Monday, June 6, 2011

~permaisuri hati~

                                                    sambungan bab 26

M
alam itu, Sahel mengajakku turun ke bawah untuk menyertai ahli keluarga yang lain. Aku hanya menurut tanpa banyak soal. Bagi aku, tak guna membantah kerana sudah semestinya aku ‘wajib’ mengikutnya turun. Aku tidak mahulah nanti ibu bapa mertuaku dan adik beradik suamiku mengatakan yang aku ni tidak berbudi bahasa. Kalau dikatakan aku tidak berbudi bahasa, tak apalah juga. Buatnya dikatakan yang macam mak ayah tak ajar? Tak ke haru. Siapa nak jawab? Walhal, mak ayahku memang sangat menitik beratkan soal itu.
           Kalau tidak, masakan kami adik beradik dimarahi dengan teruk apabila kami mengajuk kata-kata Makcik Semah, jiranku. Emak dan ayahku memang pantang anak-anaknya tidak menghormati orang. Tak kiralah tua atau muda. Kata mereka, sejahat mana pun orang tu..tak suka atau benci sekalipun, kita mesti hormat dia. Hmm…itu pesan mak ayahku. ‘Yelah, mak..ayah..sebab kita terlalu nak menghormati dan menjaga perasaan oranglah, orang selalu ambil kesempatan,’ desis hatiku.
           Bukan aku tidak tahu yang Mak cik Semah tu selalu saja menjaja cerita tentang keluargaku sekeliling taman perumahan kami. Emak dan ayah pun sudah sedia maklum. Tapi,masih lagi mahu menyebelahi Mak Cik reporter itu. Hish, tak faham betul. Tapi bila diingat-ingat kembali, memang agak lucu jugak bila tengok muka Mak cik Semah yang berkerut-kerut ketika mengadu perihal kami adik beradik kepada kedua orang tuaku. Aku tersenyum sendiri mengenangkan kenakalan kami adik beradik sewaktu kecil-kecil dahulu.
          Sahel Haimy yang sudah siap sedia untuk turun berasa pelik. Hai, dah kenapa pulak dengan isteri aku ni? Ini tak lain, mesti berangan ni. Hai…Syazreen…Syazreen. Suka sangat berangan. Apa yang diangankan pun, aku tak tahulah. Dia berjalan menghampiri isterinya yang sedang duduk di atas katil lalu meletakkan tangannya di atas dahi. Dia meraba-raba dahi isterinya itu. Hmm..tak panas pun. Ok je. Sihat walafiat kot bini aku ni.Tapi…
           Aku yang terkejut dengan sentuhan itu segera menepisnya. “Eh, awak ni kenapa? Pegang-pegang dahi orang pulak. Nak ambik kesempatan eh?” marahku dengan suara yang kuat. Apahal entah dia ni?
           Sahel Haqimy Cuma tersengih. “Takdelah..abang just nak make sure yang isteri abang ni sihat ke tak sihat? Itu aje. Bukan nak ambik kesempatan pun. Sayang ok kan?” soalnya dengan muka curious.
          “Saya sihatlah. Apasal pulak awak tanya macam tu?” hish, dia ni..suka buat benda yang pelik-pelik. Aku punyalah sihat walafiat kat sini, dia boleh tanya pulak lagi. Dia yang macam orang tak sihat, cakap aku pulak.
         “Eh..yeke? Tapi, kenapa abang tengok sayang tersengih sorang-sorang tadi?”Sahel haqimy menyoal. Dia tersengih-sengih sambil memeluk tubuh memandangku.
         Aiseh man, dia nampak ke aku tersengih sorang-sorang tadi? Adoi..macam manalah boleh tak perasan yang dia ada kat sini tadi. Hish, bikin malu diri sendiri ajelah aku ni. Marahku di dalam hati.
