Saturday, April 6, 2013

Dah ada calon ke? (^_^)

Assalamualaikum wbt,

Sambil-sambil 'boring' duduk rumah sorang-sorang ni, terfikir pulak nak update blog sekangkang keraku ini. Lately, banyak sangat ujian Allah yang happened in my life. Tapi, jangan risau.. setiap kali diberi ujian oleh Allah, ada dua petanda... pertama, sebab Allah sayang kita dan yang kedua, sebab Allah masih mengingati kita. Hah.. sweet kan Allah? Dalam kita rasa yang ujian-ujian tu semua seakan-akan membebankan.. kita terlupa pulak nak say thankz kat Allah sebab bagi ujian tu kat kita dan menyedarkan kita yang kat dunia ni, sebagai manusia biasa kita memang tak boleh lari dari diberikan sedikit ujian oleh Allah. Lagipun, ujian tu kan sebahagian daripada iman. Seperti yang Allah dah firmankan dalam al-quran,

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


Jadi, buat apa nak merungut? Terima dengan hati terbuka. Kalau tak diuji, macam mana nak mantapkan iman yang kadang-kadang turun naik ni kan? Huhuhu. Kita ni, sebagai manusia bukannya tak de iman, tapi sebab iman kita ni lemah.. so, its depend on us how to improve and upgrade our iman untuk menghadapi semua ujian Allah.  

Ceh.. ceh.. tazkirah pulak kan? Bukan apa, pesan-berpesan, ingat-mengingati.. itukan sesuatu yang dituntut agama. Jadi, walaupun kita ni (lagi-lagi orang yang menulis ni) bukan ustaz atau ustazah, tak semestinya kita tak boleh sampaikan kebaikan, kan? Rasulullah pun pernah bersabda,  

"sampaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat".

 Maknanya kat sini, sesiapa pun menyampaikan kebaikan even saya, anda, dan kamu bukan ustaz or ustazah dan bukan alim ulama sekali pun. Menghidupkan agama dalam kehidupan tu satu kewajipan bagi kita umat islam ni. Barulah hidup kita balance. Bukan setakat di dunia, tapi kat akhirat jugak. Barulah boleh jadi muslim profesional. Hehehe.

Semalam, duduk borak-borak dengan mak... dan topiknya memang agak serius jugaklah. Topik yang lebih terarah ke hal-hal munakahat. Tahu tak munakahat tu apa? Mesti korang sume tahu punya. Hal-hal perkahwinan. Hahaha. This is funny sikitlah. But, don't say like this bila citer pasal hal-hal munakahat ni,

"Amboi.. bukan main gatal lagi kau kan?" 


Tolong la stop cakap macam ni. Saya dulu selalu jugak la cakap macam tu. Tapi, since saya sedar yang perkahwinan itu adalah sunnah terbesar Nabi Muhammad SAW, saya mula la menerimanya dengan lapang dada. Ceh wah, poyo pulak! Hahaha. Tapi, betul la.. setiap manusia kan Allah ciptakan berpasang-pasangan. Itu nikmat yang Allah bagi. So, we should have feeling of bersyukur sangat instead of menolak untuk membicara hal-hal sebegini. Betul tak? Hehehe.

ok, berbalik kepada isu borak-borak dengan mak saya tu. Mak bercerita pasal hantaran. Dan tiba-tiba saya cakap kat mak macam ni,

"Mak, nanti kalau orang kahwin.. mak dengan ayah jangan main sebut-sebut harga tau. Biar orang lelaki yang letak..."

Lepas mak tanya macam ni pulak?

"sape nak kahwin dengan kau? Dah ade calon?"

Glurrppp.. telan air liur sekejap. Huhuhu. Allah.. mulut pun. Masa macam ni la nak malukan tuan dia. Bila mak atau sesapa je tanya  pasal calon, saya mesti berdebar-debar. Nak kata ada calon, mana ada pun. Nak kata tak ada, memang tak ada pun. hahaha. So, nak berdebar kenapa pulak? Hahaha. Tak faham sebenarnya dengan diri sendiri. Huhuhu. So, this is my answer.

"Eh.. mana ada mak ni. Orang kata, kalau orang kahwin nanti. Mana ada calon lagi.."

Nak je cakap suruh mak carikan, tapi tak terkeluar pulak. Hahaha. 

"Kat tempat belajar tu, tak de yang nak kenen-kenen dengan kau?" Soal mak lagi.

Kenen-kenen? Hihihi. Lawak la pulak bila dengar mak sebut perkataan tu.

"Ish... mak ni. Mana ada. Orang kat sana, bukan orang kenal pun. Tak hot mana pun anak mak ni. Lagi satu, matlamatnya pegi nak belajar.. bukan nak cari-cari calon ke apa ke.."

Jawapan kalah artis! Hahaha.

"Yela... mana la tau.." Mak menjawab.

Saya buat muka selamba je. Huhuhu. Perjalanan masih jauh lagi sebenarnya. Kalau tengok wishlist saya kat sebelah kanan tu, anda akan tahu kenapa sampai sekarang Allah tak bagi saya jodoh lagi. Mungkin sebab Allah nak saya fullfil semua wishlist saya tu kot. hehehe. Who knows kan? Kita ni bukan tahu pun siapa jodoh kita. Semuanya Allah yang tentukan. So, kita doa jelah banyak-banyak supaya Allah temukan kita jodoh dengan orang yang baik dan yang paling penting beragama. Saya ni dah la dhaif lagi bab-bab ilmu akhirat tu.. jadi, saya nak la 'bakal imam' kepada makmumnya ini boleh membimbing dan memimpin makmumnya ini bukat setakat kat dunia, tapi kat akhirat jugak. Barulah boleh sama-sama masuk syurga. Kan.. kan.. kan? Hehehe. 


Kepada sesiapa yang  belum jumpa pasangannya, jangan la sedih-sedih.. jangan kalut-kalut. In sha Allah.. sampai waktunya, Allah temukan jugak kita dengan tulang rusuk kita yang hilang tu. Think positive. Takdir Allah itu takdir yang terindah. Sabar je la.. pasti ada hikmah. (^_^)



Note : Permaisuri Hati still in progress, doakan saya ye sahabat2.. saya tak harap pun manuskrip tu dibukukan.. tapi, saya akan cuba buat sampai ianya menjadi sebuah buku. In sha Allah.. moga Allah redha. 

assignment banyak..... tapi...... encik 'M' selalu mengacau.. Huhuhu.. Allah.. ujian2... 



No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...