Bab 42
Majlis tahlil di
rumah orang tuaku berjalan seperti yang telah dirancangkan.. Ramai jugak jemaah
surau yang datang. Sampai tak menang tangan nak melayan. Mujur Elly ada, dialah
yang membantu aku dan emak melayan tetamu yang datang. Dalam melayan tetamu,
sempat jugak Elly berbisik di telingaku.
“Aku nak kau tapaukan makanan untuk aku
kejap lagi, lebih-lebih sikit.” Bisiknya sambil ketawa kecil.
Aku membalas dengan kata-kata ini.
“Eleh.. baru tolong macam ni dah demand
lebih-lebih.” Usikku. Sambil mengukir senyuman ke arah jiran-jiran yang baru
tiba itu.
“Eh… haruslah. Aku datang sebagai tetamu okey, bukan sebagai penyambut tetamu.
Nasib baik mak aku tak dapat datang. Kalau tak, mesti dia marah kau sebab buli
aku.” Jawab Elly selamba.
Aku menolak bahunya. “Ek eleh.. banyaklah
kau. Mak kau pun mesti sokong punya kau datang tolong aku jadik penyambut
tetamu. Daripada kau duduk melantak je. Lebih baik aku bagi kau kerja.” Kataku,
juga tak mahu kalah.
Elly membuat muka. “Inilah kawan. Asyik
nak membuli je kerjanya. Macam manalah Sahel tu boleh tergila-gila kat kau yang
kaki buli ni? Simpatinya aku kat dia.” Kata Elly sambil buat muka sedih.
Aku tergelak-gelak mendengar kata-kata
Elly itu. “Sudah la kau. Tak payah nak simpati-simpati sangat. Kejap lagi, aku
bagi kau makan yang sedap-sedap sikit. Okey tak?” Umpanku sambil mataku meliar
mencari kelibat suamiku itu. apabila terpandangkan suamiku itu sibuk melayan
tetamu-tetamu lelaki, aku kembali menumpukan perhatianku kepada Elly.
“Sedap-sedap sikit tu, mesti kau yang
masak kan?” Jawab Elly sambil tersengih memandangku.
“Kenapa pulak?” Soalku hairan.
“Yelah.. sebab kalau mak kau yang masak,
mesti sedap banyak.” Jawabnya selamba sambil terkekeh-kekeh ketawa.
Aku membuat muka. “Ek eleh..” Balasku.
Sedang kami rancak berborak tu, Elly
menjuihkan bibir ke arah pintu. “Hah.. dah tak payah nak ek eleh.. ek eleh sangat. Itu, kekasih lama dah datang. Eh.. kau
jemput dia ke? Kau tau tak, itu akan menjadi satu tanda tanya yang besar di
benak fikiran suami kau yang terchenta tu?” Pertanyaan yang bertalu-talu
diajukan kepadaku dari Elly a.k.a mak nenek.
Aku tergamam seketika. ‘Aiseh.. dia
datang betul-betul pulak. Aku menahan diri dari rasa gabra yang melampau. Bukan
gabra sebab aku ada feeling ke apa
kat dia. Tapi, gabra mengenangkan penerimaan suamiku. Lantas, cepat-cepat aku berpaling
mencari-cari kelibat suamiku. Kata-kata dan persoalan dari Elly, sudah tidakku
hiraukan lagi. Ceh wah! Novel sangat ayat aku ni. Oh, okey.. okey. Fokus balik.
Sempat pulak terbabas ke lain aku ni. Huhuhu.
“Habislah kau Reen. Aku dah nampak dah
pandangan tak puas hati tahap macam nak humban kau gi gunung everest dah tu.” Elly menjadi seperti
lalang yang tunggu masa nak disembur dengan racun toksik je.
Aku mengerling Elly disebelah dengan
jelingan mautku. “Eh, mak nenek… boleh diam kejap tak? Aku tarik balik offer nak bagi kau makan sedap-sedap
sikit tu karang.” Ugutku. Kalau itu perlu, untuk Elly mendiamkan dirinya. Why not kan? Tapi, aku taklah kejam
sangat sampai nak biarkan tetamu aku balik tanpa menjamah sesuap ataupun
sebutir nasi. Lagi-lagi si Elly yang dah mak aku anggap macam anak sendiri ni.
