Saturday, March 27, 2010

lelaki..lelaki..lelaki..

Lelaki..lelaki..lelaki..kenapa orang perempuan ni seakan-akan tak dapat dipisahkan dengan insan yang bernama lelaki erk?Yelah..kalau difikirkan balik,memang manusia nih amat memerlukan antara satu sama lain..macam tu jugak dengan perempuan dan lelaki…setiap lelaki perlukan wanita sebagai pasangan..and tak terkecuali jugak dengan wanita..tapi,masalahnya sejauh mana lelaki boleh membimbing dan menjaga juga menyayangi kita seperti mana emak ayah kita sayangkan kita?Macam sekarang nih,kalau kita pergi mana-mana..mesti kita akan jumpa pasangan-pasangan bercinta…betul tak?Dari yang muda sampai ke tua..dari yang remaja sampailah ke peringkat pertengahan umur..semua ada….tanyalah sapa-sapa pun..”Eh,awak ada pakwe?”Jawapannya mesti yang positif..”mestilah ada..saya siap ada spare part lagi tau”..hmm..tengok..betapa ‘bangganya’ mereka menjawab bahawa diri mereka itu sudah pun berpunya..memanglah..masa bercinta,ada yang indah..ada yang tidak..tapi,bagi aku..peringkat umur yang macam aku ni..early 20..its better for me not to expect so much for the relationship..tak dinafikan..memang ada percintaan yang bermula dari zaman sekolah,or zaman kolej ker…berakhir dengan perkahwinan..tapi,tak semestinya orang yang bercinta tak sampai setahun tu tak boleh membawa kepada perkahwinan..betul tak?Macam tu jugak percintaan..macam mana sayang pun kita kat seseorang tu,kita janganlah terlalu mengharap yang dia akan jadik milik kita selama-lamanya..selagi kita tak menjadi suami isteri yang sah..kemungkinan untuk hidup bersama tu amatlah tipis..walaupun kita bercinta tahap gaban..sebab jodoh tu di tangan Allah..kalaupun kita bercinta bagai nak rak dengan lelaki/perempuan tu…kita tak boleh nak expect yang dia akan jadi hak kita..
Kadang-kadang aku rasa macam nak tergelak pulak bila tengok perangai orang yang bercinta nih..kalau yang perempuan tak melebih..lelaki pulak yang berperangai macam tu..tapi,kalau lelaki pulak yang tak melebih-lebih..perempuan pulak yang buat perangai..kontrol sana sini..buat itu,kena bagitahu pasangan masing-masing dululah..nak keluar,even dengan family pun kena bagitahu pasangan kita dulu..aduh..bagi aku kan,dalam percintaan atau mak-mak kita selalu cakaplah kan..’peringkat berkawan’ ni…tak payahlah nak caring sangat..bukanlah tak boleh nak caring..boleh..at least kita terasa dihargai oleh pasangan kita sendiri ..Tapi,kalau dah apa kita buat..sampaikan nak keluar dengan family pun dipersoalkan,diragui..and macam-macam lagilah…nak ambik tahu jugak..susahlah hidup..betul tak?Caring apa macam gitu?Itu bukan caring..itu control namanya..hello,tak salah nak ambik tahu what’s your partner do..but,berpada-padalah..People always said that..life is short..so,make it sweet…jadi,masa-masa dengan keluarga atau kawan-kawan adalah masa yang paling manis..selain masa kita bersama pasangan kita..so,tak payahlah kot nak mengganggu saat-saat manis kita bersama family and kawan-kawan..lagi satu yang aku selalu perhatikan,mereka-mereka yang bercouple nih suka sangat prefer buat spot check kat pasangan2 diorang..contohnya,check phonelah..check itu inilah..hish,kalau boleh,beg2 duit pun nak ‘diselongkarnya..’..hello!Cara macam tu tak baguslah..seolah-olah,tak percaya dengan pasangan masing-masing..golongan-golongan yang selalu buat macam tu,adalah lelaki..kononnya takut yang perempuan main kayu tiga..curang..pasang spare partlah..apalah..tapi,bila sampai turn perempuan..kita tak pernah nak take advantage untuk buat spot check kat diorang..betul tak?Walaupun ada peluang nak buat macam gitu..tapi,kita tak pernah terlintas pun nak buat macam gitu kan?Sebabnya,kita sedar..dalam setiap perhubungan..kita mesti tanam sifat jujur dengan pasangan masing-masing..bila dah terlalu ‘mengongkong’ macam tu,kalau ada rasa sayang pun..aku confirm…perempuan mesti akan bosan jugak akhirnya..so,janganlah sebab perangai ‘kebudak-budakan’ yang sepatutnya tak perlu ada tu,kita kehilangan orang yang kita sayang..waktu berkawanlah kita nak kena jaga hati pasangan kita..kalau betul kita sayang,let her/him do whatever they want to do..as long as we know the limit..jangan terlampau over dalam mengawal pasangan masing-masing sebab setiap orang ada their own life..they still need a privacy for themselves..
Aku sendiri sebenarnya takut untuk membina hubungan..sebab,bagi aku..perhubungan yang dibina pada masa umur yang aku anggap sekarang nih lebih sesuai kalau diberi tumpuan terhadap pelajaran…tidak akan berlarutan selama-lamanya..sebab,berdasarkan pengalaman-pengalaman yang ada..masa sekarang nih,bukanlah waktu yang sesuai untuk bercinta…aku tak boleh ada relationship yang serius..sebab aku tak suka sesuatu yang memberatkan kepala otak..dalam mencipta perhubungan,seseorang itu harus menjadi lebih serius..yang mana aku rasa,aku tak boleh jadi seperti itu kerana aku bukanlah seorang yang suka memikirkan benda2 yang terlalu serius..lagi satu,aku rasa aku bukanlah seorang pasangan yang baik dalam sesuatu perhubungan tu..kerana aku ni agak membosankan ..in fact,aku tak pernah rasa macam mana perasaan kecewa akibat putus cinta..sebab,bagi aku..bercinta atau tak..perasaan aku tetap sama..apa yang aku tau,aku still ada mak ayah n family yang always berada di belakang aku selain kawan-kawan yang selalu bagi support kat aku…..so,kita kena belajar menyayangi diri kita dulu sebelum kita menyayangi orang lain…barulah hidup kita happy!

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...