Bab 47 & 48
Aku ke tempat kerja seperti biasa. Masuk hari ni, dah lebih tiga hari
aku tak balik rumah. Dah berbakul-bakul nasihat yang aku terima daripada Elly,
tapi aku pekakkan saja telinga. Okey, mungkin lebih tepat lagi bebelan. Dalam sedih-sedih dek cerita cinta yang tak
kesampaian tu, sempat lagi dia dok membebel buat gaya mak-mak dia tu kat aku. Sampai
satu tahap tu, aku rasa Elly ni dah macam Kak Ros dalam cerita kartun animasi
Upin Ipin pulak. Bezanya Kak Ros
versi Elly ni, lagi menyesakkan kepala otak aku dengan stok bebelan dia tu.
Selama tiga hari ni jugak, nasihat
dan bebelan itu dah bertukar kepada ugutan-ugutan melampau yang tak masuk akal langsung seperti yang berlaku
beberapa hari lepas.
“ Kalau kau tak nak balik, aku call mak ayah kau kat kampung.”
“ Untuk?”
“ Biar mak ayah kau datang sini dan tengok sendiri
perangai anak perempuan dia orang yang degil tahap infiniti macam kau ni.
Lagi-lagi kalau diorang dapat tau
anak diorang buat perangai tak
semenggah, tak nak balik rumah pasal nak
lari daripada suami sendiri.”
“ Kau tak sekejam
itu kan?” Aku buat riak selamba walaupun dalam hati terasa cuak jugak. Elly ni, bukan boleh percaya.
Karang buatnya dia pergi call mak dengan
ayah aku betul-betul kang… Tak ke haru?
“ Aku boleh jadi lebih kejam daripada Mona Fendi.” Kata
Elly dengan selamba.
“ Mona Fendi dah kira kejam kot.” Balasku pula.
“ Tak sekejam kau yang ignore suami sendiri dah lebih tiga hari.”
“ Jadi, kau tak lah kejam sangat kan?” aku tersengih.
Eleh… nak kira kejam aku je. Yang dia tu ignore
aku gaya macam aku takde depan dia
tu, apa cerita?
Elly masih dengan muka serius. Cukup untuk buat sengihan
aku mati dan cukup untuk menyedarkan aku yang mungkin bila-bila masa saja Elly
boleh bertukar menjadi raksasa dalam cerita Ultraman
yang mana sampai sekarang aku rasa, kalau betul Ultraman itu ada, mesti dah ramai yang terpesong akidahnya.
Ok, back to the
subject. Aku memang suka create
imaginasi yang selalunya memang tak kena langsung dengan cerita.
“ Terima kasih atas lawak antarabangsa rentas benua kau itu. Tapi, sila jangan nak putar belit
cerita atau cuba-cuba nak ambik hati aku dengan lawak kau yang tak berapa nak
jadi itu. Aku serius, okey.”
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Tindakan reflect yang sampai sekarang aku tak
tahu, kenapa ianya sering berlaku.
Elly masih memandangku dengan riak wajah yang sama.
Aku mengeluh. “ Ala, Elly… rileks la. Tolong jangan serius sangat, boleh tak? Kau bukan buat aku
takut pun, kau buat aku nak gelak je kot.”
Elly masih dengan ekspresi yang sama.
Aku membuat muka bosan melihat tingkah Elly itu. “
Yelah… yelah. Besok aku balik la.”
Elly sudah tersenyum. “ Hah, that’s what you should do. Kau tahu tak berapa hari aku praktis
buat muka garang semata-mata nak bagi kau takut?” kata Elly riang. Penat dia
berlatih siang malam semata-mata nak meyakinkan minah degil tahap dewa ni.
“ Perlu ke praktis
segala bagai?” Aku buat muka.
“ Of course la. Kalau tak, kau takkan dengar cakap
aku kan?”
Aku mengetap bibir menahan geram. Rasa nak picit je
budak Elly ni.
