Wednesday, June 8, 2011

~permaisuri hati~


                                                 Bab 27


Setelah lebih dua minggu bercuti, hari ini aku dan Sahel akan kembali bekerja seperti biasa. Agak kekok pulak rasanya dengan perubahan mendadak ini. Aku perlu sampai awal ke kampus kerana ada banyak kerja yang perluku bereskan. Inilah padahnya kalau bercuti lama-lama. Aku turun setelah bersiap. Sahel tidak kelihatan. Mungkin juga sedang bersiap. Kakinya yang ku pijak hari tu pun sudah pulih sepenuhnya. Nasib baik tak ada apa-apa yang serius.
          Teringat pula aku peristiwa di hospital seminggu yang lepas. Rupanya suamiku itu seorang yang takut jarum. Memang dia seorang yang takut nak ke klinik apabila demam. Semasa berkawan dahulu, lelaki itu selalu tidak mahu aku tahu yang dia sedang demam. Kerana takut aku akan memaksanya ke klinik sekiranya dia memberitahuku. Namun, tidak pula aku tahu yang dia takut jarum. Terbayang wajah cemasnya ketika doktor mengatakan yang dia perlu disuntik untuk mengurangkan sedikit rasa sakit yang di alami.
         “Kaki awak okey…takde apa-apa yang serius pun. Kejap lagi saya akan bagi satu suntikan untuk kurangkan sikit bengkak pada kaki awak tu,” doktor lelaki yang lebih kurang sebaya ayahku itu berkata sambil tersenyum memandang Sahel.
         Sahel Haqimy yang mendengarnya mula menunjukkan muka cemas. “Err…Doktor, kalau tak bagi injection tak boleh ke? Bagi ubat jelah ya,” Sahel Haqimy tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal langsung itu. Dia memandang isterinya yang berada di sebelah. Dia sudah dapat melihat reaksi Syazreen yang seolah-olah mahu menggelakkannya sambil bergolek-golek di atas lantai lagaknya.
         Aku di sebelah sedang berusaha menyembunyikan senyumku. ‘Lah..takut jarum rupanya mamat ni. Ingatkan berani sangat. Konon nak pergi klinik sendiri. Tengok ni..nampak jarum pun dah gelabah. Hish, buat malu aku je dia nih,’ aku mengomel di dalam hati. Tiba-tiba terbit rasa ingin mengenakannya. Aku segera bersuara.
        “Awak..kan Doktor kata, dengan suntikan bengkak kat kaki awak tu lagi cepat surut. Makan ubat, nanti lambat surutnya. So, awak kenalah dengar cakap Doktor. Betul tak Doktor?” soalku kepada doktor lelaki itu  sambil tersenyum memandangnya. Doktor lelaki itu turut tersenyum dan menganggukkan kepala.
        Dia menoleh ke arahku dengan pandangan tajam. Aku pura-pura tidak nampak. Setelah berbincang sesuatu dengan doktor lelaki itu, dia menarikku ke satu sudut. Aku memandangnya geram.
        “Apahal ni??” soalku dengan nada bengang. Geram pulak di tarik tiba-tiba begitu.
        “No..Abang tak nak Reen. Injection tu boleh buat Abang pengsan tau tak. Dah..dah..Reen tak payah nak bersekongkol dengan doktor tu nak bagi suntikan kat abang. Abang tak nak ok. Abang nak mintak ubat je kat Doktor tu,” Sahel haqimy memandang ke arah doktor lelaki itu dengan wajah cuaknya.
          Aku sudah tergelak-gelak memandangnya. “ Sahel…awak takut jarum ya? Ya Allah..macam perempuanlah awak ni. Apa salahnya Doktor tu nak bagi suntikan kat awak?  Dia bukan nak suntik awak dengan racun pun. Dia just nak suntik ubat untuk kurangkan bengkak kat kaki awak tu. Yang awak takut sangat ni kenapa?”
             Sahel Haqimy merasa tercabar apabila dikatakan takut jarum. Dia merenung wajah isterinya dengan geram. “Reen..Abang bukan takut okey. Abang just nak berhati-hati je. Manalah tahu, kot-kot doktor tu tersalah masukkan ubat ke...hah, nanti tak pasal-pasal jadik lagi teruk pulak,” Sahel Haqimy berkata. Malu pulak nak mengaku yang dia sememangnya takut jarum.
