Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur kat Allah. Hari ni, keputusan final exam keluar. Rasanya macam baru semalam saya habiskan paper terakhir. Tup.. tup.. hari ni dah dapat tahu result. Allah... cepat je rasanya masa berlalu. Dah pun habis semester 4, now ready to be part 5 student yang mana final sem untuk degree ni sebelum melangkah ke dunia 'kerjaya' sementara ( praktikal la senang citer..). Tapi, bukan tu pun cerita yang saya nak kongsi untuk entry kali ni. Ada yang lagi interesting. Hehehe. Ceh.. ceh.. interesting la sangat (buat muka - mata ke atas, tangan kat bahu..).
Hari ni result keluar, so.. perasaan memang nervous tak hengat la. Sampai terkeluar la status macam ni kat FB,
"Selalunya bukak email, buat muka takde perasaan je. Tapi, kali ni macam-macam perasaan ada. Semoga semuanya baik-baik saja. :) "
Huhuhu. Memang macam tu pun setiap kali musim result nak keluar. Simptom-simptom yang akan melanda diri bila tibanya masa nak tengok result,
1) Muka gelabah macam nak akad nikah.
2) Bukak email, sambil tangan terketar-ketar nak taip email and password sendiri.
3) Chatting dengan geng, sambil bagtau bad feeling and teori-teori merepek dan merapu masing-masing. Sebagai contoh, "Aku mimpi buruk malam tadi. Mesti tu petanda tak baik." - Nonsense sangat! Hohoho.
Itulah antara simptom-simptom yang berlaku kat saya, dan saya percaya bukan kat saya je. Tapi, mungkin orang lain pun rasa apa yang saya rasa. Dipendekkan cerita, sampai dekat pukul 2 jugaklah saya terpacak depan laptop, semata-mata nak tunggu result punya pasal. Dan akhirnya, tertidur sampai tak sedar diri and the worst part is, bila saya tak kejut bapak saya yang bercadang nak gi qiamulai kat masjid. Hahaha. Hadoi la.. result punya pasal.
Akhirnya, lepas bangun solat subuh.. barulah saya dapat bukak email and check result. Alhamdulillah.. lulus semua. Walaupun tak gempak mana, itu dah cukup bagi saya. Hidup ni bagi saya, its very unexpected. Itulah yang saya katakan kat kawan saya tadi, bila masing-masing meluahkan kekecewaan dengan result yang tak seberapa.
Macam yang saya jangkakan untuk semester ni, mungkin saya akan grade yang macam ni, untuk subjek yang satu tu, tapi.. tup... tup.. bila tengok result, subjek yang saya expect dapat grade tu, tak dapat. Tapi, subjek yang saya tak expect akan dapat.. saya dapat. Masya Allah.. terasa nak menangis mengenangkan perangai sendiri yang kadang-kadang lupa, hidup ni bukan untuk kita dapat apa yang kita nak.. tapi, hidup ni adalah untuk kita dapat apa yang kita perlu. Bila fikir-fikirkan balik, terus fikiran saya teringat kat satu firman Allah dalam surah Al- Baqarah yang menyebut,
"
Boleh jadi, kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan
boleh jadik kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi kamu.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.." -
ayat 216 -
So, conclusionnya.. Bersyukur dengan apa yang kita dapat. Tinggi ke rendah keputusan exam tu, yang pastinya itu adalah ujian dari Allah untuk hati kita. Yang tinggi resultnya, tahniah. Yang rendah, jangan rasa lemah. Teruskan usaha. Ayat penyedap hati untuk diri sendiri.
Bila kita dah terbiasa menjadi orang yang sederhana, dan apabila mendapat sesuatu.. kita takkan rasa 'sengsara dan kecewa' dengan tekanan-tekanan 'high expectation' dari orang lain.. kerana apa? Kerana yang kecewa itu cuma kita, bukannya orang lain. ;)
Saturday, August 3, 2013
Tuesday, July 30, 2013
Contengan Kebosanan
Assalamualaikum wbt,
Dah lama gilerr tak mengupdate contengan-contengan kebosanan kat teratak saya yang maha usang ni. Eh, tapi.. dah tak usang dah. Sebab saya baru je tukarkan layout baru untuk 'teratak' saya ni. Adoii.. bila orang yang rabun IT ni dah mula menggodek-godek sesuatu yang dia sendiri tak berapa nak hebat, memang take time lebih-lebih la jawabnya di mana hasilnya... well, not really good.. but, ok la. Hahaha.