“ Orang pandai, kena guna akal untuk selesaikan masalah.
Bukan lari daripada masalah dan bukan selesaikan masalah itu dengan nafsu. Kau
faham, kan?” Elly tersenyum memandangku sambil mengangkat kening.
“ Sejak bila kau pandai berkata-kata ni?” Soalku.
“ Sejak aku pandai berkata-kata la.” Jawab Elly selamba.
“ Jawapan tak kreatif langsung.” Kataku sambil membuat
muka.
Elly tergelak kecil.
“ Anyway, thanks
Elly. Aku appreciate apa yang kau dah
buat dan apa yang kau cuba untuk buat. Cuma…”
Elly memandangku dengan penuh tanda tanya. “Cuma?”
“ Cuma… tolonglah jangan buat muka ganas segala bagai macam
tadi tu. Serius buruk gila weh.” Aku tergelak-gelak memandang Elly.
Elly memandangku geram. ‘ Ada yang makan botol kicap ni
karang.’ Gerutu Elly.
“Well, kau
pernah rasa botol kicap tak?” Soal Elly.
Aku menggeleng.
“ So, nak rasa
ke?”
Aku menggeleng
lagi.
“Sebelum aku sumbat botol kicap dalam mulut kau, baik
kau diam.” Kata Elly.
Aku tersengih sambil mengangguk faham. Ok… itu dah kalah
mona fendi tu.
AKU tersedar dari lamunan yang tak berapa nak jauh itu apabila terdengar
bunyi ketukan di cermin. Kelihatan seorang polis bantuan UiTM. Aku segera
menurunkan cermin dan membalas senyuman yang diberikan oleh polis bantuan itu.
“ Ya, pakcik? Ada
apa?”
“ Mintak maaf Puan.
Boleh tolong alihkan kereta di sebelah sana? Parking ni kami dah reserved.”
Kata polis bantuan itu.
Aku tersengih. “
Oh, okey. Boleh… boleh. Maaf ya, pakcik. Saya tak perasan tadi.” Aku segera
mengalihkan keretaku ke tempat letak kereta yang dinyatakan oleh pakcik polis
bantuan itu tadi.
Setelah mengambil
barang-barangku, Aku berjalan menuju ke
arah bangunan yang menempatkan semua pensyarah-pensyarah fakulti pengurusan
perniagaan. Aku berjalan secepat mungkin kerana aku rasa aku sudah terlewat
untuk punch card. Mana tak lewatnya,
kalau sempat lagi aku mengelamun dalam kereta tadi. Elly pulak awal-awal lagi
dah keluar sebab kelasnya bermula pagi.
“ Lajunya jalan?
Nak kejar apa?” Tegur satu suara.
Aku mematikan
langkahku. Uik, suara siapa pula yang tegur aku pagi-pagi ni. Macam kenal je.
Takkan dia pula. Haish, tu la. Banyak dosa sangat dengan suami. Hidup tak
tenang la tu. Sampai ke mana-mana pergi pun asyik terdengar suara lelaki itu.
Aku segera menoleh untuk melihat gerangan manusia yang menegurku.
“ Awak nak apa?”
Soalku. Tiada lagi panggilan abang. Bila tengah marah, “
“ Abang nak jumpa
isteri abang yang dah tiga hari tak balik rumah ni. Kenapa? Tak boleh ke?”
Sahel Haqimy tersenyum sinis sambil memasukkan tangan kanannya ke dalam poket
seluar.
“ Saya dah lambat
dan saya tak nak jumpa awak. Excuse me.”
Malas mahu melayan, aku meminta diri. Sebelum jadi drama sebabak ala-ala drama melayu
petang-petang macam kat slot akasia tu, baik aku pergi dari sini.
“Abang nak jumpa
Reen lepas kerja nanti. We need to
discuss. No excuse. Abang akan tunggu kat sini sampai Reen datang and… jangan cuba nak lari, okey? Kalau
tak, abang cari Reen sampai lubang cacing.” Sahel Haqimy bersuara tegas. Sempat
dia mencuit hidung isterinya itu sebelum berlalu pergi.