         “Mana ada saya sengih sorang-sorang. Pandai-pandai je awak ni. Kan saya tengah duduk kat atas katil ni. Bila masanya pulak saya tersengih sorang-sorang?” jawabku berdalih. Takkan nak mengaku pulak. Mahunya hijau muka aku kalau mengaku yang memang aku tersengih sorang-sorang tadi. Dia ni dahlah suka mengenakan aku.
         “Eleh..yelah tu. Reen janganlah nak temberang abang. Ingat abang tak tahu perangai Syazreen yang suka mengelamun and berangan tu. So, apa yang diangankan tadi? Berangan nak ada anak cepat-cepat eh?” soalnya sambil ketawa besar.
         Aku menjegilkan biji mataku ke arahnya. Dengan sepantas kilat, ku capai bantal yang berada di sebelahku laluku campakkan ke arahnya. Sahel yang memang sudah bersedia segera melarikan diri ke arah pintu dan sebelum menghilang di balik pintu, dia sempat berpesan supaya aku segera turun kerana takut aku membuat  sambungan pulak drama beranganku yang tergendala tadi.
        Aku mengetap bibir menahan geram. Kurang asam! Asyik nak mengusik aku je. Siap kau Sahel. Ada ubi ada batas. Ada hari….aku balas balik. Huh! Aku mendengus geram.
    
    
Aku turun ke bawah selesai menunaikan solat isyak. Sahel kulihat sedang rancak berbual dengan ayah mertuaku dan suami kak long, Abang Radzi. Tapi, ke mana perginya ibu mertuaku dan ipar-iparku? Oh, ya..mesti di dapur menyiapkan makan malam. Aku terus berlalu menuju ke dapur. Ya,memang tepat sangkaanku.Mereka semua memang sedang berkumpul di situ.
         Aku menyertai mereka. “Assalamualaikum semua. Maaf lambat sikit turun. Reen solat isyak dulu tadi,” sapaku ramah.
         Salamku dijawab serentak oleh mereka. “Ish..tak apalah Reen, Reen berehat aja kat dalam bilik tu. Reen tu penat siang tadi pun tak habis lagi kan?” Puan Mariah berkata dengan lembut kepada menantunya itu.
         “Eh…tak apalah Umi. Reen ok je. Tak penat dah. Tadi petang dah puas rehat. Sekarang nak jugak tolong-tolong apa yang patut. Tak gitu Nisa?” soalku kepada adik iparku yang sedang menyuapkan kuih ke dalam mulut.
        “Hmm..kalau Nisalah kak…bila Umi dah suruh berehat tu, memang Nisa takkan menolak,” jawabnya sambil ketawa. Sengaja dia berlawak. Adik iparku yang sorang ni memang boleh tahan jugak fiil gila-gilanya. Kira orang kata, boleh ngamlah. Aku tersenyum mendengar.
              “Ewah..ewah. Bukan main lagi budak kecik ni. Umi tengoklah anak Umi ni. Orang lain yang penat, dia pulak yang sibuk-sibuk nak berehat. Jangan dilayan sangat Si Nisa ni Reen. Dia ni memang macam ni,”  celah kak long, kakak iparku.
              “Alah..apa pulak. Nisa pun penat jugak apa? Bukan Abang Qimy dengan kak Reen je yang penat. Tengok tadi, Nisa yang kena sambut tetamu sorang-sorang. Kesian tau kat Nisa,” Nisa menjawab membela dirinya.
              “Ha’ah..yelah kamu tu. Habis yang kak long tengok kamu dok sibuk berposing sana sini bergambar tu, apanya? Kamu tak payah nak temberang Kak long,” sindir kak Long sambil mengeyit mata memandang Umi. Aku yang mendengarnya sudah tergelak-gelak. Nisa..Nisa..kelakar sungguh adik iparku ini.
               Nisa sudah tersengih-sengih sambil memintal-mintal hujung rambutnya.                 “Ala..bukan selalu pun. Kan Umi kan..kan..kan?”
              Umi hanya menggelengkan kepala. “Kamu tengoklah Reen. Macam nilah jadinya bila berjumpa. Ada aja yang tak kenanya.”
