Assalamualaikum
wbt,
Dah lama tak update 'teratak usang' saya ni. Alhamdulillah..
dah minggu ke 2 semester baru. Minggu yang semakin mencabar untuk saya. Minggu yang
buat saya berfikir dan terus berfikir macam mana nak memudahkan urusan dan
perjalanan saya dalam menuntut ilmu sepanjang semester ini. Bukan semester ni je sebenarnya, tapi untuk semester-semester akan datang jugak, In Sha Allah. Bunyinya macam
serius sangat je? Memang serius! Sebabnya, saya kebuntuan dalam mencari
penyelesaiannya.
Al kisahnya,
semester ni in sha Allah intersesi akan dibuka. Intersesi ni kira macam short
course la. And saya memang nak ambik intersesi ni untuk subjek MKT 420 sebab as
a marketing student, saya kena lulus dengan grade B tapi sayangnya saya hanya
dapat B- je masa diploma dulu. Jadi, nak tak nak.. saya memang kena ambik balik
la subjek ni. Its okey. Yang tu , In Sha Allah boleh dihandle. Cumanya,, yang
saya peningkan sekarang ni untuk subjek yang saya repeat dari semester lepas. Huhuhu. Janganlah buat
muka terkejut bila saya kata, saya repeat paper. Benda ni biasa dah jadi kat
saya. Sebab saya memang selalu gagal.. Tak pernah tak gagal. Saya bukan budak
pandai. Tapi, rileks je. Yang penting, usaha lebih sikit. Hehehe.
Sekarang ni,
yang buat saya pening tambah susah hati ni, bila saya tak tahu nak decide macam
mana? Kalau saya ambik sekali untuk sem ni, saya rasa macam tak berapa nak
yakin je kalau saya boleh carry 8 subjek serentak. Tapi.... kalau tak carry and
at the sam time ambik paper yang saya repeat ni during intersession.. saya rasa
macam berat pulak.. since intersession only in a five weeks. So, nak study dua
paper serentak dalam masa 5 minggu.. i think its quite tough jugak. So... saya
tersangatlah pening sekarang ni. Tak pasti nak decide macam mana. Lagi
menakutkan bila fikir yang kalau tak cukup student, kemungkinan takkan ada
intersesi untuk subjek QMT yang saya repeat tu. Itu yang saya risaukan sekarang
ni. Tempoh pengajian saya cuma 2 tahun je termasuk dengan praktikal. Maknanya Cuma
ada 4 semester je dan ada satu sem je lagi untuk saya habiskan semua subjek
core sebelum doing my practical.
Kalau nak
harung je, carry sekali 8 subjek tu... saya rasa macam boleh jugak. Cuma saya
kena usaha lebih sikit la. Bila tengok jadual tadi, macam boleh je nak masukkan
satu lagi subjek. Tapi...Ish... buntulah macam ni. Mungkin saya kena check
balik buku pre registration untuk intersesi tu. Kalau memang jumlah student
yang nak ambik subjek tu lebih dari kuota dia.. saya proceed untuk ambik. Tapi,
kalau tak.. saya rasa memang nak tak nak, saya kena ambik sekali untuk sem ni
la. Kawan saya boleh je... takkan la saya tak boleh kan? Hehehe. In Sha Allah. Semoga
Allah permudahkan urusan saya dan urusan anda semua. Aamin.
-Untuk
Permaisuri Hati, saya mintak maaf sangat2. Bila dah start belajar balik ni saya
memang kena stopkan aktiviti penulisan. Sebab saya memang tak boleh nak buat
dua kerja dalam satu masa. Tapi, In Sha Allah, saya cuba curi masa untuk edit2
sikit bab baru yang saya sempat tulis masa cuti semester hari tu.-
Ain Sabrina
No comments:
Post a Comment