             Aku masih tersenyum. “Eleh..tak takut konon. Habis, yang pergi buat muka cuak kat depan doktor tadi tu kenapa? Awak ni saja je kan. Suka buat alasan yang senang kantoi macam tu. Dah la..jom..doktor tu dah lama tunggu dah tu,” ujarku sambil menarik tangannya.
            Sahel Haqimy sudah gelabah apabila ditarik begitu. Dia menarik semula tangannya. “ Reen..abang tak nak ok. Jangan tarik-tarik abang macam ni,”
           Tanpa mempedulikannya, aku terus menarik tangannya untuk kembali ke tempat duduk kami tadi. Sahel Haqimy masih tidak mahu berganjak.
           “Sahel..jomlah cepat. Awak ni.. dah tua bangka pun penakut lagi. Cepatlah. Awak jangan nak malukan saya ya? Cepat, doktor dah tunggu tu,” gesaku.
           “Tak nak…abang tak naklah Reen. Reen cakaplah dengan doktor tu, bagi abang ubat je..ya sayang? Abang janji, abang makan ubat tu sampai habis. Janji!” katanya beria-ia.
            Aku yang melihatnya, terasa kasihan pula. Setelah berfikir sejenak, aku mengalah. “ yelah..yelah. Dah, sekarang jom pegi duduk balik,” kataku sambil memapahnya kembali ke tempat duduk  yang telah tersedia.
               Sahel Haqimy sudah berubah wajah. Dia mengukirkan senyuman ke arahku. “Thanks sayang. I love you!” ucapnya sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. Aku yang tidak menjangkakan reaksinya itu terkedu dan tergamam seketika.   
                Lamunanku terhenti apabila terdengar suara  riang Sahel menuruni tangga sambil bernyanyi kecil. Aku cepat-cepat menuangkan air nescafe yang sudah siap dibancuh ke dalam cawan. Selepas subuh tadi, aku terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Kalau dahulu, aku dan Elly sahaja. Sarapan diluar pun boleh. Lagi pula kami bukan jenis yang suka mengambil sarapan pagi. Apa yang ada kami makan je. Kadang-kadang tu air suam pun jadi. Bak kata Elly..alas perut. Elly..Elly. Ada-ada je dia tu. Ada ke alas perut dengan air suam? Pelik..tapi, itulah yang selalu kami lakukan. Aku tersenyum mengenangkan hal itu. Rindu pulak rasanya pada zaman bujangku dulu.
                “Assalamualaikum sayang. Selamat pagi,” sapanya dengan senyuman manis terukir di bibir. Dia sudah pun menarik kerusi untuk duduk. Matanya tak lepas dari memandang ke arahku.
               “Waalaikumusalam,” jawabku ringkas sambil tersenyum sedikit.
               “Sayang minum apa tu? Nak sikit?” soalnya kepadaku sambil tersengih-sengih.
               Aku mengerutkan dahi. Apa punya soalanlah? Dah tentu-tentulah tengah minum air. Takkan tengah minum nasi pulak. Aish…suka tanya soalan tak best macam tu tau dia ni.
                Aku mengambil cawannya yang telah tersedia itu dan menuangkan air.
                “Saya tengah minum air. Dan air awak saya dah tuangkan. So, minum yang awak punya tu. Jangan nak kacau air saya. Ok?” jawabku sambil menghadiahkan jelingan tajam ke arahnya.
                  “Ala..abang nak share air dengan sayang. Abang kan tak boleh minum pagi-pagi. Nanti sakit perut. Boleh la ye. Kita share,” katanya sambil menunjukkan muka seposennya itu.
                   Ha’ahlah. Macam mana aku boleh lupa yang dia ni pun ada masalah yang sama dengan aku. Tak boleh minum pagi. Eh…tapi, kalau tak boleh minum pagi..apasal sibuk-sibuk nak share air dengan aku? Ei..dia ni sengajalah tu. Mengada-ngada.
                  “Awak jangan nak mengada-ngadalah. Setakat minum air..takde nya awak nak sakit perut. Dah minum je air tu,” kataku sambil bangun menuju ke dapur untuk mengambil air suam pula.
                  Sekembalinya aku ke meja makan, ku lihat Sahel sedang menghirup air. Dia tersengih memandangku sambil terus menghirup air. Aku membiarkan saja. Hah, boleh pun minum air tu. Saja je nak mengada-ngada. Aku mencari-cari cawanku. Aik..mana pulak cawan ni? Tadi ada kat sini. Takkan dah hilang kot. Aku memandang ke arah Sahel. Darahku terasa menyerbu ke muka apabila terpandangkan cawan yang berada dalam pegangan lelaki itu.