               Aku hanya tersengih. “Ala Umi..biasalah tu. Macam Reen adik beradik jugak. Bukan selalu pun dapat bergurau macam ni. Betul tak Nisa?” Soalku sambil mengeyit mata ke arahnya.
                  “Yeszaaa…you are right, Sis. Tengok kak long..kakak ipar Nisa yang sorang ni jugak yang understanding. Bukan macam kak long,” ujarnya sambil menjelirkan lidah ke arah kakak sulungnya itu.
                  Umi yang melihat perbuatan Nisa itu segera menegur. “Nisa..apa buat macam tu kat Kak long. Tak baik tau,” tegur Umi dengan nada bersahaja tapi cukup untuk buat Nisa kembali menjadi budak ‘baik’ sekejap.
                  “Oppst..sorry Umi. Sorry Kak Long,” ujarnya tersengih sambil menggaru-garu kepala.
                  “Hah..itulah..daulat. Derhaka lagi dengan Kak Long. Kan dah kena,” giliran kak Long pula yang bersuara menyakat Nisa. Nisa menarik muka masam. Aku yang dari tadi hanya menjadi pemerhati, sudah tergelak-gelak melihat situasi itu. Aku menepuk-nepuk bahu Nisa menyuruhnya bersabar. Dia pulak sudah melentokkan kepalanya ke atas bahuku sambil berpura-pura menangis. Kami yang melihatnya hanya mampu ketawa dan menggeleng saja melihat telatahnya itu.
                  “Sudah..sudah. kamu berdua kalau dibiarkan, makin menjadi-jadilah gamaknya. Dah, jom ke depan. Bawa semua lauk-lauk ni. Dah lapar dah kaum-kaum adam kat luar tu. Tunggu kita lama sangat. Jom,” umi mencelah mematikan “persengketaan” di antara kedua-dua orang anak perempuannya itu.
                   Lantas kami semua bergerak ke ruang makan yang terletak di tengah rumah. Kaum-kaum adam yang rancak berborak semenjak tadi lagi sudah sedia menunggu di meja makan.
                        “Amboi Cik Yah..lama sangat kat dapur tu? Kot ye pun teruja dapat menantu perempuan..ingat-ingatlah sikit kat suami awak yang dah lapar ni.” Ayah mertuaku mengusik ibu mertuaku dengan senyuman.
                        “Abahnya pun…sabar-sabarlah sikit. Saya yang teruja ke abahnya tu yang dah tak sabar-sabar nak makan dengan menantu baru kita ni?” giliran Umi pulak yang mengusik Abah. Kami semua sudah tergelak-gelak melihatkan gelagat Abah dan Umi.
                        “Eh..saya pulak yang kena. Reen, kamu tengoklah Umi kamu ni. Dah tua-tua macam ni pun nak cemburu lagi,” kata Abah kepadaku. Aku tersenyum sambil berkata.
                         “Takpe Abah…cemburu tanda sayang tu. Betul tak Umi?” aku mengusik Umi pula. Aku sempat mengerling Sahel yang sedang asyik memandang ke arahku. Entah apa yang dia sengih-sengihkan entah. Hei..suka buat aku tak tentu arah tau dia ni. Bebelku di dalam hati.
                         Umi hanya tersenyum. “Reen jangan tak tau…Abah kamu ni suka sangat menyakat. Yang mengikutnya,ni suami kamu Si Sahel ni. Sebijik  macam perangai Abahnya. Hai..umi mintak kamu sabarlah melayan kerenah suami kamu ni nanti ya.”
                         Aku tersenyum-senyum sambil memandang ke arah Suamiku yang terpinga-pinga apabila tiba-tiba namanya disebut. “ Yeke Umi? Erm..takpelah umi. Nampaknya nanti Reen pun kenalah bersabar macam umi. Sengajaku berkata begitu di depan semua orang. Takut rahsia kami terbongkar. Lagi-lagi aku dan Sahel sudah sepakat mahu menunjukkan kemesraan hanya apabila berada di depan ahli keluarga dan rakan-rakan saja. Dibelakang mereka,kami masih tidak mahu berlebih-lebih.
