Assalamualaikum w.b.t
Kali ni saya nak kongsi satu kisah ni. Kisah tentang ayah
saya. Saya tahu artikel tentang ibu bapa ni memang semua orang dah sedia
maklum, tersangatlah popular. Bagi sayalah. Bagi orang lain, saya tak tahu
pulak. Tapi, apa-apa pun saya nak tetap jugak nak berkongsi sedikit cerita
tentang ayah saya.
Teringat masa dalam perjalanan dihantar oleh ayah saya masa
nak balik ke hostel hari tu. Ayah saya suruh saya hubungi emak saya yang ketika
itu sedang menguruskan pendaftaran persekolahan adik bongsu saya. Kebetulan
saya memang dah seminggu tak top up kredit, jadi saya tak dapatlah nak buat
macam yang ayah saya suruh tu. Jadi, saya pun katalah dekat ayah saya,
“ala..ayah.. orang tak
de kredit la..”
Ayah saya pun menyoal dengan tenangnya.
“Tak de kredit?”
Saya membalasnya dengan anggukan saja.
Sewaktu nak membelok ke simpang yang sepatutnya menuju ke
kolej saya, ayah saya tidak membelok ke arah itu, tetapi memberi signal untuk
ke arah lain. Dalam hati saya tertanya-tanya jugak. Tapi, saya diam je. Kalau
dengan ayah saya, saya memang segan sikit. Mungkin sebab ayah saya jenis tak
banyak cakap. Dan saya pun sebenarnya lebih kurang macam ayah saya jugak. Kalau
tak betul-betul, memang tak banyak bercakap. Tapi, disebabkan rasa ingin tahu
itu melonjak-lonjak, saya tanya jugak kat ayah saya,
“nak pergi mana ni
yah?”
Ayah saya membalasnya begini,
“Nak cari top up...”
Saya diam je. ‘ayah
punya top up kot.’ Kata saya dalam hati.
Bila ayah saya masuk ke kereta semula, ayah saya hulurkan
saya satu kad top up dan sekeping duit 50 ringgit. Saya terkejut tiba-tiba.
Saya bercakap sendiri di dalam hati, ‘la..
ayah belikan untuk aku rupanya. Ingatkan untuk ayah..’ Saya serba salah
sebenarnya. Nak cakap tak nak, saya memang tengah tak de duit time tu. Jadi,
saya ambil jelah. Ayah saya memang tak pernah berkira dengan anak-anak dia.
Walaupun dia tahu yang anak-anak dia ada pinjaman masing-masing. Tapi, dia
tetap ambil berat tentang ‘kebajikan’
anak-anak dia.
Pernah saya ‘temberang’ ayah saya bila ayah saya tanyakan
kat saya, “Ada duit tak?” Saya dengan
penuh keyakinan menjawab soalan ayah saya tu dengan anggukan. Walhal masa tu
hanya tinggal duit syiling saja di dalam poket. Dan apabila saya ceritakan kat
mak saya tentang ‘penipuan ‘ yang saya lakukan itu, mak saya bagitahu kat ayah
saya. Ayah saya tak terus ‘serang’ saya. Tapi, masa saya mintak mak saya
hantarkan buku yang saya mintak mak saya
belikan dulu, saya bagi balik duit yang mak saya dah dahulukan . Mak saya kata macam ni,
“Kalau tak de duit,
tak payah la bagi dulu.”
Saya tetap bagi jugak. Kebetulan elaun saya pun dah masuk
waktu tu, jadi apa salahnya saya pulangkan balik duit mak saya kan? Dan
tiba-tiba ayah saya bersuara,
“kau jangan ada duit..
ada duit..tapi tak de..”
Saya tersengih je pandang ayah saya. Dalam hati dok cakap
macam ni,
“Aduh..kantoi!”
Sebenarnya bukan niat saya nak ‘temberang’ atau menipu.
Tapi, saya lebih kesian kat ayah saya. kalau boleh, saya memang tak nak
menyusahkan ayah saya. Walaupun saya tahu ayah saya memang tak pernah berkira
dengan anak-anak dia. Tapi, sebagai anak, saya kena faham. Bagi saya, ayah saya adalah ayah yang
paling hebat. kerana ayah saya, saya dan adik beradik saya berada di tahap ini.
Saya memang tak reti nak tunjuk kasih sayang kat mak ayah saya. Walaupun saya
agak rapat dengan mak berbanding ayah, tapi saya tetap sayang kedua-duanya sama
rata. Walaupun saya tak pernah katakan yang saya sayang mak dan ayah saya, tapi
saya akan cuba jadi anak yang baik untuk mereka. Banyak cara untuk menunjukkan
kasih sayang, dan saya memilih untuk menunjukkan kasih sayang itu melalui
penulisan ini. Tulisan ini untuk mak dan ayah saya. Walaupun mereka mungkin
takkan baca tulisan ini, tapi saya pasti ALLAH tahu segala-galanya. Tugas kita
sebagai anak, adalah mendoakan sentiasa kedua orang tua kita. Jadi, jangan lupa
mendoakan ibu bapa kita. Nabi pernah bersabda, apabila matinya seorang anak
adam itu, hanya tiga perkara yang tinggal iaitu, sedekah amal jariah, ilmu yang
bermanfaat dan doa anak-anak soleh. Semoga kita semua tergolong dalam golongan
anak-anak yang soleh dan soleha. Amin.
*****************
"Selamat hari jadi ayah! Sanah Helwa.. happy birthday.. walaupun ayah tak mungkin baca entry ni, tapi orang tetap nak tulis gak. hehe.. Semoga ayah sihat selalu. Murah rezeki... and yang paling penting, tak lokek nak belanja hot ticket lagi.... hehe.. tak pernah cakap sayang kat ayah, tapi.. Allah je yang tau, betapa sayangnya orang kat ayah.. hik3... sayang giler kat ayah!"
inilah dia wajah insan kesayangan hambe.. hehe.. gambo raya tahun lepas.. uniknya insan kesayangan hamba ni, diorang share bulan yang sama.. Mak 2 April and ayah, 22 April... thank u mak, ayah.. thank u sebab sentiasa sabar dengan kerenah anakmu yang macam-macam nih.. hehe..thank u Allah coz give such a good and happening mom and dad to me... without them, i'm nothing...(^_^)
Pesanan penaja : Actually, artikel tu saya tulis dah lama.. and artikel tu antara yg ditulis dalam Halaqah Maya .
No comments:
Post a Comment