Monday, January 2, 2012

~Si Kedekut Cinta~


                                                        Bab 2

“Ila.. asal tempat ni gelap semacam je? Macam tak de orang pun. Kau biar betul Ila. Aku seramlah. Jom kita balik weh. Sunyi kot. Takde orang joging pun.” Kataku sebaik saja kaki melangkah ke kawasan rekreasi yang berdekatan dengan tempat tinggal kami itu.
     Nabila yang mendengar kata-kata rakannya itu segela menoleh sambil ketawa kecil. “Heish.. kau ni. Nak takut apa? Memang la sekarang ni tak ramai orang lagi. Kau tengok la pulak jam sekarang pukul berapa? Baru 6.45 kot. Memanglah gelap. Lagipun, hari ni cuti. Orang tengah sedap membuta la tu. Tak pun diorang balik kampung. Berjoging kat kampung. Mana kita tau kan?” Balas Nabila dengan panjang lebarnya.
     “Yeke? Pandai la kau. Entah-entah memang takde orang datang sini berjoging. Kau je yang rajin sangat ajak aku datang sini.” Kataku lagi. Tak puas hati lagi ni. Apsal tak ramai orang erk? Gerutuku di dalam hati.
     “Weh..makcik! Dah..tak payah nak fikir-fikir bagailah. Tu la.. time aku ajak jogging..kau bagi macam-macam alasan. Penatlah. Nak rehat la. Apalah. Now. nak banyak tanya pulak eh? Aku tahu la tempat ni ok ke tak. Aku yang rajin datang sini. Lain kali, kalau aku ajak..ikut je. Tak payah nak berdalih-dalih sangat. Sekarang ni kan dah buat spekulasi sendiri. Dah..dah..aku tak nak dengar lagi. Jom, start.” Nabila segera memulakan larian sebaik menghabiskan kata-katanya.
     Aku masih termangu-mangu seorang diri dibelakang. Nabila sudah jauh ke hadapan. Aku memandang sekelilingku. Erk..seram je tempat ni. “Ila..tunggu!” Jeritku sambil berlari mengejarnya.
“Aduh..penatnya.” Ujarku sebaik melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di kawasan rekreasi itu. Aku mengipas-ngipas diriku dengan tuala kecil yang memang sengaja aku bawa.
      Nabila tersengih memandangku sambil menggelengkan kepala. “Hai.. kau ni. Baru lari sikit dah penat. Macam nenek la kau ni. Weh, nenek aku pun still kuat tau bab jogging-joging ni. Apa la kau. Buat malu aku je.” Kutuk Nabila sambil menolak bahu teman baiknya itu.
       Aku memandang nabila dengan kerutan di dahi. “Wah.. hebat nenek kau erk? Aktif lagi berjoging. Tabik spring la aku kat nenek kau kalau macam ni. Tapi, serius la. Memang penat weh. Maybe sebab aku dah lama tak berlari macam ni kot.” Kataku sambil membetul-betulkan tudung hitam yang ku pakai itu. Mungkin sudah tidak senonoh rupanya tudungku itu apabila dibawa berlari tadi.
     “Itulah kau. Lain kali, rajin-rajinkan diri pergi bersenam. Ini tidak..asyik duk terperap je kat  rumah. Kau tak bosan ke?” Leter Nabila..
     “Nak bosan apa kebendanya? Duduk kat rumah tu lagi best daripada aku duk merayau tak tentu hala tu. Lagi penat tau tak.” Balasku sambil mataku merayap memandang keindahan alam ciptaan Tuhan yang memang terserlah keindahannya di pagi hari sebegini.
     “Yelah.. tapi, cubalah kau bawak-bawak keluar jugak. At least, biar terbukak sikit minda kau tu. Ini tidak, balik kerja.. masuk bilik. Lepas tu, tidur. Nasib baik tak kembang setaman badan kau tu. Kalau tak, habislah...” Nabila memberhentikan kata-katanya sambil tersengih-sengih memandangku.