Mahunyalah aku balik yang kena bebel dengan mak. Atau mungkin ayah akan sama-sama
berpadu tenaga dengan emak membebelkan aku. Tak mustahil jugak, kakakku akan
turut serta.
Elly tersengih-sengih. “Oppst.. sorry. Kau gelabah eh? Hah.. padan muka
kau. Siapa suruh jemput dia? Kan tak pasal-pasal je.”
“Ala.. aku jemput main-main je. Tak
sangka pulak dia nak datang betul-betul.” Balasku.
“Kau pun… kalau dah namanya kenduri. Mana
ada orang jemput main-main. Apalah.. hish.. dahlah, biar aku yang handle dia. Kau tunggu sini.”
Sahel Haqimy menghampiri isterinya itu. “You owe me an explanation.” Dia berbisik
ditelingaku dengan nada suara yang semacam je aku dengar.
Aku memandangnya dengan muka kelatku. Aku
cuba untuk senyum, tetapi senyumanku seolah-olah susah untuk dipamerkan. Aku
menarik nafas sebelum cuba mengeluarkan kata-kata. “Abang….”
“Not
here.” Pintasnya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan
Hasyimie.
Aku cuba berlagak cool. Ceh, cool la sangat
kan? Elly disebelahku, aku pandang sambil mengangkat kening. Elly memandangku
sambil mengangkat keningnya pula.. Ei, dia ni lah. Aku angkat kening, dia pun
sibuk nak angkat kening jugak. Aku cepuk kau kang Elly. Marahku di dalam hati.
“Hai.. sorry lambat. Ada hal sikit tadi.” Tegur Hasyimie. Dia menyambut
huluran salam dari suamiku.
Sahel Haqimy tersenyum cuma. ‘Tak datang
pun tak apa.’ Desis hatinya. Dia cuba mengawal emosi hati dan perasaannya yang
sedang bergelora tatkala melihat lelaki yang sejak dua menjak ni selalu muncul
di depan matanya. Ada apa-apakah yang pernah terjadi antara lelaki itu dan
isterinya sebelum ini? Dia beristighfar di dalam hati dek telahannya itu.
Mungkin mereka memang kawan.
Aku hanya tersenyum kerana tidak mampu
dah nak berkata apa-apa. Namun begitu, aku wajib memberikan sedikit kredit
kepada Elly sahabat baikku itu, kerana tanpa disuruh dia dengan segeranya
menjemput Hasyimie ke dalam rumah dan seterusnya melayan lelaki itu makan.
Pakej gitu! Hahaha. Sebelum berlalu meninggalkan aku, dia sempat berbisik..
“Mamat ni, kasi aku yang handle.
Kerja kau sekarang ni.. cari alasan yang konkrit banyak sikit untuk explain kat laki kau tu. Weh.. muka dia
dah macam Hulk Hogan nak smack down
orang la weh.” Usiknya sebelum segera berlalu sambil tersengih-sengih apabila
aku sudah mula membuat aksi seperti dia yang mahu aku smackdownkan.
Aku memandang Elly yang sudah pun masuk ke
dalam. Aku mengalihkan perhatianku pada
suamiku di sebelah. “Err.. abang dah makan?” Soalku sambil control cool.
Pertanyaan dari isterinya itu dibiarkan
sepi. Dia hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang tepat ke arah
isterinya itu.
Aku sudah mula gelisah. Aiseh.. aku
tahulah aku dah buat salah. Janganlah pandang aku macam aku buat salah besar
sangat. Eh, salah ke jemput orang datang kenduri kat rumah? Macam tak je aku
rasa. Aku bermonolog sendiri.
“Kenapa dia boleh ada kat sini?” Soal
Sahel Haqimy dengan muka serius yang dah macam hulk Hogan nak smack down orang.
“Reen yang jemput dia.” Jawabku
perlahan.
Sahel Haqimy diam. Dia masih membuat
muka macam nak smackdown orang dia
tu.