Aku terkedu. Gaya
dah macam bagi arahan mandatori je. Huh,
please la. Ingat aku nak datang? Kita tengok la sampai bila dia boleh
tunggu? Syazreen meneruskan langkah dengan senyuman sinisnya. Dalam kepala,
sudah terlakar satu rancangan baik punya. Cepat-cepat dia mengeluarkan
handphone dan mendail nombor seseorang.
“ Hello, Assalamualaikum?
Elly… Wei, kau kat mana? Aku ada plan baik punya ni nak cerita...”
HABIS je kelas petang tu, aku terus menuju ke tempat letak kereta. Aku
memerhatikan kelilingku. ‘Yes, dia
tak ada. Mesti dah balik tu.’ Desis hatiku. Baru saja aku mahu membuka pintu
kereta, aku terpandangkan tayar keretaku yang sudah kempis.
“ La… macam mana
boleh pancit ni? Tadi elok je aku tengok.” Aku merungut sendiri sambil melihat
jam di tangan. Waktu sudah pun menunjukkan ke pukul 6 petang. Elly dah balik
pulak tu. Haih… siapa punya kerja la ni?
“ Abang yang
pancitkan.” Jawab satu suara.
Aku berpaling
melihat gerangan si empunya suara. Eii… memang kecik besar kecik besar je aku
tengok lelaki ni tau.
Sahel buat muka
selamba sambil memeluk tubuhnya. Sengaja dipancitkan tayar kereta isterinya
itu. Pertama, kalau tidak dipancitkan, alamatnya memang tak dapat la nak duduk
bawak bincang dengan si isteri yang keras hati dan kepala batu macam tu.
Kedua, idea Elly yang suruh buat macam tu.
Sebab Elly kata, Syazreen ada buat plan
nak lari lepas habis kelas. Maka, sebelum dia buat plan entah hape hape dia tu, baik aku buat plan aku
yang boleh tahan ntah hape hape ni
dulu.
Macam mana dia
meyakinkan Elly untuk berada di pihak dia? Senang je. Belanja laksa penang seround, settle masalah. Itupun lepas kena lecture bertingkat-tingkat dengan Elly tadi kut. Jenuh jugak la dia
nak kena dengar.
“ Mr.Sahel Haqimy, why are doing this to me?”
Soalku sambil bercekak pinggang.
“ Because abang dengar ada orang tu cuba
nak lari right after class . So, sebab tu la.” Sahel menjawab selamba
tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bersalahnya.
“ Oh,
really? Thanks for being nice to me.” Aku membuat nada sarkastik. Aku
menggelengkan kepala. Eh, kejap! Mana
pulak dia ni boleh tahu plan aku ni?
Ini mesti kerja… Elly!Yes,
Elly!! Kau memang nak kena backhand dengan aku la tengok gaya.
Memang mak cik tu sorang je kut yang tahu rancangan entah apa-apa aku ni. Kau
nanti la Elly. Aku jumpa kau, aku sekeh kau laju-laju. Bebelku di dalam hati.
“ Tak payah nak
sarkastik sangat, sayang. Ambik barang-barang Reen semua and then ikut abang. We need to discuss, remember?”
Sahel memberi arahan.
“ No way. Saya tak nak ikut dan saya tak
nak discuss apa-apa dengan awak. Saya
nak balik.” Aku mengeluarkan barang-barangku dari dalam kereta dan mengatur
langkah menuju ke bus stop.
Namun baru saja
beberapa langkah, lenganku terasa ditarik. Aku segera menoleh.
“ Let me go!”
“ Abang kata, ikut
abang. Apa pasal yang susah sangat nak dengar cakap ni?” Sahel Haqimy sudah
mula meninggikan suara.