                          Masing-masing sudah pun mengambil tempat duduk. Kak Long di sebelah Abang Radzi, Nisa pula sudah duduk di sebelah Umi. Dan hanya tinggal satu saja lagi tempat kosong untuk aku iaitu di sebelah Sahel. Nak tak nak, aku kenalah jugak duduk sebelah dia.
                          “Umi mengumpat  Qimy ke ni?” soalnya dengan muka kelat. Tersentak dia tiba-tiba apabila sedang asyik merenung isteri kesayangannya itu, namanya disebut-sebut pulak.
                        “Apalah Abang Qimy ni. Itulah..orang sibuk berborak..dia pun sibuk jugak. Sibuk dok menilik muka Kak Reen ni ha. Macamlah dia sorang je yang ada isteri. Ish..tak senonohlah Abang ni. Kesian kat Kak Reen tau. Tak selesa dibuatnya.” Nisa yang diam dari tadi tiba-tiba bersuara.
                       Aku sudah tertunduk malu. Ish, dia ni…kot ye pun nak menengok muka aku ni. Cover-coverlah sikit. Kan dah kena. Ei..buat malu aku jelah dia ni. Anyway, thanks to you la Nisa sebab sangat-sangat memahami. Hehe. Ni yang sayang lebih kat Nisa nih. Aku bermonolog sendiri.
                       “Eh..suka hati abanglah. Kak Reen ni kan isteri kesayangan abang. Yang Nisa sibuk-sibuk ni kenapa? Teringin ke? Kalau teringin, cepat bawak boyfriend jumpa Abah dengan Umi. Suruh dia masuk meminang cepat-cepat,” Balas Sahel menyakat adiknya itu pula sambil ketawa besar.
                      “Eleh…Nisa bukan macam abang Qimy ni. Gatal sangat nak kahwin. Kak Reen tu tak lebih-lebih. Abang je yang lebih-lebih. Betul tak Kak Reen?” Nisa menyoal kakak iparnya itu pula.
                      Aku yang dari tadi mendiamkan diri tersengih-sengih. “Ala..Nisa, abang Nisa ni memang macam tu. Kadang-kadang sampai dah tak larat akak nak layan. Lepas tu, bila dah tak layan..merajuk,” jawabku sambil melemparkan senyuman manis yang dibuat-buat memandang suamiku yang sudah merah muka menahan malu atau mungkin menahan geram apabila dirinya dijadikan subjek utama perbualan kami.
                       Sahel Haqimy sudah pun  mengetap bibir menahan geram. Amboi-amboi bini aku nih. Sama je naik dia dengan si Nisa ni. Ish, ini tak boleh jadi ni. Oh, pandai  Reen kenakan abang eh. Siap Reen!
                      “Amboi…sedapnya mulut sayang bercakap. Siapa yang malam-malam dok cari abang tu?  Nisa, Kak Reen ni kalau Nisa nak tau…malam-malam suka bermanja dengan abang. Kalau abang tak layan, mulalah buat muka.” giliran Sahel Haqimy pula mengenakan Syazreen sambil menahan tawa. Dia tahu Syazreen mesti akan mengamuk sebentar lagi. Tapi takpe..asalkan mereka seri. Syazreen sudah pun mengenakan dia, jadi sekarang giliran dia pulak.
                      “Nisa..jangan dengar sangat cakap abang ni. Dia saja je tu,” kataku untuk menutup rasa malu.
                      “Hei..macam-macam hal la abang dengan akak ni. Tak faham Nisa,” ujar Nisa sambil menggeleng-gelengkan kepala.
                      Aku menjegilkan mata ke arahnya. Ish, dia ni..apalah. Depan orang ramai pun nak cakap benda yang bukan-bukan. Nak kena dia ni. Siap kau Sahel! Aku yang sudah pun duduk di sebelahnya itu segera memijak kakinya. Rasakan! Tulah, suka sangat mengarut
                     “Aduh…” Sahel haqimy menjerit tiba-tiba.