                  “Sahel!” jeritku.
                  Tersembur air yang diminum itu dek kerana terkejut dengan jeritan  Syazreen. Sahel Haqimy merengus geram. “ Reen..kenapa ni? Pagi-pagi dah terjerit-jerit. Tengok, habis tumpah air ni,” bebelnya sambil mengelap mulut. ‘Nasib baik tak kena baju,’ desis hatinya.
                 “Kenapa awak minum air saya? Kan saya dah tuangkan air awak kat dalam cawan tu. Kenapa tak minum yang itu je?” soalku dengan wajah geram. Ish..patutlah sedap aje dia dok minum air tu. Air aku rupanya. Tak senonohlah dia ni.
                  “Oppst…sorry. Abang tak perasan pulak tadi. Abang ingatkan air abang. So, abang minum jelah. Lagipun tadi Reen cakap minum je air tu. Reen tak cakap air abang ke air Reen. Jadi, abang assume Reen suruh abang minum air Reen la,” jawabnya dengan selamba sambil tersengih-sengih menunjukkan barisan giginya yang tersusun rapi itu.
                  “Awak ni kan..suka bagi saya geram tau,” aku mendengus. Ish..suka-suka hati dia je. Air aku pun dia nak kebas. Entah apa-apalah.
                 “Ala..apalah salahnya abang minum pun. Bukan air orang lain. Air isteri abang jugak.” jawabnya lagi tanpa sedikit pun mempamerkan wajah bersalah.
                 “Awak ni kan…ei.. dahlah…saya malas nak layan awak. Saya dah lambat ni. Saya pergi dulu. Bye,” aku bangun meninggalkannya dan melangkah menuju ke arah pintu utama. Sahel Haqimy segera menghabiskan baki airnya itu dan berlari mengekori langkah isterinya. Dia mengambil kasutnya dari dalam rak.
                 “Reen pergi sekali dengan abang ya? Kita naik kereta abang. Senang sikit. Jimat minyak,” Sahel Haqimy memberi cadangan. Memang itu yang dia inginkan. Bukan itu sebabnya pun, dia cuma bimbang akan keselamatan isterinya itu jika dibiarkan memandu seorang diri. Lagi-lagi bila sudah terlewat. Elly pernah memberitahunya yang isterinya itu pernah hampir-hampir berlanggar dengan satu kenderaan lain kerana mahu cepat sampai ke kampus.
                  Aku yang ketika itu sedang memakai kasut segera berpaling. “Tak naklah saya. Saya boleh drive kan. So, biarlah saya bawak kereta saya,” jawabku sambil terus melangkah ke arah kereta.
                  Sahel Haqimy mengerling dengan riak tidak puas hati. Hai.. bini aku ni tak habis-habis nak tunjuk independent. Dia mengomel di dalam hati.
                  “Reen..janganlah degil. Jom naik kereta abang,” Sahel Haqimy sudah pun menarik tangan Syazreen supaya mengikutnya.
                  Aku menarik semula tanganku. “Tak naklah. Saya boleh pergi sendiri. Nanti nak balik macam mana kalau saya naik dengan awak?” soalku bodoh.
                  Sahel Haqimy sudah tergelak-gelak. “ Syazreen..Syazreen. Balik nanti, dengan abang jugak la. Takkan nak balik sendiri pulak. Dah jom. No excuse ok. Nanti lambat pulak sampai kampus,” ujarnya sambil terus menonong ke arah keretanya.
                  Aku terkulat-kulat seketika. Ha’ah la..apalah punya soalan yang aku tanya. Dah tentu-tentu balik dengan dia sekali. Tapi..tak naklah naik dengan dia. Lelaki tu bukannya boleh diharap sangat. Nanti tangan-tangan sekali nak bergerak. Aku masih tegak berdiri di situ.
                  Sahel Haqimy berpaling. Dia mengeluh apabila melihat isterinya itu masih tidak berganjak. Dia melangkah ke arah Syazreen lantas mengambil kunci kereta yang berada di dalam genggaman isterinya itu.
                  Aku terkejut dengan tindakkannya itu segera bersuara. “ Sahel…Apa ni? Bagi balik kunci kereta saya tu. Saya nak pergi kerjalah. Dah lambat ni,” aku mendengus geram.
                  Dia tersengih memandangku. “ Abang boleh bagi. Tapi, dengan satu syarat.”