By the way, saya sebenarnya dah tak sabar-sabar nak bercuti raya. Bukan sebab excited nak beraya ke apa. Tapi, sebab kepala otak ni dah terasa berat sangat dah. Since dari habis final exam hari tu, sampailah ke hari ni. Terasa macam tak cukup rehat je. Lesu, lemah dan tak bermaya je rasanya. Hohoho. Ayat macam dalam iklan sungguh. Huhuhu.
[ Gambar hiasan]
Seriously, sedih sebenarnya nak tinggalkan bulan ramadhan yang memang sangat-sangat dinanti every year ni. Tahun ni mungkin saya berpeluang sambut ramadhan, mana tahu kot-kot tahun depan, saya tak berpeluang? Hah.. kan sedih je bunyinya tu kan? Mana dengan kelasnya. Dengan assignmentnya. Dengan quiz dan testnya. Wallaweh! (Bahasa apa entah ni, saya pun kurang pasti).. memang mencabar fizikal dan mental la weh. Sebab tu sekarang ni, kalau boleh.. masa rehat yang ada tu, memang akan meng'qadak' la sebanyak mana waktu tidur yang tak cukup tu. Eh.. jap.. jap.. bulan puasa ni, tak de la tidur je sepanjang hari ke apa.. maksud saya, bila ada waktu yang memang agak-agak line dia clear se'clear' clean & clear tu, saya akan tidurlah sekejap. Orang kata, bila kita tak cukup tidur, dan bila kita ambik keputusan untuk tidur walaupun cuma 5 minit, itu dah pun buat badan kita jadik segar. So, kalau nak segar.. tidur la walaupun cuma sebentar. Bagi fresh balik diri kita yang memang dah macam zombi je gayanya. Hahaha.
Erm, tahun ni pun rasanya ramadhan yang amat menyedihkan.. sebab saya tak dapat nak berterawikh sangat macam tahun lepas. So, terasa amat rugilah for this ramadhan. So, sebelum nak habis ni.. memang kena pulun la tambah amal. Mana yang kurang, kita topup la dengan sebanyak mungkin amalan-amalan sunat yang kita boleh dan kita mampu buat. saya sendiri pun, memang tak banyak mana amalan.. so, rasa segan je nak mengaku yang saya banyak buat amal. Lagi satu, 10 malam terakhir ni, cubalah kejar lailatul qadar walaupun amalan tak seberapa, tapi tak salah kalau kita berusaha dan ingin 'turut serta' nak cari lailatul qadar tu kan?
[Gambar Hiasan]
Tahun ni, rasa macam lebih excited nak buat kuih raya daripada nak beli baju raya. Hahahaha. Salah konsep betul Ain Sabrina ni. Sampaikan saya siap suruh mak saya beli perkakas nak buat kuih lagi. Mak saya sendiri pun tak excited macam tu. Hohoho.
Tapi, apa pun.. persiapan-persiapan raya tu, tolonglah bersederhana je. Ingat kat orang-orang yang kurang berkemampuan. Saya sendiri kurang gemar bila orang sibuk bercerita pasal baju raya, persiapan-persiapan raya yang gah tu depan orang lain. Bukan tak boleh nak bercerita, tapi saya takut bila kita bercerita.. timbul pulak riak kat dalam hati kita. Tambah-tambah lagi bila kita bercerita di depan kawan-kawan, atau saudara mara kita yang susah. Kesian diorang. Nak cerita, ceritalah.. tapi, make sure kita peka dengan sensitiviti orang sekeliling kita.. orait geng? Hehehe.. (terasa macam bercerita dengan geng pulak..Kih3..)