                     Ketika itu semua mata memandang ke arah kami. Abah dan Umi yang sedang menjamu selera itu jugak terhenti suapannya apabila mendengar jeritan kecil Sa             hel itu.    
                     “Kenapa pulak tu Qimy?” soal kak Long. Abang Radzi disebelah juga turut memandang. Ingin tahu apa yang berlaku.
                     “Err…takde pape la kak Long. Qimy tersepak kaki meja ni,” ujarnya berdalih. Takkanlah nak berterus terang pulak yang Syazreen memijak kakinya. Karang tak pasal-pasal je kena soal jawab. Dipandang Syazreen dengan rasa geram yang teramat.
                     Kak long dan Abang Radzi berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum. Umi dan abah juga turut tersenyum sambil menggelengkan kepala. Macam-macam hal budak ni. Nisa mengangkat ibu jarinya sambil tersengih memandang Abangnya itu. Aku meneruskan suapan dengan selamba sambil cuba menahan tawa. Padan muka dia!


S
ahel Haqimy melangkah masuk ke bilik dengan muka berkerut. Tidak dihiraukan Syazreen yang sedang memeluk tubuh memandang ke arahnya dengan muka tak puas hati. Dia berjalan ke arah sofa yang terletak berhampiran katilnya itu. Sakit  di kakinya yang ditahan sejak dari makan malam tadi tiba-tiba semakin menjadi-jadi pulak rasanya.
                      Aku segera melangkah ke arahnya dengan mencekak pinggang. “Sahel..kenapa awak cakap benda yang bukan-bukan depan keluarga awak macam tu? Awak sengaja ye nak malukan saya?” soalku tanpa menyedari air muka Sahel  Haqimy yang sedang berkerut-kerut menahan sakit itu.
                     “Bukan-bukan apanya sayang?” Sahel Haqimy menjawab dengan nada perlahan. Kesakitan di kakinya itu lebih menjadi keutamaannya sekarang. Entah di mana silapnya, kakinya itu sudah mula membengkak. Ini semua hasil dari pijakkan kaki Syazreen tadi. Boleh tahan jugak sengalnya.
                    “Tak cakap bukan-bukan awak kata? Habis yang awak mengarut entah apa-apa dengan Nisa tadi tu apanya?” tanyaku garang. Buat-buat lupa pulak. Dia dah mengarut mengalahkan gaban hilang ingatan tadi..boleh pulak nak buat-buat tanya segala. Eii..suka pura-pura tau dia ni. Omelku di dalam hati.
                    Sahel Haqimy hanya mampu menyeringai. Dia  cuba menahan kesakitan di kakinya itu seboleh mungkin. “Oh..Reen yang mulakan dulu. Takkan abang nak diam je.” Sahel Haqimy menjawab dengan selamba sambil mengosok-gosok kakinya yang sudah mula memerah itu.
                    Aku mengecilkan mataku. “Hello..kalau awak tak sibuk-sibuk dok tenung muka saya nihtakdenya saya nak bukak mulut cakap benda-benda macam tu lah. Lagipun saya tak cakap benda-benda mengarut macam yang awak cakap tu,” marahku.
                   “Reen..Reen. Tak luak mana pun kalau abang tenung muka sayang tu. Erm..abang tau. sayang berdebar-debar kan bila abang tenung-tenung muka sayang tadi? Kan?” soalnya sambil tersenyum-senyum mengangkat kening.
                   “Eh..tolong ok. Siapa yang berdebar-debar ni? Don’t be perasanlah!” jawabku sambil memandang ke arah lain. Ish..ada ke cakap aku berdebar-debar. Tolonglah! Ini Syazreen la. Ingat aku macam dia agaknya. Jiwang karat!
