Tuesday, April 7, 2015

~ Permaisuri Hati 47 & 48 ~



                                                  Bab 47 & 48



 Aku ke tempat kerja seperti biasa. Masuk hari ni, dah lebih tiga hari aku tak balik rumah. Dah berbakul-bakul nasihat yang aku terima daripada Elly, tapi aku pekakkan saja telinga. Okey, mungkin lebih tepat lagi bebelan.  Dalam sedih-sedih dek cerita cinta yang tak kesampaian tu, sempat lagi dia dok membebel buat gaya mak-mak dia tu kat aku. Sampai satu tahap tu, aku rasa Elly ni dah macam Kak Ros dalam cerita kartun animasi Upin Ipin pulak. Bezanya Kak Ros versi Elly ni, lagi menyesakkan kepala otak aku dengan stok bebelan dia tu. Selama tiga hari ni jugak, nasihat dan bebelan itu dah bertukar kepada ugutan-ugutan melampau yang  tak masuk akal langsung seperti yang berlaku beberapa hari lepas.
“ Kalau kau tak nak balik, aku call mak ayah kau kat kampung.”
“ Untuk?”
“ Biar mak ayah kau datang sini dan tengok sendiri perangai anak perempuan dia orang yang degil tahap infiniti macam kau ni. Lagi-lagi kalau diorang dapat tau anak diorang buat perangai tak semenggah, tak nak balik rumah  pasal nak lari daripada suami sendiri.”
 “ Kau tak sekejam itu kan?” Aku buat riak selamba walaupun dalam hati terasa cuak jugak. Elly ni, bukan boleh percaya. Karang buatnya dia pergi call mak dengan ayah aku betul-betul kang… Tak ke haru?
“ Aku boleh jadi lebih kejam daripada Mona Fendi.” Kata Elly dengan selamba.
“ Mona Fendi dah kira kejam kot.” Balasku pula.
“ Tak sekejam kau yang ignore suami sendiri dah lebih tiga hari.”
“ Jadi, kau tak lah kejam sangat kan?” aku tersengih. Eleh… nak kira kejam aku je. Yang dia tu ignore aku gaya macam aku takde depan dia tu, apa cerita?
Elly masih dengan muka serius. Cukup untuk buat sengihan aku mati dan cukup untuk menyedarkan aku yang mungkin bila-bila masa saja Elly boleh bertukar menjadi raksasa dalam cerita Ultraman yang mana sampai sekarang aku rasa, kalau betul Ultraman itu ada, mesti dah ramai yang terpesong akidahnya.
Ok, back to the subject. Aku memang suka create imaginasi yang selalunya memang tak kena langsung dengan cerita.
“ Terima kasih atas lawak antarabangsa rentas benua  kau itu. Tapi, sila jangan nak putar belit cerita atau cuba-cuba nak ambik hati aku dengan lawak kau yang tak berapa nak jadi itu. Aku serius, okey.”
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Tindakan reflect yang sampai sekarang aku tak tahu, kenapa ianya sering berlaku.
Elly masih memandangku dengan riak wajah yang sama.
Aku mengeluh. “ Ala, Elly… rileks la. Tolong jangan serius sangat, boleh tak? Kau bukan buat aku takut pun, kau buat aku nak gelak je kot.”
Elly masih dengan ekspresi yang sama.
Aku membuat muka bosan melihat tingkah Elly itu. “ Yelah… yelah. Besok aku balik la.”
Elly sudah tersenyum. “ Hah, that’s what you should do. Kau tahu tak berapa hari aku praktis buat muka garang semata-mata nak bagi kau takut?” kata Elly riang. Penat dia berlatih siang malam semata-mata nak meyakinkan minah degil tahap dewa ni.
 “ Perlu ke praktis segala bagai?” Aku buat muka.
Of course la. Kalau tak, kau takkan dengar cakap aku kan?”