     “Habislah apa pulak?” soalku hairan.
     “Habislah MyVi SE  kau tu. Kena trade in kereta lain la jawabnya sebab tuannya dah mengembang. Tak muat nak masuk!” Kata Nabila sambil ketawa berdekah-dekah.
     Kurang asam minah ni. Kutuk kereta kesayangan aku tu. Biadap betul! Gerutuku di dalam hati. “Weh... tolong sikit eh. Even aku kuat tidur pun, badan aku still maintain ma.” Hujahku tidak mahu kalah. Tapi, memang betul pun. Rasanya Nabila pun tahu aku punya selera makan macam mana. Dan kalau pun selera makan aku tu dah macam orang mengandung yang asyik mengidam nak makan tu, nak makan ni.. tapi, badanku tetap macam tu. Alhamdulillah, aku tak perlu nak susah hati untuk berdiet macam yang kebanyakkan orang selalu buat tu.
     Nabila tergelak-gelak melihatku. Aku memandangnya dengan pandangan geram sebelum turut menghamburkan tawa. Ketika sedang sibuk bergelak ketawa itu, tiba-tiba aku terpandangkan seorang perempuan tua yang sedang dimarahi oleh seorang perempuan muda. Di sisinya berdiri tegak seorang lelaki yang juga masih muda. Riuh rendah bunyinya. Nabila turut menghalakan pandangannya ke arah wanita itu.
     Aku dan Nabila berpandangan sesama sendiri. “Apahal tu?” soal nabila.
    Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. “Entah..apasal entah. Ada la halnya tu.” Balas aku sambil terus memerhatikan drama yang macam masih belum nampak kesudahannya. Hati aku rasa  kasihan pula melihat wanita tua tu dimarahi oleh perempuan yang lebih muda  itu. ‘Hish..apa hal la minah tu? Takkan dengan orang tua pun tak leh nak kompromi kot. Yang lelaki kat sebelah tu, apa kes pulak ? Jadi pak pacak aje ke? Tak reti-reti nak bersuara ke apa?’ Omelku. Aku memang pantang tengok orang yang tak reti nak hormat orang yang lebih tua ni. Emah dan ayahku juga cukup marah apabila anak-anaknya tak tahu nak menghormati orang yang lebih tua. Kata ayah, ‘tak kira siapa pun orang tu, tua ke muda.. tetap kena hormat.’ Emak juga selalu memberikan peringatan yang sama kepadaku.’
     “Lya, jomlah balik. Tengah hari nanti aku ada hal.” Usul Nabila.
     Aku tersentak seketika. “Erm.. kita tunggu kejap boleh tak?” kataku sambil memandang temanku itu.
     “kenapa pulak?” soal nabila hairan.
    “Tu.. kau nampak tak makcik dengan manusia dua orang tu? Dari tadi lagi kat situ. Macam takde ending je drama diorang tu. Kesian la pulak aku tengok mak cik tu.” Kataku lagi.
    Nabila turut memandang ke arah yang sama. “Ha’ah la.. kenapa erk? Besar sangat ke masalah tu.. sampai tak leh nak settle?” Nabila menyoal.
   Di satu sudut, wanita muda itu masih tidak mahu mengalah. “Eh, orang tua. Lain kali, kalau jalan tu.. tengok-tengoklah orang sikit. Main langgar aje. Kau tengok apa kau dah buat dengan baju aku ni. Baju ni mahal tau tak?” jerit perempuan muda itu. Lelaki muda yang di sebelahnya cuba untuk menenangkan perasaan sepupunya itu.
    “Maya, sudah la tu. Makcik ni dah mintak maaf kan? Baju you tu tak kotor mana pun. Balik nanti boleh basuh. Dah la... tak baik tengking-tengking orang tua macam ni. I tak suka ok.” Lelaki muda itu bersuara akhirnya apabila melihat kebiadaban sepupunya yang makin terserlah.