                   Sahel Haqimy ketawa melihat muka masam isterinya itu. Dia ingin bangun mendekati Syazreen tapi baru saja dia ingin melangkah, dia terjatuh dek kerana kakinya terasa sakit sangat-sangat. Sempat dia menarik baju tidur Syazreen dan Syazreen yang ketika itu tidak dapat mengimbangi bandannya turut terjatuh sama. Lebih memburukkan keadaan apabila Syazreen terjatuh di atas kaki Sahel Haqimy yang sakit sejak tadi.
                    Aku mendengus. “Sahel! Awak ni kenapa? Nak ambik kesempatan pun, agak-agaklah!” marahku sambil kelam kabut bangun dan membetul-betulkan baju tidurku itu.. Ish..entah apa-apalah dia ni.
                    Sahel Haqimy sudah tersengih-sengih. Bukan kerana takut, tapi kerana sakit di kakinya bertambah-tambah kesan dari pendaratan salah tempat yang Syazreen lakukan sebentar tadi.
                    “Sorry sayang…abang tak sengaja,” jawabnya sambil cuba untuk bangun.
                   “Tak sengaja…tak sengaja. Itu bukan tak sengaja. Itu saja nama dia!” Syazreen masih menghamburkan marahnya tanpa menyedari situasi yang sedang di alami oleh suaminya itu.
                    “Yelah..yelah. Abang salah. Abang mintak maaf ok,” Sahel Haqimy cuba mengalah. Kesakitan di kakinya semakin menjadi-jadi. Dia cuba bangun, namun gagal untuk berbuat demikian. Akhirnya dia terjatuh semula.
                    Aku yang sedang membebel seorang diri ketika itu cuma menjeling saja. Malas mahu membantu. Biar dia rasa. Aku melangkah ke arah katil dan mengambil sebuah majalah yang berada di atas almari yang berhampiran. Mesti kes kena pijak dengan aku tadi tu. Aku tersenyum di dalam hati. Padan muka! Cari pasal lagi dengan aku. Kan dah kena. Tapi..takkanlah kena pijak je dah cedera parah sampai macam tu sekali kot? Soalku di dalam hati. Terbit rasa bersalah di hati. Aku mengetap bibir.
                      Sahel Haqimy masih lagi terkial-kial untuk bangun. Ish..bini aku ni. Kejam gila kot. Dah la pijak kaki aku. Lepas tu bukan nak tolong. Syazreen..syazreen. Hati mengalahkan batu konkrit betul. Omel Sahel Haqimy sendirian.
                     Aku mengerling ke arahnya yang sedang terkial-kial untuk bangun itu. Syazreen..kau jangan kejam sangat boleh tak? Dia tu suami kau. Tak baik kau biarkan je dia macam tu. Dia kan tengah sakit. Suara hatinya berbisik. Aku masih lagi berkira-kira mahu menolong atau tidak. Ah..tolong jelah. Bukan orang lain pun.
                   Aku meletakkan majalah di tangan lalu menghayunkan langkah ke arah lelaki itu. “ Sakit sangat ke kaki awak tu?” soalku. Simpati pula aku melihatnya.
                  “Kalau sakit pun..Syazreen peduli apa?” jawab Sahel Haqimy dengan nada menyindir. Sengaja dia berkata begitu. Mahu melihat reaksi isterinya itu. Sungguh-sungguh atau tidak. Dia tahu, Syazreen agak risau melihatnya. Tapi, sengaja tidak mahu ditunjukkan. Syazreen..Syazreen. kenapa keras sangat hati tu sayang oi. Abang sakitlah kat sini.
                   Amboi..menyindir nampak. Nak tunjuk power macam Power Rangers la tu. Muka dah berkerut-kerut menahan sakit pun still nak buat-buat keras. Malas mahu melayannya. Aku bersuara. “ Tak payah nak buat-buat kuat. Meh sini saya tolong,” ujarku sambil menarik tangannya.
                    “Tak payah. Abang boleh bangun sendiri.” Sahel Haqimy buat-buat jual mahal.
