Monday, April 2, 2012

Pilihan Pasangan : Yang Beragama Atau Yang Dah Dikenali?

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian? Lama rasanya tak mencoret sesuatu untuk teratak usang saya ni. Tanggungjawab sebagai pelajar, memang selalu saja membataskan waktu saya untuk menumpukan perhatian terhadap ‘tugas’ yang diberi ini (menulis). Sekarang pun, saya masih dalam mood final exam dan saya percaya, bukan saya sahaja yang sedang melalui musim final exam ni.. tapi, kawan-kawan seangkatan dengan saya jugak, mungkin ada yang sedang berhoneymoon dengan peperiksaan masing-masing kan? Hehe. Doa saya untuk kawan-kawan semua, semoga berjaya.. We do our best.. let’s ALLAH do the rest! InsyaAllah.

Untuk kali ni, saya terpanggil nak menulis satu topik yang agak menarik saya rasa. Apa yang menariknya? Hah.. ini yang saya nak ceritakan ni. Saya tak tahulah kenapa, tapi sejak dua menjak ni.. isu kahwin semakin hebat pulak diperkatakan. Mana-mana pergi pun, mesti heboh orang dok cerita pasal kahwin. Sampaikan nenek saya yang baru balik mengerjakan umrah tu pun, bila saya tanya...

“Wo.. wo, doakan untuk orang tak masa kat sana?”

“Eh.. mestilah.. semua wo doakan.. wo doakan cucu-cucu wo yang dah besar-besar ni.. cepat-cepat dapat jodoh.. cepat-cepat kawen..”

Saya dah tersengih-sengih je bila dengar jawapan nenek saya tu.  Dalam hati, ‘Alahai wo.. doa pasal kahwin jugak ke?’ Apa pun, terima kasihlah dekat wo sebab doakan yang baik-baik macam tu.  Berbalik ke topik utama saya tadi tu, bukanlah saya nak kupas sedalam-dalamnya makna di sebalik sebuah perkahwinan tu.. sebab saya sendiri pun bukanlah arif lagi bijaksana dalam hal-hal yang macam tu. Cuma yang saya nak perincikan kat sini, pasangan yang macam mana yang kita nak jadikan suami atau isteri? Bukan ciri-ciri pasangan yang saya nak tuliskan, tapi lebih kepada pasangan yang macam manakah yang perlu kita pertimbangkan dalam mencari calon suami atau isteri.


Pernah seorang kawan bertanya kat saya,

“kalau diberi pilihan antara orang yang beragama dan orang yang saya dah kenal, yang mana satu jadi pilihan?

Saya katakan, saya pilih yang beragama. Sebab, bila saya pilih yang beragama.. orang tu boleh bimbing saya dunia dan akhirat. Yang saya kenal, belum tentu boleh bimbing saya dunia akhirat, walaupun tempoh perkenalan tu dah lama. Lain pulak jawapannya dari kawan saya tu. Dia kata, dia pilih orang yang dia dah kenal. sebab,bila dia pilih orang yang dia dah kenal.. dia dah tau hati budi orang tu.

Bagi saya, tak salah kalau pilih orang yang kita dah kenal pun.. kalau orang tu ada ciri-ciri yang dikehendaki serta yang membolehkan dia untuk menjadi pembimbing kita dunia dan akhirat. Dan tak salah jugak kalau kita pilih yang beragama walaupun kita tak kenal orang tu lagi. Betul tak? Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

Jika datang seorang lelaki yang diyakini agamanya, maka seorang perempuan itu wajib menerima lamaran lelaki itu. Jika tidak, nescaya akan berlakulah keburukan di muka bumi ini.

Kahwinilah seorang wanita itu, kerana empat perkara iaitu keturunannya, kecantikkannya, kekayaannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya akan beruntunglah kedua-kedua tanganmu.

Hadis-hadis yang dinyatakan di atas ni sudah terang-terang menyuruh kita untuk memilih pasangan yang macam mana untuk kita jadikan suami atau isteri. Dan bila kita disuruh untuk memilih yang beragama, redhalah dengan pilihan itu kerana sesungguhnya pilihan itu adalah yang sebaik-baiknya. InsyaAllah.