      Wanita yang dipanggil Maya itu membuntangkan matanya ke arah lelaki itu. “Ammar.. you tahu tak, baju I ni mahal. This orang tua, dah kotorkan baju I tau tak? Yang you nak menangkan orang tua ni kenapa? I tak kira, I nak dia ganti balik baju I ni.” Balasnya tanpa ada belas kasihan.
     Wanita tua itu segera meminta maaf. “Maafkan makcik nak. Makcik tak sengaja. Makcik betul-betul tak sengaja. Makcik tak mampu nak bayar nak. Tolonglah makcik. Makcik tak ada duit.” Ujar Makcik itu sambil merayu-rayu. Dia tahu salahnya kerana menumpahkan air ke baju wanita muda itu. Tetapi, dia memang tak sengaja. Ketika itu dia mahu bangkit untuk membuang bekas air yang sudah pun diminum itu. Tanpa disedari, dia dilanggar daripada belakang. Lalu sisa air yang masih ada itu tertumpah mengenai baju salah sorang anak muda yang melanggarnya dek kerana  terlalu terkejut.
     Lelaki yang dipanggil Ammar itu berasa simpati melihat makcik itu. Dia sangat-sangat tak setuju dengan apa yang telah dilakukan oleh sepupunya itu. Lalu dia menghampiri makcik itu lalu menenangkan wanita tua itu.
    “Mak cik.. Mak cik, jangan risau. Mak cik tak perlu bayar apa-apa. Lagipun tak ada apa sangat pun dengan baju tu. Setakat kotor je. Rosak pun tak. Mak cik jangan risaulah.” Katanya sambil memberikan isyarat mata  ke arah sepupunya supaya menarik balik kata-kata pedasnya itu.
    Maya yang melihat situasi itu jadi tidak puas hati. Kenapa Ammar beria-ia memenangkan perempuan tua itu? Dia sudah naik berang. “Ammar.. kenapa You bela sangat orang tua ni? I tak kira, I nak dia ganti jugak baju I.  Kalau tak nak jugak, I nak orang tua ni melutut depan I.” Katanya dengan nada sombong dan angkuh.
    “Maya! Apa yang You merepek ni? You better control yourself. That was an accident ok. Yang you sampai nak suruh mak cik ni melutut depan you ni, apa hal pulak?” Ammar Haqim menempik sepupunya itu. Geram pulak dengan fiil wanita itu yang dirasakan sudah keterlaluan. Dalam hatinya sekarang, tiba-tiba terbit rasa penyesalan yang teramat sangat kerana bersetuju untuk menemani sepupunya itu berjoging pagi ini. Kalau tahu perangai tak semenggah sepupunya itu, mintak ampunlah dia nak ikut.
    I tak kira. Dia dah buat salah. So, pandai-pandailah nak  mintak maaf. And I hanya akan maafkan orang tua ni, bila dia melutut depan I je.
    Wanita tua itu terkejut mendengarnya. Hati tuanya berasa tersangatlah pilu. Namun, menyedari kesalahan yang telah dilakukan, dia rela. Asalkan wanita muda itu boleh memaafkannya.
      “Tak apalah nak. Mak cik sanggup. Asalkan makcik boleh dimaafkan.” Kata wanita tua itu perlahan sambil mengesat air matanya.
    Ammar  memandang wanita tua itu sambil menggelengkan kepalanya. “Makcik, makcik tak payah buat semua tu. Saya mintak maaf bagi pihak sepupu saya ni. Mood dia tak barapa baik hari ni. Mak cik abaikan je kata-kata dia ya.” Ammar Haqim menahan wanita tua itu. Orang sudah mula ramai. Dan ada yang sedang sibuk memerhatikan adegan yang berlaku itu. Ada juga yang seolah-olah memandang geram ke arahnya. Dia tidak mahu dilabel kurang ajar terhadap orang tua. Ammar Haqim menyumpah di dalam hati. Pandangan geramnya dilemparkan ke arah sepupunya yang masih tercegat di situ tanpa rasa bersalahnya. 