Aku mengetap bibir menahan geram. Rasa nak picit je budak Elly ni.
“ Orang pandai, kena guna akal untuk selesaikan masalah. Bukan lari daripada masalah dan bukan selesaikan masalah itu dengan nafsu. Kau faham, kan?” Elly tersenyum memandangku sambil mengangkat kening.
“ Sejak bila kau pandai berkata-kata ni?” Soalku.
“ Sejak aku pandai berkata-kata la.” Jawab Elly selamba.
“ Jawapan tak kreatif langsung.” Kataku sambil membuat muka.
Elly tergelak kecil.
“ Anyway, thanks Elly. Aku appreciate apa yang kau dah buat dan apa yang kau cuba untuk buat. Cuma…”
Elly memandangku dengan penuh tanda tanya. “Cuma?”
“ Cuma… tolonglah jangan buat muka ganas segala bagai macam tadi tu. Serius buruk gila weh.” Aku tergelak-gelak memandang Elly.
Elly memandangku geram. ‘ Ada yang makan botol kicap ni karang.’ Gerutu Elly.
Well, kau pernah rasa botol kicap tak?” Soal Elly.
Aku menggeleng.
So, nak rasa ke?”
Aku  menggeleng lagi.
“Sebelum aku sumbat botol kicap dalam mulut kau, baik kau diam.” Kata Elly.
Aku tersengih sambil mengangguk faham. Ok… itu dah kalah mona fendi tu.



AKU tersedar dari lamunan yang tak berapa nak jauh itu apabila terdengar bunyi ketukan di cermin. Kelihatan seorang polis bantuan UiTM. Aku segera menurunkan cermin dan membalas senyuman yang diberikan oleh polis bantuan itu.
            “ Ya, pakcik? Ada apa?”
            “ Mintak maaf Puan. Boleh tolong alihkan kereta di sebelah sana? Parking ni kami dah reserved.” Kata polis bantuan itu.
            Aku tersengih. “ Oh, okey. Boleh… boleh. Maaf ya, pakcik. Saya tak perasan tadi.” Aku segera mengalihkan keretaku ke tempat letak kereta yang dinyatakan oleh pakcik polis bantuan itu tadi.
            Setelah mengambil barang-barangku, Aku  berjalan menuju ke arah bangunan yang menempatkan semua pensyarah-pensyarah fakulti pengurusan perniagaan. Aku berjalan secepat mungkin kerana aku rasa aku sudah terlewat untuk punch card. Mana tak lewatnya, kalau sempat lagi aku mengelamun dalam kereta tadi. Elly pulak awal-awal lagi dah keluar sebab kelasnya bermula pagi.
            “ Lajunya jalan? Nak kejar apa?” Tegur satu suara.
            Aku mematikan langkahku. Uik, suara siapa pula yang tegur aku pagi-pagi ni. Macam kenal je. Takkan dia pula. Haish, tu la. Banyak dosa sangat dengan suami. Hidup tak tenang la tu. Sampai ke mana-mana pergi pun asyik terdengar suara lelaki itu. Aku segera menoleh untuk melihat gerangan manusia yang menegurku.
            “ Awak nak apa?” Soalku. Tiada lagi panggilan abang. Bila tengah marah, “
            “ Abang nak jumpa isteri abang yang dah tiga hari tak balik rumah ni. Kenapa? Tak boleh ke?” Sahel Haqimy tersenyum sinis sambil memasukkan tangan kanannya ke dalam poket seluar.
            “ Saya dah lambat dan saya tak nak jumpa awak. Excuse me.” Malas mahu melayan, aku meminta diri. Sebelum jadi drama sebabak ala-ala drama melayu petang-petang macam kat slot akasia tu, baik aku pergi dari sini.
            “Abang nak jumpa Reen lepas kerja nanti. We need to discuss. No excuse. Abang akan tunggu kat sini sampai Reen datang and… jangan cuba nak lari, okey? Kalau tak, abang cari Reen sampai lubang cacing.” Sahel Haqimy bersuara tegas. Sempat dia mencuit hidung isterinya itu sebelum berlalu pergi.