                    Ek eleh dia ni. Dah sakit macam gitu pun nak tunjuk keras lagi. Aku mendengus.
                     “Jangan degil boleh tak? Meh sini saya tolong,” kataku lagi sambil cuba membantunya untuk bangun.
                    “Tak nak. Tak payah tolong. Abang cakap, Abang boleh bangun sendiri..Abang boleh la. Tak payah susah-susah. Pergilah sambung baca majalah Reen tu,” Sahel Haqimy masih berdegil.
                   “Sahel..awak jangan nak mengada-ngada eh. Saya kata, saya tolong..saya tolonglah. Jangan bagi saya geram boleh tak?” suaraku mula meninggi. Bengang pulak bila disindir begitu. Dan lebih geram bila suaminya itu masih berdegil tak mahu ditolong.
                    Sahel Haqimy sudah terdiam. Lagi-lagi bila Syazreen sudah mula bersuara begitu. Dia hanya membiarkan isterinya itu memapahnya ke katil.
                   “Tunggu kejap. Saya ambik minyak,”
                   Setelah berjaya mendapatkan minyak urut. Aku kembali ke katil. “ Bak sini kaki awak tu. Saya sapukan minyak,”
                   Sahel Haqimy memandang ke arah isterinya itu dengan pandangan risau. Aku yang menyedari makna pandangannya itu segera berkata. “ Jangan risau. Saya takkan patah-patahkan kaki awak tu,” ujarku selamba.
                    Sahel Haqimy tersenyum lega. Aku menyapukan minyak di bahagian kakinya yang bengkak itu. Sahel Haqimy masih mengerut-ngerutkan dahi menahan sakit. Dia mengambil kesempatan yang ada untuk merenung wajah isterinya itu sepuas mungkin. Hehe. Kalau tak jadi macam ni, jangan haraplah boleh tengok muka dia lama-lama. Dan jangan harap jugaklah nak duduk rapat-rapat macam ni. Sahel Haqimy tersenyum-senyum sendiri. Syazreen….Syazreen..kenapalah sayang ni keras hati sangat?
                    Aku yang sedar diriku diperhatikan buat-buat selamba. Takpe..aku kasik chance. Bukan luak pun. Suami sendiri je pun. Bukan orang lain. Namun apabila lelaki itu masih tidak mahu berhenti dari membuat kerja ‘part timenya’ itu, aku merasa sudah tidak selesa. Ewah..ewah…aku bagi kaki, nak kepala pula. Siap kau! Aku sengaja memicit bahagian kakinya yang bengkak itu dengan kuat.
                  “Aduh…aduh..aduh. Syazreen…apa ni? Kenapa tekan kuat sangat? Sakitlah sayang,” jeritan Sahel Haqimy bergema seketika. Dia menepis tangan Syazreen yang masih giat menekan kakinya itu.
                  Aku sudah tersengih. “Oppst..sorry. Sengaja..eh..tak sengaja. Lain kali, jangan suka-suka nak ambik kesempatan. Saya tak suka awak dok tenung-tenung saya macam tu, faham!” kataku dengan garang. Lain kali buatlah keje part time takde faedah tu. Jangan kata kaki…tangan pun aku boleh bagi patah. Hehe. Wow! Terasa  macam mona Fendi pulak. Kejamnya aku ni. Hatiku bersuara.
                 “Reen ni..sampai hati Reen. Abang tak buat apa-apa pun. Abang tengok je. Takkan itu pun nak marah,” Sahel Haqimy bersuara sambil menggosok-gosok kakinya yang ditekan oleh syazreen tadi. Ish..macam monster sungguh la bini aku ni. Tau la asal dari negeri Hang Tuah. Tapi, kot ye pun..janganlah ganas sangat sayang oii. Sakit tau tak?
               “Tengok..tengok. Awak tu kalau dibiarkan…jangan kata tengok..nanti entah apa-apa lagi yang awak buat. Saya just pertahankan diri je,” jawabku selamba sambil memeluk tubuh.
