Assalamualaikum wbt
Jam dah menunjukkan ke angka 2.33 minit pagi. Saya still tak tidur-tidur lagi. Sebenarnya, bukanlah tak tidur lagi. Saya tidur awal hari ni. Dah hari khamis dah pun. Allahuakhbar.. cepat betul masa berlalu. Pejam celik.. pejam celik.. dah masuk hari baru dan dah nak sampai ke hujung minggu balik dah pun. Result untuk final exam pun dah nak keluar. Saya memang gerun bila time ni nak menjelang tiba. Terasa macam nak gugur jantung ni rasanya pun ada jugak. Doa saya, semoga keputusan nanti baik-baiklah hendaknya. Teringat kata-kata kawan saya,
"Ini yang aku malas kalau belajar ni.. tiap kali result nak keluar.. mesti takut macam ni..."
Betul jugak kan? Jangan kata kawan saya tu je, saya pun takut jugak. Tapi, macam biasalah. Untuk mengatasi rasa takut tu, jangan lupa berdoa banyak-banyak kat Allah. Sesungguhnya, Allah itu lebih tahu. DIA tahu apa yang baik untuk kita dan DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Tapi, kalau rasa takut tu masih ada.. cubalah buat macam yang saya selalu buat. Buat-buat tak takut walaupun dalam hati berguni-guni rasa takut itu. Hehehe. Whatever it is, apa pun keputusannya. kena redha. Jangan putus asa untuk teruskan usaha. Ayat-ayat penyedap hati ni. Hihihi.
Saya rasa, dah lama jugak saya tak update entry baru berkisar tentang kehidupan normal saya kan? Jadi, alang-alang dah tak boleh nak tidur ni.. izinkanlah saya bercerita sikit apa aktiviti yang saya buat sepanjang cuti semester ni. kawan saya ada tanya,
"Kau tak bosan ke duduk rumah je? aku ni dah macam tempoyak rasanya dok umah ni.."
Hahaha. Siap dah rasa macam tempoyak bagai dah pulak kawan saya ni. Saya pun tak tahulah. Nak kata boring, bosan.. rasanya tak de pulak rasa macam tu. Maybe sebab mak saya punya bilangan anak-anak asuhan dia dah semakin ramai kot, buatkan saya rasa taklah bosan sangat. Ada adik-adik comel tu, buat saya rasa seronok. Mungkin sebab saya suka budak-budak kot. Kadang-kadang, mak saya sendiri surrender nak melayan anak-anak asuhan dia. Dan, sayalah yang kena take over sebab kata mak, saya je yang sabar dengan kerenah diorang semua. Hikhikhik.
Budak-budak ni memang banyak ragam. Yang menangislah.. yang merengeklah. Itu belum kira yang banyak cakap macam mereka-mereka ini,
-Arif dan kakak2 kembarnya-
Inilah anak-anak asuhan mak saya. Tiga beradik yang bijak-bijak. Lagi-lagi yang tengah tu. Arif namanya. Umur baru 4 tahun. Tapi, kalau bab bercakap... kalah kakak-kakak kembar dia yang umur 7 tahun tu. Oh, lupa.. yang kiri tu, nama dia Syahira (Adik) dan yang kanan tu, Syafiqah (kakak). Mak saya, kadang-kadang pening kepala sampai tak larat dah nak melayan dia. Hahaha.
-Husna-
Yang ni Husna. Ini pun tak kurang jugak lasaknya. Lagi-lagi bila dah mula nak berjalan. Habis satu rumah tu dirondanya. Dah macam mak guard dah gayanya. Huhuhu. Ada lagi sebenarnya, tapi tak sempat nak ambik gambar diorang lagi. Al-maklumlah.. handphone saya handphone zaman purba kala. Ini pun gambar ehsan dari kakak saya. Hihihi.
So, moralnya.. dengan budak-budak, kita kena guna pendekatan berbeza. Diorang ni bukan tahu apa pun. Innocent semuanya. So, kalau kita nak marah pun.. diorang takkan tahu kenapa kita marah. Yang diorang tahu, kita marah tu sebab kita tak sayang. Jadi, apa yang saya cuba praktikkan.. dengar je apa yang diorang cakap.. but dalam masa yang sama, suruh diorang dengar jugak apa yang kita cakap.
Teringat macam petang tadi, Arif buat perangai. Menangis nak aiskrim yang dah habis kakak2 dia makan, sampai tak nak mandi. Puas jugaklah saya pujuk. Saya kata dia comel, cute, handsome, muka baby face (dah nama pun budak kecik, memanglah baby face kan? Hahaha..)..semua tak dilayan. Last sekali, ikhtiar terakhir.. saya masuk bilik, bukak beg duit.. saya ambik 50 sen, then bagi kat dia. Terus-terus dia ambik and terus-terus bila ajak mandi.. dia nak mandi. Settle!
Bukanlah nak membiasakan diorang dengan duit. Tapi, at least itu salah satu cara nak memujuk tanpa perlu menggunakan sebarang unsur-unsur kekerasan. Kerana saya percaya, satu hari nanti saya pun mungkin akan ada anak-anak dan saya tak harap yang anak saya akan dilayan secara kasarnya oleh pengasuh mereka nanti. Jadi, saya berpegang kepada prinsip,
'What you give you get back'
Kalau kita bagi kebaikan, in sha Allah kita akan dapat kebaikan. Kalau keburukan, maka kita akan dapatlah keburukan jugak. Buat apa pilih yang buruk, kalau kita ada pilihan untuk buat kebaikan. Betul tak? hehehe. So, sampai sini dululah entry saya kali ni. In sha Allah, kalau ilham darui ALLAH datang, saya update lagi. Jangan lupa baca bab baru Permaisuri hati ye.. ;)
--Sedikit kata-kata motivasi untuk renungan bersama--
No comments:
Post a Comment