Oh, ya. Sebelum terlupa.. saya tersangatlah ingin menyambung kisah Sahel Haqimy dan Syazreen tu, tapi... saya perlukan masa. In sha Allah.. akan ada sambungannnya. Maaflah banyak-banyak. Saya ni budak baru belajar. Masih baru lagi nak berjinak-jinak dalam penulisan novel. Mohon semua sahabat-sahabat pembaca mendoakan saya dan semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Aamin.. In sha Allah.
Nota : jaga Iman, jaga Amal dan jaga hati juga. Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin. :)

Tuesday, July 16, 2013
Kisah Semalam
Assalamualaikum wbt,
Dah lama rasanya tak main conteng-conteng kat sini. Life sebagai seorang student, macam gini la gayanya. Bila kita kata, kita sibuk.. sesetengah orang mungkin faham.. dan sesetengah orang lagi mungkin tidak akan faham. Lebih teruk lagi, langsung tiada yang cuba mahu faham. Hah.. kalau macam tu, memang payahlah nak bagi mereka faham, kalau kita sendiri tak cuba untuk faham.
Tapi, bukan tu pun sebabnya entry ini ditulis. Dengan kesejukan yang melampau dekat kampus ni, sampai menggigil-gigil bagai dah.. tangan ni laju jugak la menaip dan berfikir, cerita apa la yang ingin dikongsi kali ni? dan, akhirnya.. tertulis satu kisah yang diberi nama 'Kisah Semalam'.
Semalam, masa buka.. mak tanya..
"Kelas pukul berapa esok?"
Tak jawab pun. Diam je sambil makan. Penat sampai nak bercakap pun terasa malas.
Sambung mak lagi,
"Hura-hara dah mak tengok kau ni.."
Errkkkk.. Hura-hara? Hahaha.. bukan huru-hara lagi dah.. ni dh haru biru nama dia. Mana la tak huru-hara binti haru birunya kalau habis je final exam hari tu which is hari ahad, besoknya hari isnin dah start kelas untuk intersesi. Dengan waktu tidur yang tak berapa nak normal sepanjang minggu exam tu... atau dengan erti kata lainnya, jadi 'mak guard' di kala orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi di malam hari dan lepas tu sambung lagi dengan kelas yg start pukul 8 pagi setiap hari.. Allah.. terasa mahu pengsan.. Huhuhu..
Semoga Allah beri saya kekuatan..
banyak benda sebenarnya yang nak dituliskan untuk entry kali ni, tapi macam tak berapa pandai pulak nak menyusun dan mengarang ayat. Hahaha. Mungkin sebab minda masih lagi berjalan dan belum mahu berhenti. Serius, semester ni sangat terasa penatnya. Bila saya sendiri dah rasa tak berdaya sangat, terluah jugak keluhan dari mulut.
Dan disebabkan kepenatan itu jugak la saya memilih untuk mendengar berulang kali lagu SUCI SEKEPING HATI dari kumpulan saujana tu..
Lirik yang memang sangat kena la dengan situasi yang saya alami sekarang ni.
"Mengharap senang dalam berjuang,
bagai merindu rembulan di tengah siang..
jalannya tak seindah sentuhan mata,
pangkalnya jauh hujungnya belum tiba.."
Bila rasa nak tergelincir sikit dari landasan, lirik lagu ni seakan-akan memberi saya semangat untuk teruskan perjuangan. Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu nak dihadapi oleh hambaNya, bukan? Jadi, just train ourself to put a trust in Allah. In sha Allah... everything will be fine.
Sedar tak sedar jugak, hari ni dah pun 8 hari umat islam berpuasa. Semoga bulan ramadhan ini menjadikan kita lebih bersemangat nak buat kebaikan dan berebut-rebut nak mengumpul pahala.
# Kalau sebelum ni, bukan bulan ramadhan.. kita tak berapa suka nak buat baik.. bulan ramadhan ni la untuk kita latih diri kita untuk berbuat baik.. #
-8 Ramadhan 1434H-
-Ain Sabrina -

Wednesday, June 19, 2013
~Permaisuri Hati~
Bab 45
Malam itu, aku bermalam di rumah Elly. Rumah yang kami sewa sebelum
aku menamatkan zaman bujangku. Sengaja aku membawa diri. Handphoneku yang berdering
sejak dari siang tadi, tidakku endahkan. Aku masih lagi kaku di atas sofa
sambil menonton tv. Menonton la sangat. Dah macam hape je rasanya tercongok macam ni. Ini semua pasal kejadian siang
tadi. Hatiku membentak geram.