               “Okey..okey. abang salah. I’m sorry okey. Abang tak buat lagi,” Sahel Haqimy meminta maaf. Malas mahu memanjangkan hal itu. Memang salah dia pun. Dah tau yang isterinya itu tidak suka ditenung sebegitu..lagi ingin membangkitkan kemarahan. Sahel Haqimy sudah bangkit menuju ke  arah almari. Dia sudah tidak mampu menahan kesakitan di kakinya itu. Dia ingin segera ke klinik. klinik? Ei..biar betul? Sahel Haqimy sudah berkira-kira sendiri. Ah..peduli apa aku? Janji sakit kat kaki ni hilang. Sahel Haqimy berbicara sendiri.
               Aku yang masih duduk memeluk tubuh segera bertanya. “Awak nak ke mana pulak tu?” soalku ingin tahu. Kesian pula aku melihat dirinya terjengkit-jengkit begitu.
               “ Klinik,” jawabnya sepatah.
               Amboi..pendeknya jawapan. Takkan marah kot.  Aku terkebil-kebil seketika. Teruk sangat ke apa yang aku buat tadi? Maafkan saya Sahel. Saya tak nak antara kita jadi terlalu rapat. Aku mengeluh perlahan. Beristighfar di dalam hati menyesali perbuatanku tadi.
               “Nak saya temankan?” soalku teragak-agak.
               “Tak payahlah. Abang boleh pergi sendiri.” Sahel haqimy sudah berjauh hati.
               “Sahel..saya mintak maaf ok. Awak janganlah degil. Saya temankan ye?” aku mencuba lagi. Mungkin dengan berbuat begitu aku dapat mengatasi rasa bersalahku itu.
              “Takpe la. Reen berehat je. Abang pergi sendiri. Setakat kaki je yang sakit. Belum nak mati pun lagi,” sinis sekali kata-katanya itu.
              Aku terasa disindir. Perasaan bersalah semakin menghimpitku. “Sahel..i’m sorry okey. Let me help you. Kaki awak sakit tu. Macam mana awak nak drive?”
             “Its ok..Reen tak salah apa-apa pun. Abang yang salah. Takpe..abang boleh drive. Kaki yang sakit sebelah kiri je. Kanan still boleh guna. Kereta abangkan auto,” Sahel Haqimy sudah pun mencapai kunci keretanya.
              Aku sudah mula bengang. Ei..mamat ni. Dah sakit-sakit pun nak degil lagi. Aku mendengus geram. Tak boleh biar ni. Nanti kalau Umi dengan Abah nampak dia keluar sorang-sorang. Nak jawab apa pulak. Tak pasal-pasal je kena cop isteri tak guna nanti. Aku mengetap bibir. Dengan pantas aku merampas kunci kereta yang telah berada di dalam genggaman lelaki itu. Dia memandangku dengan wajah terpinga-pinga.
              “I don’t care what you wanna say. Yang pastinya, awak takkan pergi hospital tu sorang-sorang dan tolong jangan nak tambahkan lagi rasa bersalah saya kat awak sekarang ni, okey. And one more thing..kalau sakit tu cakap je sakit. Tak payah nak buat-buat kuat pulak,” ujarku sambil berlalu untuk menukar pakaian.
             Sahel Haqimy terduduk. Dia tersenyum sendiri. Syazreen..Syazreen. sayang jugak Reen kat abang ye. Dia bersyukur. Sekurang-kurangnya Syazreen mengambil berat akan dirinya. Itu sudah memadai. Ya Allah..kau bukakanlah pintu hati isteriku itu untuk menerima aku. Sempat dia berdoa di dalam hati agar terbuka pintu hati Syazreen.
    
 p/s ; alhamdulillah...tak sangka PH pun ade 'peminat'..hehehe... thankz a lot kpd mereka2 yg sudi bce karya cabuk sye nih... so, sye postkan smbungan bab 26 kat sini yg sempat sye 'godek2' time semester break ari tu.. selamat membaca! sekali lagi..thankz a lot..:-)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...