    Aku hanya memandang. Tiba-tiba makcik tu seakan-akan mahu berlutut memegang kaki perempuan muda itu. Aku sudah tidak senang melihatnya. “Eh..ini dah lebih ni.”Aku lantas bangun lalu menuju ke arah ‘set penggambaran drama’ yang ala-ala macam drama melayu petang-petang itu. Pantang sungguh aku bila tengok manusia yang tak reti nak beradab nih. Kalau tak reti sangat nak beradab, meh sini aku kasi ajar. Pantang nenek moyang keturunan aku weh. Aku membebel di dalam hati.
    Nabila yang terpinga-pinga melihat temannya itu segera mengekori. “Weh..Lya, kau nak pergi mana?”
    “Aku nak pergi buat kerja-kerja menyelamat. Minah tu biadap sangat kau tau tak. Dia ingat dia siapa, sampai makcik tu nak kena hormat dia sangat-sangat?”
   “Weh.. kau jangan buat pasal. Tok sah la dok campur hal orang. Entah-entah diorang tengah acting ke apa ke. Mana kita tahu.”
   “Acting kejadah apanya, kalau dah dia orang je kat situ.” Balasku pantas. Tak relevan langsung assumption yang si Nabila ni buat. Acting apa bendanya pagi-pagi buta ni. Lagipun, memang tak nampak apa-apa kamera pun kat sekitar tempat ni.
    Nabila yang masih terpinga-pinga itu sekadar menggaru-garukan kepala. Lantas dia turut mengejar Alya yang sudah jauh ke depan. Ish, si makcik ni. Kot ye pun nak gi selamatkan orang. Tunggulah aku dulu. Aduhai.
     “Assalamualaikum, maaf kalau saya mengganggu. Tapi, antara sifat-sifat seorang manusia ialah, dia ada perasaan belas kasihan sesama manusia. Terutamanya kat orang yang lebih tua. Awak berdua ni, takde perasaan belas kasihan ke kat orang yang lebih tua?” terjahku tiba-tiba. Rasa geram sebentar tadi cubaku atasi dengan ayat-ayat lemah lembutku ini. Ish, asal pulak la tetiba boleh jadi sangat sopan santun ni. Bukan tadi beria-ia ke nak marah mamat dengan minah senget ni. Ah, lantaklah. Bisik hatiku.
    “Waalaikumusalam..”Ammar terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba itu tapi sempat jugak dia menjawab salam yang diberi. Dia terpaku melihat dua orang wanita yang lengkap berpakaian sukan tercegat di hadapannya. Dan dia yakin salah seorang daripada wanita itu yang menegurnya. Nabila sudah pun mendapatkan makcik itu sambil cuba membantunya bangun.
     Maya yang berang ditegur sebegitu terus menyergah. “Hei perempuan! You tak payah sibuk hal orang. Ini antara i dengan this orang tua okey. So, you may leave now!” kata Maya dengan angkuhnya.
    Aku tersentak dengan sergahannya itu. Ewah..ewah.. cantik betul bahasa minah ni. Tak pe Lya. Sabar..sabar. Aku cuba memaniskan muka sambil tersenyum memandang minah senget itu. Lelaki yang berada di sebelahnya itu ku pandang sekilas.
    “Maaf cik.. tapi, saya rasa benda ini akan jadi hal saya jugak. Sebab saya kurang gemar tengok orang muda tak tahu nak hormat orang yang lebih tua. So, boleh saya tahu, apa yang mak cik ni dah buat sampaikan dia kena melutut depan awak berdua ni?” soalku sambil memandang mereka silih berganti. Mataku tertumpu ke arah lelaki yang dari tadi hanya bertindak menjadi pemerhati. ‘Yang mamat ni apa hal pulak? Pandang-pandang.’ Aku cuba menenangkan diri. Entah-entah dia geram kot aku duk kacau drama diorang ni. Lepas tu yang lelaki tu tengah dok tunggu masa je nak belasah aku pulak. Eh..takkanlah. Muka nampak macam tengah rasa bersalah je. Ah..lantaklah. peduli apa aku. Yang penting, nasib mak cik ni terbela.