Elly yang dari tadi
lagi memerhatikan perilaku temannya itu menggelengkan kepala apabila handphone yang dari tadi berdering minta
diangkat tidak dihiraukan oleh tuannya. Mesti yang call tu Sahel. Kesiannya la
kau wahai telefon. Dapat tuan keras hati macam si Syazreen ni. Sempat Elly
mengutuk teman baiknya itu di dalam hati.
“Weh, makcik…. phone kau berbunyi tu. Tak nak angkat
ke?” Elly memanggil apabila dirasakan yang deringan telefon itu sememangnya
mengganggu dirinya yang dari tadi sedang cuba hendak menghayati drama yang
sedang ditayangkan di astro warna itu. Syazreen masih tidak menunjukkan
sebarang reaksi. Elly mendengus geram. Susah betul cakap dengan orang yang
tengah emo ni tau! Elly menggeleng
sambil mengambil remote control untuk
menukar channel.
Aku masih membuat
muka selamba. Aku tahu Elly geram dengan aku. Gasak kau la Elly kena hadap
perangai kawan kau yang sorang ni.
Selepas kejadian tengah hari tadi, aku memutuskan untuk bermalam di rumah Elly.
Jenuh jugak si Elly tu memujuk aku suruh balik. Akhirnya aku tersadai dekat
sini dengan muka kusut dah mengalahkan kucing aku mati terlanggar lori. Eh,
sejak bila pulak aku ada bela kucing? Ah… belasah je la. Itu semua tak penting!
Yang paling penting, aku tak kuasa nak melayan panggilan-panggilan dari sesiapa
saja buat masa ini. Aku perlukan ketenangan. Ceh wah! Ketenangan konon! Kau
ingat, dengan main ‘nyorok-nyorok’ macam ni, ketenangan tu sampai la? Poyo
betul! Syazreen membebel di dalam hati.
Handphoneku berdering lagi. Aku masih
buat-buat tak dengar. Hish, kalau dah aku kata aku tak kuasa nak angkat tu…
memang tak kuasalah. Tak faham bahasa ke apa orang yang call ni? Aku masih lagi dengan muka kerasku. Lantak kaulah telefon
nak berdering sampai pagi esok ke apa. Malas aku nak angkat.
Elly yang dari tadi
cuba sedaya upaya untuk bersabar, sememangnya sudah hilang sabar lalu dia terus
mengangkat handphone kepunyaan teman
baiknya itu. Syazreen yang melihat tidak sempat menghalangnya.
“Hello.. Sahel?”
Elly mengerling sekilas ke arah Syazreen yang sedang membuat muka macam kucing
nak telan ikan bilis.
“Ha’ah… dia ada kat
sini. Nak cakap dengan dia? Dia dah tidurlah sahel… kau call dia besok jelah eh?” Balas Elly berbohong.
“Okey.. kau jangan
risau. Nanti aku sampaikan.”
Aku memandang Elly.
“Thanks Elly.”
Elly mengeluh
perlahan. “Sampai bila kau nak menyorok kat sini, Reen?” soalnya kepada teman
baiknya itu.
Syazreen mengangkat
bahu dan menggeleng tanda tidak tahu.
“Aku bukan nak
halau kau.. tapi, aku rasa better kau
balik. Selesaikan masalah kau dengan dia. Itu lebih baik daripada kau duduk kat
sini dengan buat muka serabut kau tu.” Elly sudah mula nak membebel.
“Aku tak nak. Please Elly, kalau kau sayang aku..
tolong jangan suruh aku balik.” Aku membuat muka simpati.
Elly melepaskan
keluhan berat. Hish.. dia ni la. Suka buat muka kesian tahap dewa macam tu.
