Monday, April 15, 2013

Menulis : Bukan Kerana Nama 2

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk terus bernafas di atas muka bumi Allah ni. Nikmat yang diberi ini tersangatlah perlu disyukuri. Thank you Allah. Thank you Rasulullah.

Bila difikir-fikirkan balik, apa yang kita 'beri' kembali kepada Allah dengan segala nikmat yang DIA dah limpahkan kepada kita hambaNYA yang serba berdosa ini? Tak terbayar rasanya segala nikmat Allah itu.

Semoga kita tidak menjadi manusia yang sombong dengan Allah. Aamin. In sha Allah.

Ada sesuatu yang nak saya kongsikan. Masa sedang 'berfacebook' tadi, saya disapa oleh seorang teman menerusi IM (Instant message). Kata-katanya berbunyi begini,

"salam , awak x kenal sy..sy just nk bgthu.status awak sllu bagus2..kdg2 memberi motivasi kpd sy..syukran.."

Tersenyum-senyum saya membacanya. Terima kasih untuk 'pujian' itu. Allahuakhbar.. pujian itu tak layak untuk saya sebenarnya. Sesungguhnya segala puji itu, Allah juga yang paling layak menerimanya. Saya teringat kata-kata makcik saya, ketika itu saya mengatakan kepada beliau, saya sudah penat mahu menulis. Sebab saya risaukan pandangan orang. Saya takut orang jemu, jelik dan meluat membaca status-status saya yang 'poyo' itu. Makcik saya menjawabnya begini,

"Jangan jemu menulis untuk kebaikan.."

Kata-kata itu memberikan saya satu semangat untuk terus menulis sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Saya selalu mengingatkan diri, kalau menulis, tulislah yang baik-baik saja. Itu prinsip yang saya guna pakai ketika mula-mula 'berkecimpung' dalam 'bidang' penulisan ini. Bagi saya, tulisan yang baik itu adalah apabila seseorang penulis itu menulis sesuatu yang mengajak pembacanya ke arah kebaikan, bukannya keburukan. Itulah yang saya cuba dan in sha Allah akan selalu praktikkan. Dakwah itu bukan tugas ustaz atau ustazah saja, tetapi tugas semua orang tak kira latar belakang. Saya mungkin tak berpeluang untuk menjadi pakar dalam bidang agama, tetapi saya boleh menyumbang sesuatu untuk agama. Dan kalau dengan menulis ini, membolehkan saya menyumbang sesuatu untuk agama, apa salahnya untuk saya teruskan usaha?

Saya menulis bukan kerana nama, saya menulis kerana ini minat saya. Pernah seorang teman bertanya,

"Status kau kat facebook tu, selalu panjang2 kan?"

Saya jawab,

"Sebab aku suka menulis.."

Ya.. memang saya suka menulis. Bagi saya, menulis itu satu kepuasan yang tak dapat saya perolehi di mana-mana. Bagi saya, menulislah kalau itu boleh buat kamu suka. Menulislah kalau itu boleh buat kamu gembira. Menulislah.. walaupun kadang-kadang, orang tak berapa suka. Itu bukanlah perkara utama, sebab yang paling utama, adalah apa yang ditulis itu Allah suka.

Andai satu hari nanti, di akhirat sana.. kita ditanya, apa sumbangan kita terhadap agama? Mungkin usaha yang sedikit ini dapat membantu kita. So... teruskan buat something yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang... dan teruskan dengan usaha kita untuk menyampaikan kebaikan walaupun cuma sepotong ayat.

Moga Allah redha dan semoga dijauhkan dari sebarang penyakit hati, riak, takbur dan sombng. Itu doa saya hari-hari. Semoga kita semua menjadi khalifah yang sebenar-benarnya di muka bumi Allah ini. In sha Allah.. aamin.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...