                  “Apa dia? Syarat-syarat. Awak ni macam-macamlah,” kataku dengan nada bosan. Syarat-syarat. Sikit-sikit syarat. Tau la pensyarah undang-undang. Ish..tak gemar betullah. Omelku.
                 “Reen bagi abang yang drive ok. Kalau tidak, abang tak benarkan Reen bawak kereta ke kampus lagi,” Sahel Haqimy membuat syarat. Itu sahaja jalan yang ada untuk membuatkan Syazreen mendengar kata.
                 Aku tersentak mendengarnya. Ewah..ewah..main ugut nampak. “Mana boleh macam tu. Awak ugut saya eh? Awak ni teruklah. Itukan kereta saya. Saya punya sukalah nak bawak ke tak. Yang awak sibuk-sibuk tu kenapa?” kataku sambil cuba merampas kemabali kunci keretaku yang berada di tangannya itu.
                  Sahel Haqimy tersenyum. “ Ok..kalau macam tu..abang tak jadilah nak bagi. So, lepas ni Syazreen tak bolehlah bawak kereta lagi. Lagi satu, abang tak ugut sayang. Abang bagi syarat je,” Sahel Haqimy menayang muka selamba. Dia ingin ketawa melihat reaksi Syazreen yang sedang memandangnya seolah-olah ingin ditelannya dia hidup-hidup.
                   Aku mendengus geram. “Yelah..yelah,” aku mengalah dengan terpaksa. Dalam hati tak henti-henti membebel. Ish..entah apa-apalah dia ni. Suka macam tu. Ingat aku tak reti nak bawak kereta agaknya. Aku membuka pintu keretaku di sebelah pemandu dan terus menghempaskannya tanda protes.
                   Sahel haqimy tersenyum senang. Dia mengambil barang-barangnya dan terus masuk ke dalam kereta isterinya itu.

Sepanjang perjalanan, aku mendiamkan diri. Malas mahu melayan lelaki disebelahku itu. Geram dengan fiil entah apa-apanya itu semakin menebal apabila dia boleh buat selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Macam takde perasaan betul la dia ni. Ish..geram betul!
                    “Apalagi yang sayang membebel sorang-sorang tu?” Sahel Haqimy menyoal sambil tersengih kecil memandang isteri kesayangannya itu. Dia tahu yang Syazreen bengang dengannya. Tapi, kalau dia tak buat macam tu jangan haraplah Syazreen nak dengar semua kata-katanya.
                     Aku tersentak. Ish dia ni ada sixth sense ke apa? Boleh je tau kalau-kalau aku tengah membebel. Malas mahu melayannya. Aku terus memandang ke arah luar. Ish..kenapalah lambat sangat nak sampai ni? Ngomelku lagi.
                     “Reen..tengah hari nanti lunch dengan abang okey?” Sahel haqimy bersuara lagi setelah tiada reaksi yang diterima isterinya itu.
                     Aku segera menoleh memandangnya dengan kerutan di dahi. “ Saya nak lunch dengan Elly lah. Dah janji dengan dia,” jawabku acuh tak acuh. Ala..dia nih, sibuk je tau. Kenapalah dia ni suka sangat nak menyibuk? Mana aku pergi, mesti nak menyibuk sekali. Cubalah bagi ketenangan sikit kat aku ni.
                     “oh yeke? Erm..kalau macam tu, ajaklah Elly lunch dengan kita sekali. Abang tak kisah. Kawan sayang, kawan abang jugak,” katanya selamba sambil tersengih memandangku.
                     Aku melopong mendengarnya. Kau memang tak kisah, tapi aku kisah. Eish..dia ni. Tak faham bahasa ke apa? Kalau dah aku kata aku nak lunch dengan Elly tu..maknanya aku tak nak lunch dengan dialah. Takkanlah itu pun tak faham kot. Aduh..sakit hati betul! Aku ingin menjawab, tapi tak jadi kerana telefon bimbitnya berbunyi.

Tengah  hari tu Elly mengajakku makan di kafetaria. Aku dengan pantasnya setuju tanpa mempedulikan kata-kata Sahel yang ingin aku makan tengah hari dengannya. Inilah peluangku  ‘melarikan’ diri dari lelaki itu untuk seketika. Aku tersengih sendiri. Sengihanku terhenti apabila ternampak kelibat lelaki itu dari jauh. Alamak..apa pulak dia buat kat sini? Aku memandang Elly meminta penjelasan. Dia tersengih-sengih memandangku.