            Aku terkedu. Gaya dah macam bagi arahan mandatori je. Huh, please la. Ingat aku nak datang? Kita tengok la sampai bila dia boleh tunggu? Syazreen meneruskan langkah dengan senyuman sinisnya. Dalam kepala, sudah terlakar satu rancangan baik punya. Cepat-cepat dia mengeluarkan handphone dan mendail nombor seseorang.
            “ Hello, Assalamualaikum? Elly… Wei, kau kat mana? Aku ada plan baik punya ni nak cerita...”          
           


HABIS je kelas petang tu, aku terus menuju ke tempat letak kereta. Aku memerhatikan kelilingku. ‘Yes, dia tak ada. Mesti dah balik tu.’ Desis hatiku. Baru saja aku mahu membuka pintu kereta, aku terpandangkan tayar keretaku yang sudah kempis.
            “ La… macam mana boleh pancit ni? Tadi elok je aku tengok.” Aku merungut sendiri sambil melihat jam di tangan. Waktu sudah pun menunjukkan ke pukul 6 petang. Elly dah balik pulak tu. Haih… siapa punya kerja la ni?
            “ Abang yang pancitkan.” Jawab satu suara.
            Aku berpaling melihat gerangan si empunya suara. Eii… memang kecik besar kecik besar je aku tengok lelaki ni tau.
            Sahel buat muka selamba sambil memeluk tubuhnya. Sengaja dipancitkan tayar kereta isterinya itu. Pertama, kalau tidak dipancitkan, alamatnya memang tak dapat la nak duduk bawak bincang dengan si isteri yang keras hati dan kepala batu macam tu.
             Kedua, idea Elly yang suruh buat macam tu. Sebab Elly kata, Syazreen ada buat plan nak lari lepas habis kelas. Maka, sebelum dia buat plan entah hape hape dia tu, baik aku buat plan aku yang boleh tahan ntah hape hape ni dulu.
            Macam mana dia meyakinkan Elly untuk berada di pihak dia? Senang je. Belanja laksa penang seround, settle masalah. Itupun lepas kena lecture bertingkat-tingkat dengan Elly tadi kut. Jenuh jugak la dia nak kena dengar.
            Mr.Sahel Haqimy, why are doing this to me?” Soalku sambil bercekak pinggang.
            Because abang dengar ada orang tu cuba nak lari right after class . So, sebab tu la.” Sahel menjawab selamba tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bersalahnya.
             “ Oh, really? Thanks for being nice to me.” Aku membuat nada sarkastik. Aku menggelengkan kepala. Eh, kejap! Mana pulak dia ni boleh tahu plan aku ni? Ini mesti kerja… Elly!Yes, Elly!!  Kau memang nak kena backhand dengan aku la tengok gaya. Memang mak cik tu sorang je kut yang tahu rancangan entah apa-apa aku ni. Kau nanti la Elly. Aku jumpa kau, aku sekeh kau laju-laju. Bebelku di dalam hati.
            “ Tak payah nak sarkastik sangat, sayang. Ambik barang-barang Reen semua and then ikut abang. We need to discuss, remember?” Sahel memberi arahan.
            No way. Saya tak nak ikut dan saya tak nak discuss apa-apa dengan awak. Saya nak balik.” Aku mengeluarkan barang-barangku dari dalam kereta dan mengatur langkah menuju ke bus stop.
            Namun baru saja beberapa langkah, lenganku terasa ditarik. Aku segera menoleh.
            Let me go!”
            “ Abang kata, ikut abang. Apa pasal yang susah sangat nak dengar cakap ni?” Sahel Haqimy sudah mula meninggikan suara.