“ Saya kata, saya
tak nak. Saya tak nak la! Which part
yang awak tak faham apa saya cakap ni? suaraku juga sudah meninggi. Dah la
bengang kereta kena pancit pun tak habis lagi, sekarang nak tambah dengan
paksa-paksa orang pulak. Memang ada yang makan backhand aku ni kang.
“ Abang tak kira. Ikut
abang sekarang.” Sahel menarik tanganku menuju ke keretanya dan mengarahkan aku
masuk.
Aku masih berkeras
lagi tidak mahu mendengar arahannya. “ Saya kata, saya tak nak! Lepaskan saya
sebelum saya jerit kat sini sekarang jugak.”
Sahel Haqimy sudah
semakin naik angin. “ Reen ingat, Reen je yang boleh jerit ke? Abang kata
masuk! Nak abang heret ke baru nak masuk?”
Aku masih berkeras
dan tercegat di situ.
Sahel Haqimy yang
memandang sudah terasa sakit hati teramat. Ya Allah… degilnya la bini aku ni.
Dia sudah mencekak pinggang. “ Syazreen Arshad, I said now!”
Aku yang terkejut
dengan tengkingan kuat itu segera masuk ke dalam kereta
*************
Bab
48
Sahel memberhentikan keretanya di sebuah padang permainan
berhampiran dengan kawasan perumahan kami. Sepanjang perjalanan ke sini tadi,
memang masing-masing buat keras je tak bersuara tak apa.
“ Turun.” Arahnya
dengan muka serius sambil membukakan pintu kereta untukku.
Aku yang terkejut
dengan kata-kata berbentuk arahan itu lambat-lambat keluar dari kereta. Kut la
nak tunjuk garang pun, tak payah la buat muka macam Hulk Hogan nak smackdown orang. Ini macam nak ajak aku
bergusti je gaya. Tiba-tiba aku rasa nak nangis. Dan tiba-tiba jugak aku rasa
macam antara aku dan dia macam ada gap
yang sangat jauh pulak. Tipu la kalau kata aku tak terasa hati ke apa bila
dengar dia tengking jerit dan tinggi-tinggi suara dengan aku macam tadi tu.
Sumpah, ni first time aku tengok dia
marah. Sebelum ni, mana pernah dia nak marah-marah cenggitu. Kalau marah pun, dia tak pernah nak tinggi suara. Tapi,
salah aku jugak kut. Siapa suruh buat perangai degil macam tu? Kan dah kena
marah. Untung tak kena heret je tadi
masuk kereta. Kalau tidak mau nya la aku nangis.
Sahel Haqimy
mengerling isterinya di sebelah. Kesian pulak tengok muka cuak isterinya itu.
Itu la, suruh ikut baik-baik tak nak. Degil. Dah kena tengking, kena marah
segala siap, baru nak dengar cakap. Dia tak suka apa yang sedang berlaku
sekarang ni. Sungguh dia tak suka apabila harus meninggi suara dan marah-marah
begini apatah lagi itu bukan sifatnya. Tapi apabila Syazreen berdegil, hilang
segala sifat sabar yang selama ini dah memang sebati dengan diri. Ya Allah…
maafkan aku Ya Allah. Betul la kata-kata yang tertulis dalam satu hadis ni,
sesungguhnya orang yang kuat tu bukanlah orang yang menang apabila bergaduh,
tapi orang yang kuat tu apabila dia dapat menahan dan mengawal marahnya.
“ Abang mintak
maaf.” Sahel melepaskan keluhan sambil meraup mukanya dengan tapak tangan.
Aku yang sedang
duduk di atas sebuah bangku yang terdapat di taman permainan itu sambil
merenung ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di situ
memandangnya sambil mengangkat kening.
“ Okey… look... ” Sahel melangkah ke arah
bangku yang diduduki oleh isterinya itu. “ Sorry
for everything. Since malam kenduri kat rumah mak hari tu sampai la hari
ni… abang marah-marah Reen. Tengking-tengking Reen. I just wanna say that… I am so sorry.
I didn’t mean it.” Ujarnya sambil memandang tepat ke arah aku.