“Yelah..yelah. Kali ni je aku tolong kau. Lain kali, jangan harap.” Elly
berkata dengan nada yang ala-ala tegas.
Aku mengukir
senyuman menawan apabila mendengar kata-kata Elly. “Thanks Elly.” Aku
memeluknya erat sambil mencium pipinya bertalu-talu.
Elly yang sudah
mula rimas itu, segera meleraikan pelukan kawan baiknya. “Eh.. dah..dah.. kalau
nak express feeling pun agak-agak la. Jahanam bedak sejuk aku weh.”
Aku sudah
tergelak-gelak memandang Elly. “Hish…kau ni. Kacau la. Bukan senang tau aku nak express
feeling macam ni. Lagi satu, yang kau ni.. apasal la suka sangat menempek
bedak sejuk kat muka kau tu? Dari dulu, sampai sekarang.. tak habis-habis
dengan bedak sejuk. Dah macam tepung kurmak
dah aku tengok tau tak?” Kutukku sambil kembali menumpukan perhatian ke arah
tv.
“Eh.. hello. Bahasa
tu indah sikit boleh tak? Kang aku tepon laki kau, suruh hangkut kau bawak
balik kang.. baru kau tau.” Elly mengugut.
Aku buat muka
gelabah. “Kau main ugut kan? Mana boleh macam tu. Yelah.. yelah.. sorry. Aku
tak buat lagi.” Ish.. apa la punya member. Sikit-sikit nak ugut orang.
Sikit-sikit nak ugut orang. Tak memahami naluri kewanitaan aku langsung! Huh!
Eh, dah apa kena mengena pulak dengan naluri kewanitaan segala bagai ni? Ah.. belasahlah.
Layan je boleh tak? Aku tengah serabut ni.
“Hah.. tahu takut.
Ala.. rileks la. Aku main-main jelah. Muka kau bila cuak, kelakar gila kan?”
Elly mengusik kawannya itu.
Aku menjeling Elly.
“Senget! Dah la.. malas nak layan kau. Tengok tv lagi baik.”
Elly terus
tersengih-sengih sambil mengangkat bahu.
“Weh.. tapi, betul
ke muka aku macam tepung kurmak?” Elly
menyoal setelah terdiam beberapa minit.
Soalan Elly itu aku
balas dengan anggukan pantas. “Kalau kau kahwin nantikan, tolong la jangan
pakai lagi bedak sejuk a.k.a tepung kurmak kau tu.”
Elly menarik muka
sebelum menyoal kembali. “Kenapa pulak?”
“Yelah.. aku takut
suami kau dapat sakit jantung sebab hari-hari terkejut tengok muka kau yang
bertempek bedak sejuk tu.” Jawabku sambil ketawa.
“Weh.. kurang asam
kau kan!” Elly membalingku dengan bantal. Dan akhirnya kami sama-sama tergelak.
Hilang seketika masalah yang melanda.
“Beb, aku lapar ar.” Elly bersuara setelah penat
bergelak ketawa.
“So…?” Balasku.
“Jom kita keluar pi
makan roti canai, nak?”
Aku mengerutkan
dahi. “Elly.. kau biar betul? Kau tengok jam sekarang dah pukul berapa?” Aku
mengerling jam di dinding. Dah hampir pukul 11 malam! Biar betik makcik sorang
ni. Tak pasal-pasal pulak nak ajak makan roti canai. Hish.. Elly.. Elly.. kau
memang suka buat benda pelik-pelik kan? Getus hatiku.
“Ala.. baru pukul
11.00. Jom la.. aku lapar sangat ni. Jom ar.. jom la.” Elly sudah merengek
macam budak-budak. Kalau budak-budak merengek, aku boleh terima la jugak. Boleh
bagi gula-gula. Ni, dah tahap mak budak merengek ni. Ai.. macam nak mintak
penampar jelah pulak. Aku menggerutu di dalam hati. Tapi, tak sampai hati pulak
nak menolak bila tengok muka kawan baiknya yang dah macam tak makan seminggu.
Since, aku pun belum makan lagi.
