Assalamualaikum wbt,
Baru-baru
ni mesej dengan Mai kat WhatsApp. Banyak benda yang kitorang
sembangkan. Kisah MH17, kisah Kerana Terpaksa Aku Relakan, yang dia
dok sibuk dengan Amar Baharin a.k.a Abg Zen dia dengan Indah tu,
sampai la ke kisah lubang besar yang tetiba muncul kat mana ntah
tempatnya tu, aku lupa pulak. Banyak la benda yang diceritakan. Pasal
MH17, seriously... its a big test from Allah to us. Kadang-kadang aku
rasa, aku sendiri tak dapat nak describe perasaan sedih tu, sampai
dah tak nak tengok dah perkembangan berita pasal ni sebab sedih dia
terasa sangat. Aku yang bukan ahli keluarga terapat pun dah sedih,
bayangkan pulak la ahli keluarga mangsa sendiri. Allah... ujian Allah
memang tak kira bentuk waima rupa and tak kira siapa kita kan? Kalau
Allah kata jadi, benda memang akan jadi. May Allah bless all of them.
And may Allah tunjukkan siapa pihak yang bertanggungjawab buat
jenayah kejam tu.
Orait,
now... nak tulis pasal topik perbincangan aku dengan Mai. Budak Mai
tu, kadang-kadang tanya soalan memang unexpected sikit. Time aku
terkulat-kulat tak fikir apa la dia nak buat sesi soal jawab macam
tu. Hahaha. Tapi, dia jugak la yang rajin melayan soalan-soalan luar
alam aku pun time aku bosan tahap panda. Huhuhu.
Dalam
sembang-sembang tu, Mai ada bgitau aku yang dia takut nak kawen.
Hahaha. Tersengih-sengih aku baca mesej dia. Sempat lagi tu dia dok
fikir. Tapi, benda-benda munakahat gitu, harus la jugak difikirkan.
Untuk kita sama-sama muhasabah... perkahwinan tu sebenarnya untuk
apa?
Bukan
kata si budak Mai tu je yang takut, aku yang konon-konon cool ni pun
takut jugak sebenarnya. Cuma mungkin sebab dan faktor ketakutan tu
lain. Macam Mai, dia kata... dia takut sebab dia risau dia tak boleh
nak adapt dengan kehidupan bila dah masuk alam perkahwinan tu.
Freedom la.. itu la.. ini la. Bak kata Mai. And aku tak la kata
ketakutan si Mai tu satu benda yang extremely not good ke apa sebab
setiap orang tak sama apa yang dia rasa dan dia fikirkan di kepala.
Aku raikan je rasa yang bertanda kat hati Mai tu. Huhuhu. Dan Mai pun
ada tanya kat aku,
“Kak
Ain takut atas faktor apa?”
Hehehe.
Aku pun tak tau nk habaq lagu mana. Nak kata, let me try first
karang... nampak sangat macam aku ni tak betul sangat je dah bunyi
and gayanya. Tapi, bagi aku... perkahwinan tu tanggungjawab.
Tanggungjawab yang bukan tertumpu kat suami or isteri je... tapi kat
semua benda. Freedom, tak selesa.. tak pandai buat kerja. Terikat
dengan pasangan... nak kena bagitau itu ini... tu bukan something
yang bagi aku perlu ditakutkan... itu basic saja. Itu fitrah je
sebenarnya. Benda yang dah memang termaktub. Dah kahwin, syurga kita
terletak kat pasangan kita. Sebab tu kahwin tu its not an easy thing
to deal with. Dan bagi aku, sebab-sebab yang menyebabkan akuu takut
tu, bukan sebab all those thing semata, tapi banyak sudutnya.
First
thing first, pasangan kita tu. Nak kena filter gak. Bukan main rembat
maain sebat macam main bola main futsal or main beli chicken wings
kat pasar malam or pasar tani ke apa. Its more than that. Kalau nak
pasangan yang baik, kita dulu kena try jadi baik. AKu tak kata, bila
nak cari pasangan tu, kena cari pak bilal ke.. pak imam muda-muda
belia ke.. pak ustaz yang pakai serban 24/7 ke apa. Tapi, kalau dapat
yang macam tu... itu rezeki Allah nak bagi la tu kiranya. Its ok je
kalau pasangan tu tau tanggungjawab dia as Hamba Allah.. sedar
tanggungjawab dia kat ummah... tau tanggungjawab nak bina keluarga
yang sakinah and mawaddah. Seriously, bukan nak expect someone yang
good-good sedangkan diri sendiri pun tak bagus mana. Cumanya, bagi
aku... cukup dia tau erti tanggungjawab. Bila dia tau benda yang satu
tu, in sha Allah... takkan jadi payah untuk dia nak jadi a good
khalifah for his family. Dengan dunia sekarang yang memang la maha
mencabar lagi maha haru biru dengan social problems bersepah-sepah...
aku rasa, seseorang yang ada rasa and ada keinginan nak berkahwin tu,
tambah-tambah la ilmu-ilmu rumahtangga ni.. keep cari ilmu... sebab
benda tu yang penting sebenarnya. Plus, tanggungjawab tu bukan
berpaksi pada pasangan je semata, tapi untuk anak-anak jugak. Kot la
nanti ada anak... tanggungjawab dah lagi besar kot. Nak besarkan
anak. Kalau tak kena gaya, mendapat la nanti nak jawab depan Allah.
Amanah besar Allah bagi kat kita tu. Kalau anak-anak berjaya ikut
acuan yang kita nak.. berguna untuk agama bangsa semua tu, sedap la
jugak mata. Tapi, kalau tak... mana nak letak muka bila Allah tanya?
Haih la... seram kot bila fikir tang yang satu tu.
Tapi,
however it is... semuanya dah Allah tulis kat loh mahfuz.
Kadang-kadang, Allah tak bagi sekarang, DIA bagi karang-karang.
Kadang-kadang, ada orang kahwin lambat, ada orang kahwin cepat. Ada
orang dah kahwin, tapi still tak dapat anak... tapi, Allah ganti bagi
mak mertua, ayah mertua yang best and penyayang. Tu semua kerja
Allah. Kita, buat kerja kita untuk terus jadi hamba Allah yang baik. In sha Allah.. :)