            “ Saya kata, saya tak nak. Saya tak nak la! Which part yang awak tak faham apa saya cakap ni? suaraku juga sudah meninggi. Dah la bengang kereta kena pancit pun tak habis lagi, sekarang nak tambah dengan paksa-paksa orang pulak. Memang ada yang makan backhand aku ni kang.
            “ Abang tak kira. Ikut abang sekarang.” Sahel menarik tanganku menuju ke keretanya dan mengarahkan aku masuk.
            Aku masih berkeras lagi tidak mahu mendengar arahannya. “ Saya kata, saya tak nak! Lepaskan saya sebelum saya jerit kat sini sekarang jugak.”
            Sahel Haqimy sudah semakin naik angin. “ Reen ingat, Reen je yang boleh jerit ke? Abang kata masuk! Nak abang heret ke baru nak masuk?”
            Aku masih berkeras dan tercegat di situ.
            Sahel Haqimy yang memandang sudah terasa sakit hati teramat. Ya Allah… degilnya la bini aku ni. Dia sudah mencekak pinggang. “ Syazreen Arshad, I said now!”
            Aku yang terkejut dengan tengkingan kuat itu segera masuk ke dalam kereta
                                                          
*************                                               

                                               Bab 48

Sahel memberhentikan keretanya di sebuah padang permainan berhampiran dengan kawasan perumahan kami. Sepanjang perjalanan ke sini tadi, memang masing-masing buat keras je tak bersuara tak apa.
            “ Turun.” Arahnya dengan muka serius sambil membukakan pintu kereta untukku.
            Aku yang terkejut dengan kata-kata berbentuk arahan itu lambat-lambat keluar dari kereta. Kut la nak tunjuk garang pun, tak payah la buat muka macam Hulk Hogan nak smackdown orang. Ini macam nak ajak aku bergusti je gaya. Tiba-tiba aku rasa nak nangis. Dan tiba-tiba jugak aku rasa macam antara aku dan dia macam ada gap yang sangat jauh pulak. Tipu la kalau kata aku tak terasa hati ke apa bila dengar dia tengking jerit dan tinggi-tinggi suara dengan aku macam tadi tu. Sumpah, ni first time aku tengok dia marah. Sebelum ni, mana pernah dia nak marah-marah cenggitu. Kalau marah pun, dia tak pernah nak tinggi suara. Tapi, salah aku jugak kut. Siapa suruh buat perangai degil macam tu? Kan dah kena marah. Untung tak kena  heret je tadi masuk kereta. Kalau tidak mau nya la aku nangis.
            Sahel Haqimy mengerling isterinya di sebelah. Kesian pulak tengok muka cuak isterinya itu. Itu la, suruh ikut baik-baik tak nak. Degil. Dah kena tengking, kena marah segala siap, baru nak dengar cakap. Dia tak suka apa yang sedang berlaku sekarang ni. Sungguh dia tak suka apabila harus meninggi suara dan marah-marah begini apatah lagi itu bukan sifatnya. Tapi apabila Syazreen berdegil, hilang segala sifat sabar yang selama ini dah memang sebati dengan diri. Ya Allah… maafkan aku Ya Allah. Betul la kata-kata yang tertulis dalam satu hadis ni, sesungguhnya orang yang kuat tu bukanlah orang yang menang apabila bergaduh, tapi orang yang kuat tu apabila dia dapat menahan dan mengawal marahnya.
            “ Abang mintak maaf.” Sahel melepaskan keluhan sambil meraup mukanya dengan tapak tangan.
            Aku yang sedang duduk di atas sebuah bangku yang terdapat di taman permainan itu sambil merenung ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di situ memandangnya sambil mengangkat kening.
            Okey… look... ” Sahel melangkah ke arah bangku yang diduduki oleh isterinya itu. “ Sorry for everything. Since malam kenduri kat rumah mak hari tu sampai la hari ni… abang marah-marah Reen. Tengking-tengking Reen. I just wanna say that… I am so sorry. I didn’t mean it.” Ujarnya sambil memandang tepat ke arah aku.