“Woi.. aku ajak
makan roti canai je pun. Yang nak gi ‘istikharah’ bagai macam nak pi makan
chicken chop tu dah kenapa? Nak ke tak nak ni?” Elly menyergah. Orang dah lapar
ni, dia boleh main fikir-fikir pulak. Giliran Elly pulak yang membebel sendiri.
Aku tersentak.
“Ha..?? Ish.. yelah.. yelah. Kau ni, banyak bunyi kan. Jom la. Bising je.
Selagi tak dapat makan, macam tu la kau kan?” Sempat aku mengutuk Elly sambil
tersengih sedikit.
Elly sudah
tersengih-sengih. “Yeah! Jom.. jom…eh, kejap.. aku tukar baju kejap.”
Aku menggelengkan
kepala. Apa jelah member aku ni. Aku
lantas naik ke tingkat atas untuk menukar baju dan memakai tudung.
# Assalam, masih ingat lagi dengan cerita ni? Maaf sangat-sangat sebab lambat update. Terima kasih kat semua pembaca-pembaca (ceh, bunyi cam ramai sangat je pembaca. Hahaha..) yang sudi membaca karya saya yang tak seberapa ni. Alhamdulillah.. ni bab yang sempat saya update.. maaf sangat-sangat atas segala kekurangan. Lately agak busy sebab nak final exam dah.. In sha Allah.. lepas ni, kalau dah settle semua urusan yang perlu diutamakan, saya update lagi permaisuri hati ni. Jazakumullah khairan khathiran kpd yang sudi baca.. Moga Allah redha. Saya tak pernah harap manuskrip ni akan dibukukan.. tapi, saya akan cuba buat sampai manuskrip menjadi sebuah buku... :) #
Saturday, June 15, 2013
Al-Kisah Tentang Semalam
Assalamualaikum,
Minggu ni minggu yang mencabar untuk saya dan
sahabat-sahabat seperjuangan especially yang satu group dengan saya. Dengan
presentationnya, dengan testnya.. Allah.. down tu tak payah kira. Boleh kata,
setiap presentation tu group saya seakan-akan tak mendapat rentak. Ada je salah
yag kami buat. Tapi, nak kecewa sangat pun tak boleh jugak.. sebab semuanya
silap kami. Buat keje last minute. So, we deserve it.
Tapi, overall... saya kena berterima kasih kat
sahabat-sahabat yang satu group dengan saya, Sheda, Dayah and Anis.. sebab this
is about teamwork. Kalau takde geng-geng satu team yang macam diorang ni...
mungkin saya tak boleh buat projek and all the assignment given tu dengan
baiknya. Even, semua komen yang kami dapat during the presentation day tu,
kalau dikumpulkan semuanya.. the result will be negative, tapi.. its ok bagi
saya.. as long as kritikan-kritikan itu semua dpat ‘membetulkan’ saya. Sebenarnya
saya lebih takut kalau apa yang saya buat, dapat pujian. Ehhh... peliknya.
Selalunya orang suka pujian, yang saya ni dah kenapa pulak tak suka dengan
pujian bagai ni? Sabar.. sabar. Rileks dulu.. tak habis cerita pun lagi ni.
Saya pun tak tau kenapa. Mungkin sebab saya dah terbiasa dengan ‘kritikan’,
sampaikan kalau tak diberi pujian pun saya tak kisah. Kalau ada, ada. Kalau tak
de.. tak mengapa. Mungkin belum masanya group assignment yang kami buat, diberi
pujian oleh lecturer. Tapi, bukanlah bermakna saya dengan group member saya
just nak berserah je. Kami akan cuba buat better and better. In sha Allah.
Dan semalam, sebab
minggu yang tak berapa menjadi ni jugak la.. saya tersedih dan
termenangis tiba-tiba masa bercakap dengan mak. Mulanya, saya tak nak telefon
mak pun. Sebab saya tau, bila saya dah terlampau sedih, saya takkan boleh nak
bercakap dengan mak.. dan berpura-pura macam saya ok. So, sebab tu jugaklah
saya just hantar mesej je kat mak. Tak sampai beberapa minit, mak saya call...