Aku menarik nafas
panjang. Aku pun bersalah jugak sebenarnya. Tapi, kalau nak ikutkan, memang
patut pun dia yang mintak maaf. Dia yang mula buat ‘perang’ dulu. ‘Oh, come on
Syazreen. Jangan nak tunjuk ego sangat. Suami kau kot tu.’ Okey… aku pun ada
hujah aku sendiri, kenapa aku buat keras macam ni.
“ Its not about siapa betul siapa salah,
bang. Ini pasal trust. Abang tak
percaya kat Reen. Tu masalah kita sekarang ni.”
Aku bangun sambil memeluk tubuh memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak
yang bermain tadi. Nada suaraku seperti berjauh hati.
Sahel Haqimy bangun
mendapatkan isterinya. Dia memusingkan badan isterinya tu ke arahnya. “ Reen…
abang mintak maaf. Abang tahu, salah abang. Abang tahu, selama ni abang selalu
sangka yang bukan-bukan pasal Reen dengan Syimi. Tapi, please… tu dulu. Sekarang abang dah sedar. Abang tak patut fikir
yang bukan-bukan kat isteri sendiri. Abang buat macam tu pun sebab abang sayang
Reen, okey. Abang tak nak orang lain
ambik hak abang.”
“ Sayang konon.
Sayang apakebenda macam tu? Orang
kalau betul-betul sayang, tak ada nya nak merajuk berhari-hari macam yang abang
buat tu.” Sindirku sambil menghadiahkan satu jelingan tak puas hati.
Sahel Haqimy
tergelak kecil. “ Hei… tak baik tau jeling suami macam tu.” Dia menarik
tanganku dan diusap-usap perlahan. “ Sayang… kan abang dah kata, abang mintak
maaf. Abang buat macam tu sebab abang geram. Sayang abang ni suka buat benda
tak bagitau kat abang dulu. What do you expect me to do bila tengok
orang yang dulu pernah ada something
special dengan isteri abang ni
tiba-tiba ada kat depan mata? Nak suruh abang senyum sengih sambil main
gaduh-gaduh manja dengan dia ke?”
Aku terkedu. Macam
mana pulak dia boleh tahu kisah aku dengan Syimi ni? Ini mesti kerja Elly. Kesian
Elly, asyik kena blame je daripada tadi. Gasak kau lah Elly.
Tapi, kira kena terima kasih banyak-banyak lah kot dekat kawan baik aku yang
sorang tu. Gigih betul nak mendamaikan kita orang yang tak semenggah perangai
ni. Dah macam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dah gayanya. All in all, dah memang dia sorang je pun
yang tahu semua cerita. So, nak kata
apa lagi? “ Abang… tu kisah lama la. Zaman sekolah punya cerita. Sekarang ni,
kita orang just kawan je. Tak lebih
pun. And lagi satu, tak suruh pun
abang main gaduh-gaduh manja dengan dia
sambil senyum sengih semedang ke apa... Reen just nak abang be rational
je kot. Tapi, berhari-hari tunjuk mogok dia kat kita.” Aku memandangnya dengan muka
sebal.
“ Okey… okey.
Memang salah abang pun. Tapi, yang Reen tu… lagi teruk. Siap tak nak balik rumah
bagai. Tinggalkan abang sampai tiga hari tiga malam sorang-sorang kat rumah,
apa cerita? Kesian tau kat suami Reen ni. Makan maggi je hari-hari.” Sahel
Haqimy membuat muka. Memang dia sudah tahu kenapa isterinya itu tidak balik ke
rumah. Saja mahu dilihat reaksi isterinya itu. Semuanya Elly dah ceritakan
tadi. Sempat jugak la kena marah dengan makcik sorang tu .