                  “Oh…ya. Sorry Reen. Aku lupa nak bagitahu kau. Tadi Sahel pesan kat aku, kalau nak  pergi makan, dia suruh tunggu dia dulu,” kata Elly dengan wajah tak bersalahnya.
                   Aku sudah mula membuat muka. “ Elly..kau ni. Tak boleh simpan rahsia betul la. Kan aku dah kata, jangan ajak dia. kenapa kau ajak jugak?” soalku tak puas hati.
                   Elly mengerutkan dahi. “Err…correction okey. Bukan aku yang ajak dia..tapi, dia yang ajak aku. So, aku ikut jelah. Sebab dia kata dia nak belanja aku….” Elly tidak sempat menghabiskan kata-katanya itu apabila Syazreen memintas.
                    “Ok Elly..enough. kau tak payah cakap apa-apa lagi. Aku dah tau apa yang kau nak cakap,” pintasku. Aku masih lagi menunjukkan muka bengangku.
                    “Sorrylah Reen. Kali ni aku memang tak  boleh tolak. Sebab dia nak belanja aku laksa penang yang best tu. Sorry eh Reen,” dia meminta maaf kepadaku. Sebenarnya Elly sengaja berkata begitu. Kalau Sahel tidak mahu belanja pun, dia tidak kisah kerana apa yang penting hubungan Sahel dan temannya itu dapat diperbaiki seperti sebelum ini. Dia amat berharap semoga Syazreen terbuka hatinya menerima Sahel Haqimy sebagai suami.
                   Aku memandangnya dengan geram. Kalau marah pun, bukan boleh buat apa. Dah kawan aku ni jenis macam tu. Kadang-kadang aku pelik dengan Elly. Suka sangat nak menyatu padukan aku dengan lelaki itu. Entah apa yang lelaki tu dah gula-gulakan dia agaknya. Sampai semua kata-kata lelaki itu didengarnya. Ish, tak faham betul la dengan diorang ni.
                  “Sorry guys. Sorry for being late. Need to settle a few things tadi,” katanya sambil tercungap-cungap. Aku Cuma memandangnya dengan pandangan geram. Elly sudah tersengih.
                 “Well..its ok. Tapi, kalau dah lambat tu. Faham-fahamlah ye. Jangan buat-buat lupa pulak apa yang kita dah deal tadi.” Elly menjawab sambil tersenyum-senyum. Sengaja dia mahu menyakat Syazreen disebelahnya itu. Daripada tadi tak habis-habis dengan muka ketatnya.
                 Aku memandangnya dengan mata yang sengaja aku kecilkan. Dia mengenyitkan matanya pula. Aku mendengus geram.
                 Sahel sudah tergelak-gelak. “ Oh..beres. Don’t worry la. Eh…sayang Abang ni, kenapa muncung sedepa je nih? Abang tau lah Abang lambat, tapikan Abang dah mintak maaf. Sayang ni, rindu kat Abang pun..janganlah buat muka macam tu. Tak eloklah sayang.” Sahel haqimy mengusik isterinya itu. Elly yang berada di sebelahku ketika sudah terkekek-kekek ketawa.
                 Aku menjegilkan mata ke arahnya. “ Eh…tolong sikit ya. Siapa rindu kat awak ni? Jangan nak perasanlah!” aku menjeling ke arahnya sambil berpeluk tubuh.
                 Sahel Haqimy tersenyum. “yelah..yelah. ok..ok. sorry ok. Jomlah, kita pegi makan sekarang. Kesian kat Elly tu ha. Dah lapar dah dia dok menunggu kita. Ye tak Elly?”
                “Sedar takpe. Asyik nak bertekak je korang nih. Bilalah nak aman agaknya korang berdua nih kan?” balas Elly sambil tersengih memandang kami berdua silih berganti.
                Aku masih tercegat di situ. Elly sudah pun melangkah ke depan. Sahel Haqimy menggeleng-geleng melihatku. Dia melangkah menghampiriku seraya membisikkan kata-kata ini. “ Reen nak abang dukung Reen ke? Abang tak kisah. Line pun tengah clear ni.” ujarnya sambil tersenyum-senyum memandangku. Aku yang mendengar kata-katanya terus melangkah mengejar Elly yang sudah pun jauh ke depan. Sahel haqimy sudah tergelak-gelak sambil menggelengkan kepala melihat telatah isterinya itu. Syazreen..Syazreen..keras kepala sungguh sayang abang ni. Sahel Haqimy berkata-kata di dalam hati.


No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...