Monday, April 29, 2013

Coretan Muhasabah diri.. (^_^)

Assalamualaikum wbt,

5.07 minit pagi! Okey.. apasal tiba-tiba pukul 5 pagi cenggini, dok tercongok depan lappy sambil menaip-naip entry di teratak yang serba usang ini? Uwaa.. al-kisahnya, tertidur lepas maghrib malam tadi dan seterusnya tersedar pukul 11.30 malam yang membuatkan diri ini masih tak boleh dan tidak dapat melelapkan mata walaupun cuma seketika. Ceh wah! Ayat yang sangat berbunga-bunga. Hahaha. Alahai.. coretan insan yang tak boleh tidur ini walaupun adakalanya agak membosankan, tetapi masih ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog saya yang tak berapa nak indah ini.

So, bila dah tak boleh tidur ni.. banyak benda yang konon-kononnya ingin dan mahu dilakukan. Antaranya, buat nota untuk subjek ENT (entrepreneurship). But, unfiortunately.. bila bukak je buku, terus-terus tak jadi nak buat nota.. sebab dah mengantuk. Allah.. Allah.. bila nak buat benda baik, ada je halangannya. So, tutup buku.. bukak pulak 'mukabuku'. This one pun sama je.. buatkan mulut ni menguap tak henti-henti. Then, lepas semua benda yang konon-kononnya yang ingin dan mahu dilakukan ini tak berhasil, kaki pun mulalah melangkah ke bilik dan..... landing! Huhuhu.. Landing punya landing, still jugak tak dapat nak lelapkan mata. Haish.. masa tu, dah menyesal dah.. kalau tak tidur lepas maghrib tadi, mesti sekarang ni tak terkebil-kebil macam cicak tertelan skru kat atas katil. Tapi, ada jugak bagusnya. Mungkin kalau tidur,  tak tertulis la entry suka-suka ni kan? Hehehe.

Allah.. terasa nikmat tidur yang Allah bagi ni, dah ditarik pelan-pelan je. So, kena lebih menghargai dan bersyukur lagi la nampaknya.

Since saya ada mood nak menulis ni, sambil-sambil bersahur dengan air coffe mix 3 in 1 yang saya bancuh dah masuk kali ke 2 ni, (patut pun tak boleh tidur! minum caffein je..) tetiba terasa nak tulis pasal benda ni,

LAGHA!!!

Allah.. tersentap rasanya hati bila dengar bait kata-kata kawan saya masa dalam kelas tadi. Katanya,

"Kita sekarang ni, banyak hidup dalam lagho.."

Allahuakhbar.. Ya Allah. Betul sangat apa yang kawan saya cakap tu. kalau kita tengok dunia kita hari ni, dan kita bandingkan pulak cara hidup kita hari ini dengan cara hidup zaman-zaman terdahulu, saya rasa lagi teruk kita yang hidup di zaman ini daripada orang zaman jahiliah dulu. Hiburan merata. Zina berleluasa. Yang perempuan, aurat tak terjaga. Yang lelaki, pintu masjid sentiasa terbuka, tapi malangnya.. ke mana mereka semua?

Sedih melihat situasi yang berlaku bukan? Sedih juga melihat umat islam sekarang yang sudah semakin jauh dari agama. Sedangkan kita tahu, yang islam itu ad-din. Islam itu cara hidup atau pegangan hidup. Kalau kita sendiri cuba memisahkan agama dari kehidupan kita, macam mana kita nak jadi umat yang berkualiti di masa-masa akan datang? 

Teringat satu pepatah arab,

"Kalau mahu melihat berjayanya sesuatu bangsa itu, lihatlah akhlak muda-mudinya."

Cuba kita tengok balik akhlak muda-mudi kita sekarang ni. Adakah kita boleh dianggap sebagai bangsa yang berjaya, kalau kita sendiri hidup tidak berpandukan agama? Saya ambik contoh paling mudah la.. hiburan. Sekarang ni, kalau kita perasan.. banyak sangat hiburan yang melalaikan daripada yang membawa manfaat. Dengan gangnam style nya, harlem shake nya la, dan yang terbaru, gwiyomi.

Semua orang seolah-olah menjadikan hiburan itu sebagai 'cara hidup' dan bukannya agama (islam) itu sendiri.   lslam tak larang hiburan. Islam tak larang kita nak berhibur, tapi... beringatlah. Jangan sampai hiburan itu buat kita jadi leka dan lalai dalam melaksanakan perintah Allah. Dunia sekarang ni kalau kita boleh tengok, kita sendiri sebagai orang islam, dah semakin jauh tersasar. Dan bila dah semakin jauh tersasar, kita jadi semakin jauh dengan Allah. Selalu saya terfikir, andai Rasulullah masih ada.. law kana bainana.. mesti baginda tersangatlah sedih melihat apa yang berlaku di kalangan umatnya sekarang ini.

Kita nak syafaat dari Rasullullah kat akhirat nanti, tapi kita tak buat pun apa yang Rasulullah suruh...apa yang Allah suruh. Yang Allah larang.. yang Allah tak bagi buat tu la.. yang kita tergedik-gedik nak buat.

Saya pun bukanlah baik sangat. Saya pun pernah khilaf. Saya juga pernah tersasar. Tapi, Alhamdulillah.. tanda-tanda Allah itu maha penyayang, bila DIA beri saya kesempatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kalau dulu, aurat tak sempurna terjaga, saya mula ambik berat. Saya mula pakai tudung labuh. Saya mula pakai stokin di kaki dan di tangan juga. Sebab apa? Sebab saya tahu Allah sayang saya, Allah sayang kita semua. Jadi, sebagai balasan kasih sayang Allah tu, apa yang kita kena buat? Kita ikutlah apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang. In sha Allah.. kita boleh berjaya menjadi umat yang cemerlang bukan kat dunia je.. kat akhirat jugak.

Dalam khutbah terakhir Rasulullah, baginda ada menyebut,

"Hiduplah berpandukan Al-quran dan as-sunnah.."

Sekarang ni, kita tanya diri kita balik.. adakah hidup kita selama ini berpandukan Al-quran dan as-sunnah? Tepuk dada dan tanya iman kita.

Jom berubah! Sama-sama menuju mardhotillah.. Moga Allah redha.. ;)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...