“ Sahel, apa kau dah buat sebenarnya? Siapa
perempuan dengan kau kat restoran asam pedas hari tu? Aku dengan Reen ada kat
situ masa tu. Kita orang memang plan nak makan kat situ that day. Masa tu aku
yang nampak korang dulu. And sorry, aku dah try my best nak avoid Reen daripada
ternampak kau dengan perempuan tu, tapi… kau tau la dia kan. Mana boleh tengok
aku buat gaya pelik-pelik sikit. Lastly, dia nampak jugak. Salah aku la kot
sebab tak reti duduk diam kat kerusi tu… and maybe aku obvious sangat asyik
toleh belakang pandang kat korang, itu yang Reen pun ikut toleh sekali. Tapi,
that is not the point. The point is, siapa perempuan tu?”serang Elly dengan
panjang lebarnya.Tak ada noktah langsung!
“ So, memang betul la apa yang aku sangka tu? Orang yang
kau panggil masa tu, Reen?” Sahel Haqimy menggelengkan kepalanya.
“Dah tu… kau ingat aku panggil Maya Karin?” Elly buat
muka sebal. “Come on la Sahel, apa cerita ni? Kau marah kat Reen pasal Syimie,
kau tak nak dengar even satu pun explaination daripada dia, tapi… kau pun lebih
kurang sama je. Keluar dengan perempuan lain berdua. Kau expect Reen boleh
terima ke?” Kata Elly dengan nada geram. Hah, main-main lagi dengan kawan aku. ‘Kau
kalau kata, perempuan tu girlfriend kau, memang aku shoot je kau kat sini.’
Elly mengomel di dalam hati.
“ Okey… wait a minute. Benda tak macam apa yang kau and
especially my wife sangka. Perempuan tu sepupu aku. She’s married. Suami dia
pun ada sama waktu tu. Korang nampak aku berdua je dengan dia sebab suami dia
pergi toilet.” Giliran Sahel pulak yang bercakap. Dengan budak Elly ni, memang
kena mencelah cepat-cepat. Kalau tidak sampai ke tahun depan pun belum tentu
dapat cakap. Beria-ia dia menerangkan salah faham itu.
Dan disebabkan pertemuan dengan Elly itu lah dia berusaha
untuk memulihkan semula semua salah faham dan segala benda yang dah jadi.
“ Aku tak kira, pergi pujuk dia.”Elly mengeluarkan arahan
gaya seorang diktator sambil tangannya yang memegang garfu lurus ditunjukkan
tepat ke arah lelaki itu. Dengan garfu-garfu tu jugak dia nak tunjuk. Guna
tangan sudah lah. Elly ni pun… over dramatic betul lah.
“ Kenapa pulak aku yang kena pergi?” Sahel buat muka tak
puas hati.
Ek eleh dia ni pun. Ada yang aku debik sekali karang. “
Sebab kau pun salah jugak.” Jawab Elly selamba sambil menghabiskan baki laksa
penangnya itu.
“ Weh… siapa yang lari rumah?” Sahel masih tidak puas
hati.
Elly cuba bertenang. Memang betul la dia ni mintak kena
debik. Aku memang tak kisah kalau nak bagi.Walaupun kau dah baik hati belanja
laksa penang kat aku hari ni. Lantak la… asal nasib kawan aku terbela. “ Excuse
me… hello,kau lupa ke dia lari rumah tu sebab siapa?” Saja ditekankan perkataan
siapa itu. Bagi sedar dari mimpi siang sikit mamat ni.
“ Okey, fine!”
Sahel memandang isterinya
yang masih diam tidak bersuara itu. Aik, takkan marah pulak kot? “ Kenapa diam?
Tak nak jawab soalan abang?” Dia menyoal sambil mengangkat kening.
“ Jawapan tak ada
dalam skema.” Jawabku selamba. Aku kena jawab ke kalau jawapan tu dah memang
ada kat dia?
“ Orite then, , kalau macam tu biar abang
teka. Ada orang tu nampak abang kat restoran dengan sorang perempuan, lepas tu
tanpa usul periksa… terus jump to conclusion without asking me first. So, jawapan tu ada dalam skema tak?” Sahel Haqimy
bertanya sambil tergelak kecil.