“ Abang marah ke?” Soalku setelah terdiam
beberapa minit. Eh, laki aku ni? Suka ke, tak suka ke.. muka nak maintain gitu.
Cuba bagi expression yang berbeza
sikit. Barulah boleh aku teka.. dia ok ke tak. Ini tidak, dari tadi lagi dok
nak buat muka dengan aku. Hish.. entah apa-apa. Getusku hatiku.
“Kenapa Reen tak bagitahu abang pun?”
Soalnya serius.
“Abang… he’s only my friend. Not more
than that. Mak pun kenal dia. So, tak salah kan kalau jemput dia? Lagipun
dia tinggal dekat-dekat sini jugak.” Jawabku sambil memandang wajah kelatnya
itu.
“ Tapi, kenapa dia? You guys ada something
yang abang tak tahu ke?” Soalnya lagi.
Aku tersentak. Tak sangka sampai sejauh
itu fikiran suaminya. “Abang.. I think
you are too much. Sampai hati
abang cakap macam tu. Kami kawan bang. Tak lebih pun.” Lirih saja bunyi nada suaraku
ketika ini.
Sahel haqimy melepaskan keluhan berat. “ I’m sorry.. but, its hard for me to believe
what you were saying.” Dia berlalu
meninggalkan isterinya itu keseorangan di situ.
Kata-katanya itu sesungguhnya umpama batu
besar yang menghempapku. Sampai begitu sekali sangkaannya terhadapku dan juga
Hasyimi. Aku terasa mahu menangis di situ juga ketika ini. Namun, aku tahan
kerana tidak mahu merosakkan majlis. Tak.. tak.. aku tak boleh menangis.
Malulah orang nampak. Aku segera mengesat air mataku yang ingin mengalir itu. Sebelum
manjadi deras, lebih baik aku hentikan. Namun, ianya sedikit terlambat apabila
Elly tiba-tiba muncul di belakangku.
“Reen… kau kenapa?” Soalnya dengan wajah
penuh tanda tanya. Di sebelahnya berdiri Hasyimie yang terpinga-pinga melihat
wajah kelatku.
Aku segera melemparkan senyuman. Senyuman
plastikku. Atau lebih tepat sekali senyuman cetak rompak. “ Tak ada apa la.
Mata aku masuk habuk. Eh.. Syimie, awak dah sudah makan ke?” soalku mengubah
cerita.
Elly memandang temannya itu dengan wajah
tak percaya. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak beres di situ. Namun dia
simpan sahaja hasrat hatinya yang sudah pun membuak-buak dengan perasaan ingin
tahu yang maha hebat.
Hasyimie mengangguk sebelum menjawab.
“Dah.. thank you for inviting me. And thanks
to Elly jugak, yang sudi temankan saya makan tadi.”
Aku tersenyum. Sekali lagi, senyuman
plastik! “Oh… tak pe. Its ok. Maaflah.. tak dapat nak layan
sangat. Ada hal sikit tadi.” Ujarku sambil meminta maaf.
“Eh.. tak apa. Its ok. Saya pun dah nak balik ni. So, thanks again la sebab sudi jemput saya. Saya mintak diri dulu.
Kirim salam kat suami awak.” Katanya sambil melemparkan senyuman kepada
kedua-dua wanita di depannya itu. Entah kenapa dia dapat merasakan kehadirannya
tidak diperlukan di situ. Melihatkan wajah mencuka lelaki yang bergelar suami
kepada wanita di hadapannya itu, dia tahu ada sesuatu yang berlaku antara pasangan
suami isteri itu tadi.
“
Thanks for coming.” Ujarku pula.
“ Jom, aku tolong escort kau.” Elly mencelah tiba-tiba. Dia tersengih-sengih.
Hasyimie ketawa kecil. “Wah… terharunya
aku.” Balas lelaki itu pula.
Aku
turut ketawa. Aku hanya menghantar Hasyimie balik dengan pandangan saja.
Fikiranku mula menerawang jauh memikirkan perihal suamiku. Lamunanku terhenti
apabila Elly menyergahku.
“Hah!” Sergah Elly.
Aku yang sedang melayan perasaan itu
terkejut seketika sebelum menarik nafas lega. “Kau ni.. terkejut aku.
