang anak ayah. J

Erm.. dah lama tak update ‘teratak usang’ nih.. so, hari ni dapatlah jugak ilham nak menulis atau dengan erti kata lainnya, main conteng-conteng kat sini, jadi..saya nak kongsi pendapat sikitlah pasal satu benda ni. 

Kalaulah kita ditimpa sesuatu itu, apa yang kita selalu buat erk? Apa yang kita panggil sesuatu yang menimpa kita tu? Musibah atau ujian ataupun dugaan? Kenapa saya mempersoalkan hal ni? Sebab dari apa yang saya tengok dan perhatikan, orang kita selalu merasakan yang setiap sesuatu  yang berlaku ke atas diri mereka itu sebagai satu musibah. Betul tak? (saya pun kadang-kadang tak terlepas dari berfikir macam tu.. hehehe..) Tapi, cuba kita fikirkan balik, kita muhasabah balik.. kenapa benda tu terjadi? Apa hikmah di sebalik semua benda tu? Daripada kita dok berkata-kata sesuatu yang kita sendiri tak tahu apa yang kita katakan, yang mana mungkin akan membawa kita kepada menyalahkan takdir dan ketentuan ALLAH. 

Macam baru-baru ni, masa saya tengah tunggu bas nak ke Bandar Melaka. Mungkin ujian dari Allah untuk saya. Boleh pulak hari tu, saya lambat sampai ke UiTM, sebab macam biasa, bas buat hal. Bas buat hal tu, mungkin jugak la kot. Masa tengah tunggu bas tu, datang sorang makcik ni.. dia cerita kat saya, dari awal sampai akhir.. macam mana dia boleh ada kat bustand tu pagi-pagi lagi. Al-kisahnya, makcik tu baru dapat berita mak mertua dia sakit. Kebetulan, suami dia pun baru je keluar hospital. Jadi, kenalah dia balik KL sebab nak tengok mak mertua dia. Tapi, yang sedihnya.. dia tak cukup duit nak beli tiket ke KL. Dia mintak saya tolong pinjamkan duit. Masa tu, saya rasa serba salah jugak. Sebab duit dalam beg pun ada RM20 je. Fikir pun tak la lama mana, saja je buat fikir lama-lama. Hehehe.. saya bagi kat makcik tu RM10.. saya kata kat dia, “saya nak tolong pun, saya ada ni je.. tak pe.. makcik ambiklah.. beli tiket..”

Makcik tu pun ambik, sambil cakap terima kasih kat saya. Dan satu yang mengharukan, bila makcik tu doakan saya. Dia kata, “semoga Allah murahkan rezeki saya.. dapat kerja bagus-bagus..” Allah, sedih la time tu. Terharu saya dengar. Tak seberapa pun pertolongan saya tu kalau nak dibandingkan dengan doa yang makcik tu buat untuk saya. Sepanjang jalan nak ke UiTM tu, saya asyiklah terkenang-kenangkan makcik tu and doa dia untuk saya. Saya tak fikir pun pasal duit yang saya dah bagi tu. Mungkin, dah tertulis.. rezeki saya cuma RM10 ringgit je.. yang RM10 lagi tu bukan saya punya.

Balik dari UiTM, lepas habis part time job saya selama 18 hari jaga exam.. huhu.. (rutin yang sangat memenatkan tuh.. hohoho..), saya citer kat mak saya.. dan mak saya kata, “kau ni.. senang betul percaya kat orang.. buatnya dipukau ke apa ke..”

Saya kata, “Takde rasa macam nak dipukau pun. Makcik tu memang betul-betul susah kot.. sebab dia siap tunjukkan duit dia yang dah tinggal sikit tu.. tak cukup nak beli tiket gi KL.. tak pe lah.. rezeki dia kot.. biar lah..”

Mak saya, memang selalu ingatkan saya.. jaga-jaga sikit dengan orang yang tak kenal. InsyaAllah, memang saya selalu jaga-jaga. Tapi, saya ada satu perangai yang mana.. saya tak boleh tengok orang susah. Serta merta hati akan jadik hiba and sayu je.. cehwah! Hehe… tapi, betul la… saya cuba membayangkan, situasi itu berlaku kat saya.. kat ayah atau mak saya. Memang tak boleh nak tolong banyak..tapi, cukuplah kalau orang yang kita tolong tu.. dapat buat apa yang dia perlu buat. 

Bagi saya, ujian Allah tu.. ada dalam pelbagai bentuk.. tak kiralah macam mana sekali pun.. kat mana pun kita, kalau dia nak bagi ujian.. dia bagi jugak. Sebab DIA maha mengetahui.. dan saya assume yang makcik tu adalah salah satu ujian yang Allah nak bagi kat saya. 

Alhamdulillah.. berkat doa makcik tu jugak kot, walaupun sampai lambat kat UiTM, semua benda berjalan lancar. Bakul isi barang-barang keperluan utk exam pun dah diangkat dengan bantuan staf2 HEA.. dan ketua pengawas saya pun tak marah-marah.. Alhamdulillah.. semuanya ok. Dan mungkin jugak, berkat doa makcik tu, saya dapat sambung study lagi.. Alhamdulillah ya Allah.

Kadang-kadang, kita tak sedar.. apa yang berlaku kat sekeliling kita tu, sebenarnya ujian dan dugaan untuk kita. Terima ujian tu dengan hati terbuka. Mungkin ganjarannya kita tak dapat kat dunia, tapi kat akhirat nanti, siapa tahu kan? Bersangka baiklah dengan Allah.Saya tak rasa, bila saya kena bagi duit kat makcik tu sebagai satu musibah.. tapi, saya anggap itu sebagai satu ujian untuk saya. bila kita didatangi atau kita berdepan dengan situasi2 yang macam tu, tolonglah jangan cepat sangat nak sangka yang bukan-bukan, ataupun cepat sangat nak buat andaian yang tak betul.. sebagai contoh, 


"eleh.. entah-entah.. saja je buat-buat susah.. "


ataupun, cakap pulak macam ni..


"Hai.. pagi-pagi dah malang nasib aku.."


Jangan cakap macam tu.. berlapang dada jelah dengan apa yang mendatang. InsyaAllah.. Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita sebagai ganjarannya. lebih-lebih lagi, bila kita tolong orang yang dalam kesusahan. Ye tak? saya sangat percaya benda tu. What you give, you get back.. InsyaAllah..:)

Pesanan Penaja : Permaisuri hati dalam proses updating.. InsyaAllah, dalam masa terdekat ni saya postkan entry nye.. sorry di atas kelewatan itu.. hehehe..:)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...