Masa bercakap tu, Allah je yang tahu.. sedihnya hati... masa mak tanya, dah
makan ke belum.. saya dah tak boleh nak tahan sebak.. terus saya matikan
telefon. Lepas tu, mak telefon lagi.. dan masa tu saya dah tak boleh nak tahan
air mata. Menangislah saya buat pertama kalinya masa bercakap dengan mak dalam
telefon. Siap dengan tersedu-sedunya. Hahaha. Allah.. bila difikirkan balik,
malu la pulak. Saya ni ada satu perangai, yang mana kalau menangis.. suka
menangis sorok-sorok. Tak pernah nak bagi orang nampak. Sebab saya malu. Kalau
depan mak, lagilah saya malu. Hehehe.. Tapi, semalam... mungkin sebab dah tak
tahan sangat kot.. itu yang terlepas tu. Tapi, betul la orang kata, kalau kita
tengah sedih.. dan kalau menangis je yang boleh melegakan kesedihan kita tu..
menangislah. Alhamdulillah.. lega jugak lepas nangis-nangis cakap dengan mak tu
walaupun malu...... Hehehe.
Monday, June 3, 2013
Sebuah Contengan Biasa
Assalamualaikum...
Dah
lama tak update cerita kat sini. Al-maklumlah, agak busy dengan assignment and
all the group project yang nak kena submit dah. Final exam pun dah nak dekat
sangat, so.. memang sekarang ni ‘musim’ menyiap dan menghantar assignment je.
Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas di muka bumi Allah ni. Thank you
Allah untuk nikmat yang satu ini.
Sedar
tak sedar, dah masuk bulan jun dah pun. Tinggal berapa hari je lagi bulan rejab
nak habis then masuk pula bulan syaaban. Lepas bulan syaaban, dah tentu-tentu
la bulan ramadhan kan? Tertanya-tanya kat diri sendiri jugak, dah bersedia ke
nak menghadapi bulan ramadhan ni? Alhamdulillah.. dalam hati ni, rasa rindu
sangat kat bulan yang dipanggil bulan berkat ini. Rindu sangat sampaikan bila
terbaca entry yang pernah saya buat pasal bulan ramadhan, hati saya jadi sayu
tiba-tiba sampai terasa nak menitis air mata ni. Bercerita pasal bulan
ramadhan, teringat pulak yang final exam semester ni jatuh dalam bulan
ramadhan. Allah.. mudah-mudahan ada keberkatannya menjawab exam dalam bulan
berkat ni. Aamin.
Tahun
ni jugak, ramai kawan-kawan saya selamat dah jadi isteri and suami orang.
Alhamdulillah... mabruk and congratulations untuk diorang semua. Bila tengok
kawan-kawan saya yang rata-ratanya dah jumpa pasangan hidup masing-masing,
terdetik jugak di dalam hati dan sanubari saya ni, ‘Bila la pulak agaknya turn aku kan?’. Huhuhu. Normal feeling
for a normal person like me. Teringin tu perkara biasa. Lagi-lagi bab2
munakahat gitu. Tapi, kalau Allah kata its not our time yet.. its not yet la
maksudnya kan? So, apa yang boleh kita buat.. just pray to Allah moga-moga DIA
temukan kita dengan orang yang betul untuk kita dan orang yang boleh bimbing
kita ke jalanNYA. Jangan persoalkan kenapa jodoh kita lambat ke apa. Itu semua
depends on kuasa dan kehendak Allah. DIA lebih tahu dari kita, in fact Allah tu
serba tahu. So, be cool and be good. Sebab Allah dah janjikan dalam Al-quran,
“Lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang
baik..”
#(boleh check surah An-nur)#
So,
apa lagi yang kita nak question kan kalau dah memang tercatat dalam kalam
Allah, setiap manusia itu Allah ciptakan berpasang-pasangan. Jadi, sabar je la.
In sha allah.. saya percaya, bila kita bersabar.. Allah akan bagi kita ‘hadiah’
di atas kesabaran kita tu. Sabar tu kan indah. J
Sampai
sini dulu la entry saya kali ni. In sha Allah.. ada masa saya update lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)