Thursday, April 4, 2013

~Setelah sekian lama.. (^_^) ~

Assalamualaikum wbt,

Salam jumaat penghulu segala hari. Jom ambik masa sikit, selawat ke atas nabi junjungan kita Muhamad SAW. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti. Aamin..

Dah lama sebenarnya tak main conteng-conteng kat 'teratak usang' saya ni. Hurm, busy mungkin? (Sambil angkat-angkat kening?) Mungkin jugak disebabkan busy. Busy dengan kelas. Busy dengan assignment yang masih belum ada sebarang progress(sebab saya malas dan blurr). Busy dengan quiz and upcoming test before mid term break ni. Allah.. rasa macam tak menang tangan pulak nak buat semua tu. Tapi, selamat la (saya tengah praktis untuk tidak menggunakan perkataan 'nasib baik' sebab kawan-kawan saya yang berilmu pernah menegur saya tentang ini. Katanya, biasakan menyebut Alhamdulillah... bukan 'nasib baik'..#mungkin akan diperjelaskan untuk entry akan datang..#) saya ada 'pasukan' yang mantap dalam melaksanakan kerja-kerja berkumpulan walaupun sejak dua menjak saya merasakan seolah-olah ada sedikit perkara yang memerlukan saya untuk bersabar dan lebih tabah dalam menghadapi situasi-situasi sukar yang tidak dijangka. Bukan mudah ya nak menjaga diri supaya tidak terikut-ikut dengan kerenah dan pelbagai ragam manusia di sekeliling kita yang mana dalam masa yang sama cuba jugak untuk tidak melukakan hati sesiapa.

Hari ni 5 April 2013 bersamaan dengan 24 Jamadilawal 1434H. Okey, ini pun saya sedang cuba mempraktikkannya. Di mana, saya mahu lebih mengingati bulan-bulan islam and of course la tahun hijrahnya sekali,  instead of  bulan-bulan dan tahun masihi. Doakan saya. Ada 2 quiz yang saya kena hadap. First quiz, managerial economics, done by this morning. The other one, will be on sebelah petangnya pulak untuk subjek marketing channel. That will be cover on first chapter until the 5th chapter. Fuiyoo! Gempak kot soalan quiz 5 chapter sekali gus. Seram la pulak rasanya. Baca buku pun tak habis lagi. But, i hope that.. everything will be fine. In sha Allah. Man jaada wajada. Sesungguhnya orang yang berusaha, pasti akan ada kejayaan di sebalik usahanya itu.

Oh, ya.. sedar tak sedar, dah 2 semester saya secara rasminya bergelar seorang pelajar degree. Degree eh? Macam tak percaya pun ada. Yelah, asalnya saya ni bukanlah budak pandai pun.(Ayat-ayat humble.. kononnya.. :P). Itu mind set masa zaman-zaman jahil dulu la. Mind set yang selalu nak melemahkan semangat diri sendiri atau mungkin saya boleh katakan, zaman tak reti nak bersyukur dengan apa yang ALLAH dah bagi. Dan bila dah berada di tahap ini, saya merasakan yang sebagai manusia biasa.. kita tak ada kuasa nak meramalkan masa depan kita sendiri kerana sesungguhnya hanya ALLAH yang maha mengetahui segala-galanya.  Kalau kita kata, kita ni tak pandai.. sejauh mana kita tahu yang kita tak pandai? Dan kalau kita kata, yang kita ni pandai.. sejauh mana kita tahu yang kita ni pandai? Kita tak tahu kan? So, the best thing is when you keep trying to be pandai.. and stop thinking that "aku tak pandai mana pun.. so, tak layak masuk U.."




Bagi saya, semua orang layak untuk cari ilmu.  Ilmu tu bukan setakat untuk orang pandai dan orang yang layak masuk U je. Ilmu ALLAH ni sangat luas tau. Tak payah masuk U pun, kita boleh cari dan kita boleh belajar sesuatu ilmu tu. Its all about 'nak dengan tak nak' je. Kalau nak, proceed. kalau tak nak.. don't waste it. Hah... tu dia. Macam falsafah pulak bunyinya. Hahaha. Ilmu yang Allah bagi pinjam ni sebenarnya untuk semua. Tiada istilah.. ilmu untuk orang pandai. No! Stop thinking that way. Just try to get the opportunity to find and to gain the knowledge as much as we can. Barulah boleh jadi manusia yang cemerlang dunia dan akhirat. Balance je kehidupan kita nanti kan? Hehehe.

Apa pun yang berlaku, di sinilah saya menimba ilmu. Di sinilah tempatnya saya yang kehausan ilmu ni diberi peluang menjadi salah seorang pencari ilmu. Di sinilah tempatnya saya menjadi seorang yang lebih berdikari. Saya menjadi seorang yang sabar dan tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan yang diberi. Saya belajar menjadi seorang yang lebih muhasabah diri. Di sinilah tempatnya.. UiTM yang selalu dihati.



Sebelum saya terlupa, 2 haribulan yang lepas.. birthday mak saya. Pagi tu, on the way nak ke kelas.. sempatlah saya call mak saya and wish her.. 'happy birthday mak!" Hehehe. Mak saya gelak je. (Allah.. sayu je bila cerita pasal mak bapak ni kan?). Saya beruntung sebab saya masih ada mak, masih ada ayah. And i'm proud to have mak and ayah as my parents. For me, they are such a very good parents yang saya ada. Doa saya selalu mengiringi mereka walau di mana saya dan mereka berada. Aamin. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga mak tak jemu menjaga kami adik beradik yang banyak kerenah ni. Hehehe. 

With that, "HAPPY BIRTHDAY MAK! Sayang mak laju-laju.. muah..muah... muah.. "






No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...