            Aku menarik nafas panjang. Aku pun bersalah jugak sebenarnya. Tapi, kalau nak ikutkan, memang patut pun dia yang mintak maaf. Dia yang mula buat ‘perang’ dulu. ‘Oh, come on Syazreen. Jangan nak tunjuk ego sangat. Suami kau kot tu.’ Okey… aku pun ada hujah aku sendiri, kenapa aku buat keras macam ni.
            Its not about siapa betul siapa salah, bang. Ini pasal trust. Abang tak percaya kat Reen. Tu masalah kita sekarang ni.”  Aku bangun sambil memeluk tubuh memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang bermain tadi. Nada suaraku seperti berjauh hati.
            Sahel Haqimy bangun mendapatkan isterinya. Dia memusingkan badan isterinya tu ke arahnya. “ Reen… abang mintak maaf. Abang tahu, salah abang. Abang tahu, selama ni abang selalu sangka yang bukan-bukan pasal Reen dengan Syimi. Tapi, please… tu dulu. Sekarang abang dah sedar. Abang tak patut fikir yang bukan-bukan kat isteri sendiri. Abang buat macam tu pun sebab abang sayang Reen, okey. Abang tak nak orang lain ambik hak abang.”
            “ Sayang konon. Sayang apakebenda macam tu? Orang kalau betul-betul sayang, tak ada nya nak merajuk berhari-hari macam yang abang buat tu.” Sindirku sambil menghadiahkan satu jelingan tak puas hati.
            Sahel Haqimy tergelak kecil. “ Hei… tak baik tau jeling suami macam tu.” Dia menarik tanganku dan diusap-usap perlahan. “ Sayang… kan abang dah kata, abang mintak maaf. Abang buat macam tu sebab abang geram. Sayang abang ni suka buat benda tak bagitau kat abang dulu. What do you expect me to do bila tengok orang yang dulu pernah ada something special dengan isteri abang  ni tiba-tiba ada kat depan mata? Nak suruh abang senyum sengih sambil main gaduh-gaduh manja dengan dia ke?”
            Aku terkedu. Macam mana pulak dia boleh tahu kisah aku dengan Syimi ni? Ini mesti kerja Elly. Kesian Elly, asyik kena blame je daripada tadi. Gasak kau lah Elly. Tapi, kira kena terima kasih banyak-banyak lah kot dekat kawan baik aku yang sorang tu. Gigih betul nak mendamaikan kita orang yang tak semenggah perangai ni. Dah macam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dah gayanya. All in all, dah memang dia sorang je pun yang tahu semua cerita. So, nak kata apa lagi? “ Abang… tu kisah lama la. Zaman sekolah punya cerita. Sekarang ni, kita orang just kawan je. Tak lebih pun. And lagi satu, tak suruh pun abang main gaduh-gaduh  manja dengan dia sambil senyum sengih semedang ke apa... Reen just nak abang be rational je kot. Tapi, berhari-hari tunjuk mogok dia kat kita.” Aku memandangnya dengan muka sebal.
            “ Okey… okey. Memang salah abang pun. Tapi, yang Reen tu… lagi teruk. Siap tak nak balik rumah bagai. Tinggalkan abang sampai tiga hari tiga malam sorang-sorang kat rumah, apa cerita? Kesian tau kat suami Reen ni. Makan maggi je hari-hari.” Sahel Haqimy membuat muka. Memang dia sudah tahu kenapa isterinya itu tidak balik ke rumah. Saja mahu dilihat reaksi isterinya itu. Semuanya Elly dah ceritakan tadi. Sempat jugak la kena marah dengan makcik sorang tu .
