Alhamdulillah.. 30 0gos 2012, genap usiaku 22 tahun.
Allahuakhbar.. rasa bersyukur tak terhingga kerana masih diberi peluang
bernafas di atas muka bumi Allah ini. Terima kasih kat ibu dan ayahku juga
kerana selama ini sangat bersusah payah membesarkan aku dan adik beradikku yang
lain. Meniti ke usia awal 20-an, menjadikan tanggungjawabku semakin besar. Tanggungjawab
kepada diri sendiri, tanggungjawab kepada keluarga dan yang paling penting,
tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah yang indah ini.
Sesungguhnya, masih banyak yang perlu aku pelajari dan
terokai dalam manjalani kehidupan di dunia ini sebagai seorang hamba Allah.
Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran, lebih-lebih
lagi di arus kemodenan dan globalisasi ini, aku harus memanjatkan syukur ke
hadrat illahi kerana sentiasa melindungi diri dari melakukan perkara-perkara
yang boleh menjatuhkan maruah aku sebagai seorang wanita islam dan juga sebagai
seorang anak.
Ketika rakan-rakan sebayaku ramai yang mengeluh dengan masalah
kehidupan masing-masing, aku masih boleh bergelak ketawa. Aku masih boleh
meredakan perasaan mereka dengan ayat-ayat poyoku. Kerana apa? Kerana aku yakin
dan pasti, jika kita hidup untuk mencari redha Allah, pasti kita dapat tempuhi
hidup dengan aman dan senang hati. Dan aku juga percaya, jika kita mengambil
kira sesuatu yang berlaku itu, ada hikmah di sebaliknya, masalah yang kita
hadapi itu boleh hilang dengan sekelip mata.
Di mata kawan-kawan, aku mungkin seorang yang nampak
kuat. Hakikatnya, aku hanya manusia biasa yang takkan dapat lari dari dibelengu
masalah kehidupan. Tetapi, sebagai orang islam, kita tak boleh menjadikan
hal-hal duniawi itu sebagai satu penghalang untuk kita meneruskan hidup.
Masalah akan sentiasa ada dalam diri setiap manusia. Itu fitrah dan lumrah
dalam kehidupan. Bagi aku, masalah itu bukan sesuatu yang mengjengkelkan,
tetapi, masalah itu adalah asbab yang mana, Allah datangkan untuk kita
sama-sama berfikir dengan rasionalnya, bagaimana mahu menyelesaikan masalah
itu. Jadikan masalah itu sebagai satu pengajaran dan pengalaman berharga dalam
hidup.
Seringkali diriku dijadikan tempat rakan-rakanku
meluahkan perasaan. Semuanya berkaitan dengan masalah kehidupan. Orang lain,
mungkin akan rasa rimas bukan? Tetapi, bagi diriku.. aku amat menghargai setiap
luahan hati rakan-rakanku. Kerana apa? Kerana mereka menjadikan aku seorng yang
lebih matang dalam mencari penyelesaian untuk setiap masalah yang kadang-kadang
terkena jugak kat batang hidung sendiri.
Teringat kata-kata pakar motivasi terkenal, Dr Haji
Fadzillah Kamsah..
“Orang yang pandai, akan belajar dari kesilapan diri
sendiri. Orang yang bijaksana, akan belajar dari kesilapan diri dan juga
kesilapan orang lain. Orang yang bodoh, takkan belajar dari kesilapan orang
lain dan orang yang paling bodoh adalah orang yang tidak mahu belajar dari
kesilapan diri sendiri dan jugak kesilapan orang lain..”
Kata-kata itu menyedarkan aku bahawa sesungguhnya untuk
menjadi insan yang lebih baik, kita kena selalu dan sentiasa check diri sendiri.
In other words, muhasabah diri. In sempoi words, kena sedar diri.
Kadang-kadang, sebelum melakukan sesuatu yang betul, kita akan sentiasa berbuat
salah. Dan apabila kita buat salah, kita jangan ulangi kesalahan itu sebaliknya
cuba dan usaha untuk membetulkannya.
Harapanku sempena hari lahirku yang ke 22 ini, semoga
dikurniakan manisnya iman berpanjangan. Semoga apa saja yang aku lakukan dalam
hidup ini, mendapat redha Allah dan semoga kehidupanku menjadi lebih baik dari
semalam, hari ini dan insyaAllah untk hari-hari yang akan datang jugak. Doakan aku menjadi anak yang baik untuk orang tuaku.
Pesanan Penaja : Entry yang dah berhabuk. Ditulis semasa hari lahir yg ke 22.. now, dah 23 years old.. huhuhu.. that's why saya panggil backdated entry.. hehe.. saja je berkongsi.. sudi2 la baca.. [ dah lama sangat tak tulis apa-apa kat teratak usang ni.. makin bersawang la gamaknya.. hohoho..]
No comments:
Post a Comment