Aku memandangnya
geram. Nasib baik suami. Kalau tak memang aku backhand dah dia ni. “ Let me
check first.” Aku bangun dari tempat dudukku. “ I wanna go home.”
Sahel Haqimy mengeluh
perlahan. “ That was Nia…”
Langkahku terhenti.
Okey, now what? Nak buat sesi suai
kenal pulak dah? Ada aku kisah ke siapa nama dia? Duduk mana? Dengan siapa?
Kerja apa segala? Aku jadi semakin tidak sabar pulak dengan lelaki kat depan
aku yang macam tengah main tarik upih je gayanya ni.
“ Stop it abang! Reen tak nak dengar
apa-apa. Reen tak sangka sampai macam tu sekali abang buat Reen. Abang marah
Reen pasal Syimi. Konon macam Reen yang salah. Tapi, abang pun sama! Abang pun
tak jujur dengan Reen! Kalau abang rasa, abang nak balas dendam kat Reen,
tahniah bang… memang abang dah berjaya. Pergi lah dekat Nia abang tu. I don’t care!” aku
menghamburkan segala yang terbuku di hati selama ni.
Sahel Haqimy tersentak
dengan kata-kata Syazreen. Okey, ini
dah masuk bab lain ni. This is really not
good. Dia terus memegang bahu isterinya itu dan dipusingkan menghadap ke
arahnya sambil matanya memandang tepat ke wajah isterinya yang sudah mula keruh
itu.
“Sayang… merepek
apa ni? Siapa kata abang nak balas dendam dekat Reen? Abang just nak explain kat Reen siapa Nia. She’s
my cousin. And for your info, she’s
married. Apa yang Reen nampak hari tu, totally
tak sama dengan apa yang Reen sangka. Abang bukan berdua je dengan dia. Suami
dia pun ada sekali.” Sahel menerangkan dengan panjang lebar sekali.
Aku yang
mendengarkan kata-katanya itu terdiam membisu. Terpinga-pinga seketika sebelum
dapat mencerna setiap patah perkataan yang keluar dari mulut suaminya tadi.
Okey, kejap…kejap… apa dia kata tadi? Sepupu? Tapi, kenapa aku tak pernah tahu
pun yang dia ada sepupu perempuan? Then,
dah kahwin? Ada suami? Allahuakhbar… aku terasa malu tiba-tiba. Waaa… Elly, aku
malu ni? Mana nak sorok muka?
Perlahan-lahan aku
mengangkat muka memandang ke arahnya. Dia membalas pandanganku dengan sengihan
kecil di bibir. Aku terus menumbuk-numbuk dadanya sambil menangis. Aku nangis
bukan sebab tak percaya apa yang dia kata, tapi sebab malu. Aku kalau malu,
memang mudah sangat je nak menangis.
Mati terus sengihan
Sahel Haqimy. Dah kenapa lagi ni? “ Eh… eh… Reen… kenapa ni? Jangan la buat
abang macam ni, sayang. Tak kesian kat abang ke?.” Pujuknya sambil cuba menepis
pukulan isterinya yang tiba-tiba itu.
Aku berhenti
memukulnya. “ Jahat… kenapa tak bagitau
awal-awal? Abang suka la buat Reen malu.” Ujarku sambil mengesat air mata yang
mengalir. Haila… boleh pulak kau buat
drama air mata sebabak kat sini Syazreen oi. Nasib baik la tak ramai orang. Cis,
buat malu kaum kerabat je!
Sahel Haqimy tergelak-gelak
mendengar kata-kata isterinya itu. Dia lantas menarik terus tubuh kecil
isterinya ke dalam pelukan. “ Alahai… sayang abang ni. Abang ingatkan kenapa la
tadi beria-ia menangis. Abang mintak maaf, ok? Abang memang nak explain… tapi Reen yang tak nak dengar.
