Assalamualaikum
wbt,
Ingat
lagi tak entry saya yang sebelum ni? Entry yang bertajuk, Perubahan hanya
keranaNya? Dalam entry tu saya tuliskan kisah ala-ala kisah penghijrahan saya
jugaklah. Ada yang ingat lagi tak? Hehehe. Alhamdulillah, kali ni saya nak sambung
sikit lagi pasal perubahan yang berlaku kat diri saya. Kenapa dan macam mana
saya boleh berubah dari seorang yang suka hentam keromo dalam berpakaian,
kepada seorang yang lebih berhati-hati dan lebih mementingkan garis panduan
sebagai seorang remaja islam yang sebenar dari segi berpakaian.
Ramai
yang kata saya dah lain. Saya tertanya-tanya jugak, apa yang dah lainnya kat
diri saya ni? Dan bila saya belek-belek balik diri saya, sedarlah saya yang
kelainan itu mungkin terserlah di mata orang lain (termasuklah bekas
kawan-kawan sekolah saya dulu) apabila melihat penampilan saya yang sekarang
berbanding penampilan saya yang sebelum ini.
Yelah,
mana tidaknya.. Ain Sabrina yang dulunya budak perempuan yang tak ambik kisah
langsung tentang etika pakaian sebagai seorang remaja perempuan muslim,
tiba-tiba berubah dengan berstokin bagai, ber’arm’ sock segala, tudung pun dah labuh tutup dada, and yang paling
best.. dah tak pakai dah seluar jeans
yang ikut bentuk kaki tu, dan digantikan pulak dengan seluar slack yang dulunya sama sekali tidak
disukai. Allahuakhbar.. kuasa Allah kan? Alhamdulillah, saya bersyukur sebab
saya antara orang-orang yang dapat hidayah ALLAH tu.
Macam
mana boleh tergerak hati nak buat perubahan?
Masa
tu, saya baru je habis study. Jadi, sementara
nak tunggu keputusan peperiksaan dan juga keputusan untuk sambung ijazah,
banyak sangat benda yang menyedarkan saya. Salah satunya, saya banyak
bermuhasabah diri. Saya check balik,
apa yang tak kena lagi dengan diri saya ni? For
sure, saya memang berazam sangat untuk jadi orang yang lebih baik. Setiap
hari, saya cuba improve diri. Saya
jaga solat. Bukanlah sebelum ni tak solat ke apa, tapi, mungkin sebelum ni saya
jarang ambil berat tentang solat di awal waktu, jadi saya cuba untuk solat di
awal waktu. Saya jaga tutur kata.
Macam
mana tergerak hati nak buat perubahan, saya kira itu kuasa Allah. Saya ingat
lagi, masa tu, atuk dan nenek saya nak menunaikan umrah dan saya ikut
menghantar mereka ke airport. Masa kat airport, saya memerhati sekeliling saya.
Saya tengok ramai sangat anak-anak muda yang sebaya dengan saya ataupun mungkin
ada yang lebih tua dan lebih muda dari saya memakai tudung labuh, baju
muslimah, dan berstokin. Bila tengok
semua tu, saya rasa malu sangat. Saya yang kononnya selalu menasihatkan adik
junior saya, dan kawan-kawan saya tentang agama, masih gagal nak menyempurnakan
penampilan saya sebagai seorang muslimah yang sebenar. Sepanjang berada di
airport, itulah yang saya fikirkan.
Itu
mungkin petunjuk dari ALLAH untuk saya jugak. Lepas je balik dari hantar atok
dan nenek saya tu, saya terus rasa nak berubah. Berubah dari segi berpakaianlah
maksudnya. Dari situlah saya mulakan agenda
membeli baju-baju muslimah which
is sebelum ni saya pandang tak pandang je baju-baju macam tu. Siap boleh
kata macam ni lagi bila ada kawan-kawan yang menyuruh saya memakai baju-baju
yang macam tu,
“aku kalau pakai macam ni, boleh jadi
ustazah sekejap..”
Sekarang,
baju-baju ‘ustazah’ itulah yang sentiasa dipakai ke mana saja saya pergi.
Hehehe. Nampak tak hikmah dariNya kat situ? Kebetulan juga masa tu, saya dapat
buat part time jaga exam kat UiTM kampus bandaraya Melaka
dengan kawan saya, dan di situ jugaklah bermulanya segala perubahan-perubahan
dalam diri. Saya mulakan dengan pakai stoking, siap dengan arm sock lagi tau.
jangan tak percaya? Hehehe. Bila dah hari-hari pakai stoking, pakai arm sock, saya rasa best sangat. saya rasa hidup saya lagi tenang. Bila tak pakai, saya
rasa janggal pulak. Allahuakhbar… hidayah Allah tu indah kan?
Saya ingat lagi, masa pergi ziarah kawan saya
yang baru dapat anak. Sampai je kat rumah dia, dia terus cakap macam ni,
“Aku ingat ustazah mana la tadi..”
katanya sambil tergelak-gelak.
Saya
sengih je. Itu belum lagi kawan saya yang saya jumpa masa pergi open house (masa hari raya hari tu) di
rumah kawan baik saya. Reaksi yang dia tunjukkan itu seolah-olah saya dah
menjadi orang lain pulak. Kelakar jugaklah bila ingat-ingatkan balik. Saya
ingat lagi kata-kata kawan saya tu,
“Eh..Ain.. kau ke ni? Apasal ko pakai
macam ni? Kau tak panas ke? Siap berstokin bagai..” kata
dia dengan riuh rendahnya.
Saya
cuma menggeleng je. Tak panas pun. Saya rasa lagi selesa adalah. Sesungguhnya,
semua orang boleh berubah. Dan saya antara orang-orang yang ALLAH buka luas
hati dan minda saya untuk melakukan perubahan itu. Yang pastinya, perubahan ini
bukanlah untuk suka-suka, tetapi perubahan in adalah ikhlas kerana DIA. semoga
ALLAH kuatkan hati saya untuk terus mujahadah dan istiqamah dalam mencari dan
menggapai redhaNYA. Amin.
-Saya
masih Ain Sabrina yang dulu, Cuma bezanya sekarang, saya dah tak berpakaian
macam dulu. (^_^)
p/s
: In Shaa Allah, saya akan update bab baru untuk Permaisuri Hati. Nantikan
ye..:) Maaf lambat sangat bayar hutang dengan anda semua…