            “ Sahel, apa kau dah buat sebenarnya? Siapa perempuan dengan kau kat restoran asam pedas hari tu? Aku dengan Reen ada kat situ masa tu. Kita orang memang plan nak makan kat situ that day. Masa tu aku yang nampak korang dulu. And sorry, aku dah try my best nak avoid Reen daripada ternampak kau dengan perempuan tu, tapi… kau tau la dia kan. Mana boleh tengok aku buat gaya pelik-pelik sikit. Lastly, dia nampak jugak. Salah aku la kot sebab tak reti duduk diam kat kerusi tu… and maybe aku obvious sangat asyik toleh belakang pandang kat korang, itu yang Reen pun ikut toleh sekali. Tapi, that is not the point. The point is, siapa perempuan tu?”serang Elly dengan panjang lebarnya.Tak ada noktah langsung!
            “ So, memang betul la apa yang aku sangka tu? Orang yang kau panggil masa tu, Reen?” Sahel Haqimy menggelengkan kepalanya.
            “Dah tu… kau ingat aku panggil Maya Karin?” Elly buat muka sebal. “Come on la Sahel, apa cerita ni? Kau marah kat Reen pasal Syimie, kau tak nak dengar even satu pun explaination daripada dia, tapi… kau pun lebih kurang sama je. Keluar dengan perempuan lain berdua. Kau expect Reen boleh terima ke?” Kata Elly dengan nada geram. Hah, main-main lagi dengan kawan aku. ‘Kau kalau kata, perempuan tu girlfriend kau, memang aku shoot je kau kat sini.’ Elly mengomel di dalam hati.
            “ Okey… wait a minute. Benda tak macam apa yang kau and especially my wife sangka. Perempuan tu sepupu aku. She’s married. Suami dia pun ada sama waktu tu. Korang nampak aku berdua je dengan dia sebab suami dia pergi toilet.” Giliran Sahel pulak yang bercakap. Dengan budak Elly ni, memang kena mencelah cepat-cepat. Kalau tidak sampai ke tahun depan pun belum tentu dapat cakap. Beria-ia dia menerangkan salah faham itu.
            Dan disebabkan pertemuan dengan Elly itu lah dia berusaha untuk memulihkan semula semua salah faham dan segala benda yang dah jadi.
            “ Aku tak kira, pergi pujuk dia.”Elly mengeluarkan arahan gaya seorang diktator sambil tangannya yang memegang garfu lurus ditunjukkan tepat ke arah lelaki itu. Dengan garfu-garfu tu jugak dia nak tunjuk. Guna tangan sudah lah. Elly ni pun… over dramatic betul lah.
            “ Kenapa pulak aku yang kena pergi?” Sahel buat muka tak puas hati.
            Ek eleh dia ni pun. Ada yang aku debik sekali karang. “ Sebab kau pun salah jugak.” Jawab Elly selamba sambil menghabiskan baki laksa penangnya itu.
            “ Weh… siapa yang lari rumah?” Sahel masih tidak puas hati.
            Elly cuba bertenang. Memang betul la dia ni mintak kena debik. Aku memang tak kisah kalau nak bagi.Walaupun kau dah baik hati belanja laksa penang kat aku hari ni. Lantak la… asal nasib kawan aku terbela. “ Excuse me… hello,kau lupa ke dia lari rumah tu sebab siapa?” Saja ditekankan perkataan siapa itu. Bagi sedar dari mimpi siang sikit mamat ni.
            “ Okey, fine!”
            Sahel memandang isterinya yang masih diam tidak bersuara itu. Aik, takkan marah pulak kot? “ Kenapa diam? Tak nak jawab soalan abang?” Dia menyoal sambil mengangkat kening.
            “ Jawapan tak ada dalam skema.” Jawabku selamba. Aku kena jawab ke kalau jawapan tu dah memang ada kat dia?
            Orite then, , kalau macam tu biar abang teka. Ada orang tu nampak abang kat restoran dengan sorang perempuan, lepas tu tanpa usul periksa… terus jump to conclusion without asking me first. So,  jawapan tu ada dalam skema tak?” Sahel Haqimy bertanya sambil tergelak kecil.