Lain kali, dengar la dulu apa orang nak cakap. Ini main terjah je tak bagi signal tak bagi apa. Dah… takmo nangis lagi.” Dia mengusap
perlahan belakang badan isterinya. Kepala yang dilitupi tudung itu dicium
beberapa kali. Sungguh dia rindu dengan isterinya itu.
Aku menegakkan
kepala.“ Abang tu la… cuba cakap tu straight
to the point terus. Ini tak, nak main corner
sana corner sini pulak.”
“ Abang jugak yang
salah? Yelah… yelah. Abang salah. Abang suka corner sana… corner sini.
A..bang mintak maaf ok.” Sahel mengesat air mata yang berbaki di wajah
isterinya itu.
“ Reen pun mintak
maaf jugak. Reen tahu, Reen pun banyak buat salah dengan abang.” Ujarku sambil
merenung wajah suaminya itu.
“ Its okey… abang dah lama maafkan isteri
abang ni. Dah… meh sini, abang bagi warm sikit.”
Sahel menarik isterinya itu ke dalam pelukan.
Aku turut membalas
pelukannya itu. Sungguh la… aku memang rindu nak peluk suami aku ni. Terasa best, terasa tenang je. “ Abang…”
“ Yup…”
“ Kenapa Reen tak
pernah tau yang abang ada sepupu ek?”
“ Sebab Reen tak
pernah tanya.” Jawab Sahel sambil ketawa kecil.
Aku mencubit
pinggangnya. Main-main pulak dia ni. “ Abang, please…”
Sahel merungkaikan
pelukannya. “Adoi… sayang… that was hurt,
okey? Sejak bila pandai main cubit-cubit ni?”
“ Sejak pandai main
cubit-cubit la.” Jawabku selamba.
“ Wah… kreatifnya
jawapan.” Balas Sahel sambil mencubit pipi isterinya itu.
“ Okey, back to the question… kenapa?”
“ Sebab sepupu
abang si Nia tu tak duduk Malaysia. Dia dekat London before this. Baru je settle down and balik Malaysia. Masa
kita kahwin pun dia still kat sana
lagi. So, that’s why la Reen tak
kenal dia. Okey,puas hati?”
Aku
mengangguk-angguk. Patut la tak pernah nampak pun. “ Baik la Encik Sahel … saya
sangat la berpuas hati dengan jawapan yang diberi.” Jawabku sambil tersenyum.
“ Good girl. Dah… jom balik.” Sahel
menarik tangan isterinya itu menuju ke kereta.
“ Kejap…” aku
menarik semula tanganku.
“ Apa lagi sayang
abang ni?” Sahel sudah mencekak pinggang.
“ Abang lupa?
Kereta Reen yang dah tersadai dekat kampus tu apa cerita?” Soalku sambil
mengangkat kening.
Sahel
tersengih-sengih memandang isterinya itu. Dia segera mendapatkan isterinya itu.
“ Besok je la kita ambik. Nanti abang sendiri yang tolong bukak and pasang balik tayar kereta Reen tu. Sekarang ni, kita
balik rumah dulu, ok?”
Eh… laki aku ni.
Senangnya cakap. Dah tu, aku nak pergi kerja macam mana esok? “Dah tu, orang
nak pergi kerja macam mana?” Soalku lagi.
Sahel Haqimy tersenyum.
Kalau dah namanya Syazreen, memang tak sah la tak tanya orang macam polis. “
Sayang… yang risau sangat ni kenapa? Abang ada kan. Pergi dengan abang je la.
Ya tak ya jugak.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal itu. Gaya tak duduk satu rumah je aku ni.
Dah, jom balik.
Nanti orang ingat kita buat drama melayu petang-petang pulak kat sini.” Dia menarik tangan isterinya.
Ceh, dia yang buat scene ala-ala dalam novel siap sabotaj
pancitkan tayar kereta orang segala tu tak kira pulak. Aku membuat muka.
Sahel ketawa kecil
melihat muka isterinya yang masih ada aura tak puas hati. Marah la tu.