     “Maafkan kami cik. It was just an accident. Salah kami sebenarnya sebab jalan tak tengok depan. Lepas tu terlanggar mak cik ni and then, mak cik ni kebetulan tengah pegang air. So, air tu tertumpah kat baju sepupu saya. Saya dah maafkan, tapi...”
   “Tapi I takkan maafkan selagi orang tua ni tak melutut depan I.” Celah Maya tiba-tiba. Sakit hatinya apabila melihat Ammar beria-ia menyatakan kemaafannya. Walhal dia masih tidak berpuas hati.
   “Maya! Can you please stop it. Benda kecik je kan. Yang nak besar-besarkan sangat ni aphal?” marah Ammar. Malu sungguh dia rasakan saat ini. Malu dengan mak cik yang memang terang-terang tak bersalah itu dan dalam masa yang sama, malu dengan wanita yang menegur perbuatan mereka itu. Dia tak tahu kenapa, tetapi hatinya terasa sesuatu apabila terpandangkan wajah wanita itu.
     ‘Oh.. baik hati rupanya. Aku ingat, kau pun sekapal jugak dengan minah senget ni. Dalam hatiku memuji sikap baik lelaki itu. Eh..mana boleh. Entah-entah saja je nak tunjuk baik.’ Bisik hatiku.
     “Woi perempuan.. agak-agaklah sikit. Kau ingat kau tu siapa ha, sampai nak suruh orang melutut bagai depan kau?” Jerkah Nabila tiba-tiba. Dia yang dari tadi berdiam diri, sudah tidak tahan lagi mendengar kata-kata angkuh wanita muda yang perasan hebat itu. Berdesing telinganya mendengarkan kebiadaban wanita itu. Manusia ke hape dia ni? Omel Nabila di dalam hati.
   Aku menyabarkan Nabila. “ Ila..” tegurku sambil memandang ke arah temanku itu.
   “Dia ni biadab sangatlah, Lya. Dia ingat dia siapa agaknya.” Kata Nabila sambil menunding jari ke arah wanita muda itu.
    “Ya..aku tahu. Tapi, kan lebih elok kalau kita tak tinggi suara dengan dia. Sebab, Ustazah aku dulu pernah kata, kalau kita tinggikan suara masa tegur perbuatan salah orang, kita pun tak ada bezanya dengan diorang. Kita pun nanti akan dilabel sama macam diorang.” Kataku sambil tersenyum-senyum memandang wanita muda itu. Sengaja ditekan kata-katanya itu.
    Nabila yang mahu bersuara lagi terpaksa mengalah apabila mendengar kata-kata temannya itu. ‘Nasib baik member aku ni ada. Kalau tak, memang habis perempuan ni aku karate. Hish, cakap ikut sedap mulut dia je.’ Nabila membebel di dalam hati.
   Maya yang terasa disindir itu sudah mula berang. Dia sudah mahu menampar Alya yang kelihatan tenang itu, namun tangannya dihalang oleh Ammar. “Maya, enough! I said enough, enough! Kalau tak, this is the last time i jumpa you. I really mean it!” Ammar mengugut sepupunya itu. Memang itu pun yang akan dilakukan sekiranya Maya masih tidak mahu berhenti.
   Maya memandang ke arah sepupunya itu dengan pandangan tak puas hati. Dia ingin bersuara lagi, namun apabila terpandangkan muka serius sepupunya itu, dia membatalkan niatnya. Takut sekiranya Ammar benar-benar mengotakan apa yang dikatakan sebentar tadi. Dia tidak sanggup kalau Ammar membuat keputusan tidak mahu berjumpa dengannya.