            Aku memandangnya geram. Nasib baik suami. Kalau tak memang aku backhand dah dia ni. “ Let me check first.” Aku bangun dari tempat dudukku. “ I wanna go home.”
            Sahel Haqimy mengeluh perlahan. “ That was Nia…
            Langkahku terhenti. Okey, now what? Nak buat sesi suai kenal pulak dah? Ada aku kisah ke siapa nama dia? Duduk mana? Dengan siapa? Kerja apa segala? Aku jadi semakin tidak sabar pulak dengan lelaki kat depan aku yang macam tengah main tarik upih je gayanya ni.
            Stop it abang! Reen tak nak dengar apa-apa. Reen tak sangka sampai macam tu sekali abang buat Reen. Abang marah Reen pasal Syimi. Konon macam Reen yang salah. Tapi, abang pun sama! Abang pun tak jujur dengan Reen! Kalau abang rasa, abang nak balas dendam kat Reen, tahniah bang… memang abang dah berjaya. Pergi lah dekat Nia abang tu. I don’t care!” aku menghamburkan segala yang terbuku di hati selama ni.
            Sahel Haqimy tersentak dengan kata-kata Syazreen. Okey, ini dah masuk bab lain ni. This is really not good. Dia terus memegang bahu isterinya itu dan dipusingkan menghadap ke arahnya sambil matanya memandang tepat ke wajah isterinya yang sudah mula keruh itu.
            “Sayang… merepek apa ni? Siapa kata abang nak balas dendam dekat Reen? Abang just nak explain kat Reen siapa Nia. She’s my cousin. And for your info, she’s married. Apa yang Reen nampak hari tu, totally tak sama dengan apa yang Reen sangka. Abang bukan berdua je dengan dia. Suami dia pun ada sekali.” Sahel menerangkan dengan panjang lebar sekali.
            Aku yang mendengarkan kata-katanya itu terdiam membisu. Terpinga-pinga seketika sebelum dapat mencerna setiap patah perkataan yang keluar dari mulut suaminya tadi. Okey, kejap…kejap… apa dia kata tadi? Sepupu? Tapi, kenapa aku tak pernah tahu pun yang dia ada sepupu perempuan? Then, dah kahwin? Ada suami? Allahuakhbar… aku terasa malu tiba-tiba. Waaa… Elly, aku malu ni? Mana nak sorok muka?
            Perlahan-lahan aku mengangkat muka memandang ke arahnya. Dia membalas pandanganku dengan sengihan kecil di bibir. Aku terus menumbuk-numbuk dadanya sambil menangis. Aku nangis bukan sebab tak percaya apa yang dia kata, tapi sebab malu. Aku kalau malu, memang mudah sangat je nak menangis.
            Mati terus sengihan Sahel Haqimy. Dah kenapa lagi ni? “ Eh… eh… Reen… kenapa ni? Jangan la buat abang macam ni, sayang. Tak kesian kat abang ke?.” Pujuknya sambil cuba menepis pukulan isterinya yang tiba-tiba itu.
            Aku berhenti memukulnya. “ Jahat… kenapa tak bagitau awal-awal? Abang suka la buat Reen malu.” Ujarku sambil mengesat air mata yang mengalir. Haila… boleh pulak kau buat drama air mata sebabak kat sini Syazreen oi. Nasib baik la tak ramai orang. Cis, buat malu kaum kerabat je!
            Sahel Haqimy tergelak-gelak mendengar kata-kata isterinya itu. Dia lantas menarik terus tubuh kecil isterinya ke dalam pelukan. “ Alahai… sayang abang ni. Abang ingatkan kenapa la tadi beria-ia menangis. Abang mintak maaf, ok? Abang memang nak explain… tapi Reen yang tak nak dengar. Lain kali, dengar la dulu apa orang nak cakap. Ini main terjah je tak bagi signal tak bagi apa. Dah… takmo nangis lagi.” Dia mengusap perlahan belakang badan isterinya. Kepala yang dilitupi tudung itu dicium beberapa kali. Sungguh dia rindu dengan isterinya itu.