Elly tergelak kecil sambil meminta
maaf. “Weh.. kau apasal? Monyok dah macam tertelan bola ping pong je aku
tengok.” Elly menyoal sambil terkekeh-kekeh ketawa.
Aku menolak bahunya. “Bukan setakat
bola ping pong, dah macam tertelan bom atom dah aku rasa ni,” Balasku sambil
membetul-betulkan tudung bawal biru lembut yang aku padankan dengan sehelai
jubah hitam.
“Yeke? Eh.. bahaya tu weh. Jom..jom..
aku bawak kau gi klinik. Mana tahu apa-apa jadik ke.” Elly sudah membuat muka
cemas-cemas ayamnya.
Aku ketawa. “Sengetlah kau ni.”
Elly turut ketawa. “Hah.. see.. tau pun macam mana nak ketawa. Aku
ingat kau dah lupa dah cara nak ketawa. Kau pesal
weh? Apa cerita tadi, sampai macam nak telan bom atom bagai? Sahel mana?” Soal
Elly sekali lagi sambil meliarkan matanya sekeliling rumah.
Aku mengeluh. “Entah la, Elly. Aku tak
tahu dah nak cakap macam mana. Dia syak yang aku dengan Syimie tu ada apa-apa.
Elly mengerutkan dahinya. “Pulak? Kau
bagitahu tak Syimie tu kawan satu sekolah kita dulu?”
Aku mengangguk.
“Dah tu yang dia tak percaya bagai tu dah
kenapa?” Elly menggeleng-gelengkan kepalanya. Hei.. Sahel.. Sahel. Sejak bila
pulak kau jadik seorang yang tak rasional ni? Soalnya di dalam hati.
Aku mengangkat bahu. “Entah la. Aku pun
tak faham.
Elly menepuk-nepuk bahuku lembut.
“Sabarlah. Kau nak aku tolong explain
kat dia ke?” Elly menyoal?
Aku menggeleng lemah. “Tak payahlah Elly.
Susahkan kau je.”
Elly menampar lembut bahuku. “Hek eleh minah ni. Gedik sungguh la!
Menyampah aku tau. Sejak bila pulak pandai nak berkira-kira dengan aku ni ha?
Mengada-ngada betul.” Elly pura-pura marah.
Aku ketawa melihat wajah kelat Elly. “Ala..
merajuk pulak makcik ni. Yelah.. kau tu dah banyak tolong aku. Aku segan la nak
terima pertolongan kau lagi.” Balasku sambil ketawa kecil. Terserlah kepoyoanku
ketika itu.
“Sudah la. kau jangan poyo sangat boleh
tak? Kau ingat aku nak layan ayat-ayat touching
kau tu? Sorry la eh. Dah.. tak yah
nak segan-segan sangat la. Nanti aku try
slow talk dengan laki kau.” Dia ni nak kena piat telinga ni. Suka suki dia
je nak syak kawan aku yang bukan-bukan. Haish… Sahel..Sahel. Elly membebel di
dalam hati.
“ Thanks
Elly. Kau memang best. Jom, aku
‘belanja’ makan.” Kataku sambil tersengih-sengih memandangnya.
“
“ Belanja la konon. Makan kenduri je kot.” Omel Elly perlahan.
Aku yang masih boleh mendengar omelannya itu segera menarik tangannya. “Dah.. tak
payah nak mengomel sorang-sorang kat situ. Jangan ingat aku tak dengar eh apa
yang kau omelkan. Jom cepat. Sebelum aku ubah fikiran.” Ugutku sambil
tersengih.
Elly mendengus geram. “Ini la dia kawan. Asyik nak main ugut je. Laki
bini sama jelah diorang ni.”
Note : Alhmdulillah.. terupdate jugak bab baru PH ni.. selamat membaca dan jangan lupa komen ye. Komen anda sangat la dialu-alukan.. :)
lamanya tunggu n3 baru nak lagi boleh.
ReplyDeletethankz for the comment baby mio. Sorry lambat update bab baru. In sha Allah, bab seterusnya akan diupdate soon. Vhnkz again ye.. :)
Delete