    “Sudahlah nak. Makcik yang salah. Makcik punca semua ni berlaku. Makcik minta maaf banyak-banyak. Makcik rela dihukum. Makcik rela.” Wanita tua itu kelihatan mengesat air matanya dengan hujung lengan baju kurung yang dipakainya. Nabila disebelah cuba menenangkan wanita itu. Aku sudah berasa sebak melihatnya. Aku turut menenangkannya sambil mengusap-usap bahunya.
   Ammar yang melihatnya turut berasa bersalah. Kalau dia tak berdiam diri dari tadi, tentu perkara ini tak terjadi. Kesal kerana tidak tegas dengan Maya. Dia meraup mukanya dengan tapak tangan.
    “Mak cik, mak cik jangan nangis ya. Bukan salah mak cik. Salah saya. Saya yang patut mintak maaf kat mak cik. Makcik jangan risau. Kami takkan mintak ganti rugi. Maafkan sepupu saya ni jugak ya.” Ammar cuba memujuk wanita tua itu. Dia lantas menarik tangan Maya supaya memohon maaf juga atas kekasarannya sebentar tadi terhadap wanita itu.
   “Maya.. please...” Ammar menyeru nama sepupunya itu.
   Maya menjeling ke arah wanita tua itu. “This time you win. Lain kali, jangan harap I nak mintak maaf macam ni kat you.” Katanya dengan nada angkuh sambil terus berpaling meninggalkan tempat itu. Sebelum itu, sempat dia memberikan jelingan tajam ke arahku dan Nabila yang berada di sisi wanita itu.
    Aku membalasnya dengan sedikit senyuman sinis. Nabila pula sempat menjelirkan lidah ke arah wanita sombong itu. “This time you win..Blah la weh. Kau ingat kau bagus sangat ke? “ kata Nabila sambil tergelak kecil. Sempat dia mengajuk kata-kata wanita itu.
    Aku ketawa melihat gelagat Nabila. “Ila.. dah. Enough. Kau nak aku cop kau sama macam aku cop dia tu ke?” tegurku apabila melihat Nabila semacam masih tidak bepuas hati.
   “Maafkan saya. And maafkan sepupu saya tu jugak. she’s not in a good mood actually. Whatever it is, sorry again.” Katanya kepadaku sambil terus mengekori langkah sepupunya yang sudah jauh ke depan.
   Aku dan Nabila berpandangan sambil mengangkat bahu. Ah, lantaklah. Janji settle masalah. Kami berdua mendapatkan wanita tua tadi. “Mak cik tak apa-apa?” soalku sambil membawanya duduk di kerusi yang berdekatan.
   “Mak cik tak apa-apa nak. Terima kasih. Terima kasih sebab tolong makcik. Terima kasih banyak-banyak nak.” Wanita itu bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih kepada kami.
   “Tak pe makcik. Dah memang tanggungjawab kami.” Jawabku.
  “Ye makcik. Tok sahlah ucap-ucap terima kasih. Kalau kami tak tolong pun tadi, memang akan ada orang lain yang tolong.” Nabila mencelah sambil melemparkan senyuman kea rah makcik itu.
    “Syukur Ya ALLAH. Ada jugak anak muda yang baik hati macam kamu berdua ni. Terima kasih sekali lagi. Makcik mintak diri dulu ya.”
    Setelah memastikan yang wanita tua itu selamat, aku dan Nabila segera mengangkat kaki untuk pulang kerana Nabila ada temu janji dengan tunangnya tengah hari nanti

P/S : ingat lagi tak pasal Si Kedekut Cinta? Ini bab yang ke 2.. so, hope enjoy membacanya. Err.. Permaisuri Hati still in progress. Dah siap nanti saya postkan ye. Hehe. Sorry. Saya ni tersangat la pemalas nak update cerita bila mood malas tu bermaharajalela.. hik3..(^_^)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...