Bila isu ni diperkatakan, mesti ada soalan yang macam ni,

“Macam mana nak kahwin dengan orang yang kita tak kenal. Dahlah tak kenal.. lepas tu, nak suruh kahwin pulak.. tak bahaya ke?”

Atau mungkin jugak akan ada kata-kata yang macam ni..

“Hish.. macam zaman dulu je kahwin dulu baru bercinta.. tak best la macam tu..”

                        


Saya sendiri lebih tertarik dengan konsep yang islam bawa, iaitu taaruf. Dalam islam, kita memang tak dibolehkan bercinta sebelum kahwin.. tetapi, kita masih boleh bertaaruf iaitu berkenal-kenalan dengan pasangan kita tu sebelum bersetuju untuk bernikah. Jadi,  isu tak kenal atau belum kenal tu bagi saya, tak perlu ada kot. Taaruf itu dah membawa kepada perkenalan antara kita dengan bakal suami atau isteri masing-masing. Buat apa nak melanggar syariat dan batasan agama, kalau agama kita sendiri dah memudahkan jalan untuk kita dengan memperkenalkan konsep taaruf dalam proses mengenal hati budi pasangan?  Betul tak?

Baru-baru ni, saya sempat menonton rancangan kuliah maghrib yang disiarkan di TV Alhijrah. Saluran favourite saya tu sebenarnya. Saya tak berapa ingat nama penyampainya, tapi saya ingat tajuk kuliahnya ketika itu. Berkenaan dengan yang halal dan haram. Antara yang diperkatakan adalah tentang bercouple sebelum nikah dan perkahwinan di usia muda.  Antara sebab berlakunya maksiat, adalah kerana ibu bapa tak menggalakkan anak-anak mereka untuk berkahwin di usia muda. Bagi ibu bapa, anak-anak ini masih belajar dan masih belum boleh diberikan tanggungjawab untuk menjadi ketua keluarga. Sedangkan di negara barat, remaja lelaki yang berumur 18 tahun, sudah pun menggalas tanggungjawab untuk menjaga keluarga dan dalam waktu yang sama, masih ke sekolah untuk meneruskan pengajian mereka. Bukan tu je, dalam kuliah tersebut pun ada menceritakan tentang ibu bapa di negara Arab yang menyokong anak-anak mereka yang ingin berkahwin di usia muda walaupun masih belajar serta diberikan ‘pertolongan’ lagi dengan membenarkan anak yang dah berkahwin tu untuk menetap dengan ibu bapa sebelum tamat belajar atau sebelum dapat pekerjaan yang membolehkan dia untuk menanggung keluarga sendiri.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

Antara tiga perkara yang perlu disegerakan, solat di awal waktu, mengebumikan jenazah orang yang meninggal dan berkahwin sekiranya sudah berjumpa dengan orang yang diyakini agamanya.

Jadi, kesimpulannya kat  sini.. kenal atau tidak, yang penting agamanya. Dalam islam dah diperkenalkan konsep taaruf iaitu berkenal-kenalan. Melalui itu, saya percaya segala apa yang  kita inginkan akan lebih mendapat keberkatan dariNYA kerana yang layak menilai hati budi seseorang itu bukan kita, tetapi DIA. Jangan takut untuk berkahwin di usia muda, kerana itu memang digalakkan di dalam islam. Hah? Risau pandangan orang? Jangan risaukan pandangan orang kat kita.. tapi, risaukan pandangan ALLAH kat kita. Semoga apa yang ditulis ini dapat kita manfaatkan bersama. InsyaAllah. 

Pesanan penaja : ‎"Lelaki yang tidak pernah menjatuhkan lututnya untuk solat, tidak berhak menjatuhkan lututnya untuk menyarung cincin ke jari manis seorang wanita"



err.. nak sambung sikit lagi..


"Lelaki yang baik, adalah lelaki yang tak mention I miss you, I love you kat wanita yang belum sah jadi isteri dia... dan wanita yang baik jugak.. tak layan kata-kata I miss you, I love you dari lelaki yang belum sah jadi suami dia...(^_^)



2 comments:

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...