            Aku menegakkan kepala.“ Abang tu la… cuba cakap tu straight to the point terus. Ini tak, nak main corner sana corner sini pulak.”
            “ Abang jugak yang salah? Yelah… yelah. Abang salah. Abang suka corner sana… corner sini. A..bang mintak maaf ok.” Sahel mengesat air mata yang berbaki di wajah isterinya itu.
            “ Reen pun mintak maaf jugak. Reen tahu, Reen pun banyak buat salah dengan abang.” Ujarku sambil merenung wajah suaminya itu.
            Its okey… abang dah lama maafkan isteri abang ni. Dah… meh sini, abang bagi warm sikit.” Sahel menarik isterinya itu ke dalam pelukan.
            Aku turut membalas pelukannya itu. Sungguh la… aku memang rindu nak peluk suami aku ni. Terasa best, terasa tenang je. “ Abang…”
            “ Yup…”
            “ Kenapa Reen tak pernah tau yang abang ada sepupu ek?”
            “ Sebab Reen tak pernah tanya.” Jawab Sahel sambil ketawa kecil.
            Aku mencubit pinggangnya. Main-main pulak dia ni. “ Abang, please…”
            Sahel merungkaikan pelukannya. “Adoi… sayang… that was hurt, okey? Sejak bila pandai main cubit-cubit ni?”
            “ Sejak pandai main cubit-cubit la.” Jawabku selamba.
            “ Wah… kreatifnya jawapan.” Balas Sahel sambil mencubit pipi isterinya itu.
            Okey, back to the question… kenapa?”
            “ Sebab sepupu abang si Nia tu tak duduk Malaysia. Dia dekat London before this. Baru je settle down and balik Malaysia. Masa kita kahwin pun dia still kat sana lagi. So, that’s why la Reen tak kenal dia. Okey,puas hati?”
            Aku mengangguk-angguk. Patut la tak pernah nampak pun. “ Baik la Encik Sahel … saya sangat la berpuas hati dengan jawapan yang diberi.” Jawabku sambil tersenyum.
            Good girl. Dah… jom balik.” Sahel menarik tangan isterinya itu menuju ke kereta.

            “ Kejap…” aku menarik semula tanganku.
            “ Apa lagi sayang abang ni?” Sahel sudah mencekak pinggang.
            “ Abang lupa? Kereta Reen yang dah tersadai dekat kampus tu apa cerita?” Soalku sambil mengangkat kening.
            Sahel tersengih-sengih memandang isterinya itu. Dia segera mendapatkan isterinya itu. “ Besok je la kita ambik. Nanti abang sendiri yang tolong bukak and pasang balik tayar kereta Reen tu. Sekarang ni, kita balik rumah dulu, ok?”
            Eh… laki aku ni. Senangnya cakap. Dah tu, aku nak pergi kerja macam mana esok? “Dah tu, orang nak pergi kerja macam mana?” Soalku lagi.
            Sahel Haqimy tersenyum. Kalau dah namanya Syazreen, memang tak sah la tak tanya orang macam polis. “ Sayang… yang risau sangat ni kenapa? Abang ada kan. Pergi dengan abang je la.
            Ya tak ya jugak. Aku menggaru kepala yang tidak gatal itu. Gaya tak duduk satu rumah je aku ni.
            Dah, jom balik. Nanti orang ingat kita buat drama melayu petang-petang pulak kat sini.” Dia menarik tangan isterinya.
            Ceh, dia yang buat scene ala-ala dalam novel siap sabotaj pancitkan tayar kereta orang segala tu tak kira pulak. Aku membuat muka.
            Sahel ketawa kecil melihat muka isterinya yang masih ada aura tak puas hati. Marah la tu.  

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...