Monday, July 11, 2011

~permaisuri hati~

                                            bab 27 

Sedar tak sedar, sudah lebih 6 bulan aku dan Sahel menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Hubungan kami masih seperti dulu. Aku masih dengan sikap dinginku dan Sahel masih dengan sikapnya yang ceria sentiasa. Kadang-kadang, kami boleh bergurau seperti pasangan suami isteri yang lain. Cuma aku menyekat perasaanku terhadap lelaki itu. Namun, Sahel kulihat semakin sabar pula melayan kerenahku yang entah apa-apa ni. Pelik juga aku dengan perangainya itu dan kadang-kadang terasa kagum pula dengan kesungguhannya menarik hatiku.
               Hari ni merupakan hari cuti umum. Aku hanya menghabiskan masa di rumah saja. Sahel baru sahaja keluar. Mahu berjumpa kawan katanya. Ketika sedang leka menonton tv, aku dikejutkan dengan bunyi loceng. ‘Aik..awalnya balik mamat ni. Tadi kata nak jumpa kawan. Takkan sekejap je dah balik kot,’ aku berkata di dalam hati. Aku segera bangkit dari sofa untuk melihat siapakah gerangan yang menekan loceng itu. Sebaik saja membuka pintu, aku tergamam seketika.
                “Surprise! Hai Akak,” sapa Nisa sambil tersengih-sengih memandangku. Dia menghulurkan tangan kepadaku untuk bersalam.
                “Eh..Nisa. Hai..datang dengan siapa? Kenapa tak bagitahu nak datang?” soalku terpinga-pinga. Habis la aku. Confirm kantoi kejap lagi. Ish…Sahel ni pun satu, time ni la pulak dia nak keluar jumpa kawan. Aduhai..macam mana ni?
               “Nisa datang sorang la Kak. Nisa dari kampus tadi. Saja je nak surprise kan akak,” dia tergelak kecil. Aku tersenyum kelat. Memang surpriselah Nisa oi. Lalu mempelawa adik iparku itu masuk.
               “Abang mana Kak? Tak nampak batang hidung pun,” Nisa memusing-musingkan kepala mencari abangnya. Dia ketika itu dia sudah pun duduk di atas sofa di ruang tamu. Aku turut melabuhkan punggung di sebelahnya.
              “Oh..abang. Erm..dia keluar sekejap. Nak jumpa kawan katanya. Kejap lagi baliklah tu,” jawabku sambil di dalam hati tak putus-putus berdoa supaya cepatlah agaknya suamiku itu pulang.
                Nisa hanya mengangguk.
               “Umi dengan Abah sihat, Nisa?” soalku pula.
               “Alhamdulillah..diorang sihat je kak. Oh..ye, before Nisa terlupa..diorang kirim dengan akak dengan abang.”
               “waalaikumsalam. Eh…Nisa duduklah dulu. Berehat..Tengok-tengok tv. Akak ke dapur kejap buat air. Nisa nak air apa?” soalku sambil memandang ke arahnya. Cuba menyembunyikan rasa gabraku.
               “Erm..apa-apa jelah kak. Janji rock!” jawab Nisa sambil ketawa kecil. Aku turut ketawa.
               Aku segera ke dapur. Ku keluarkan jug dan cawan. Sementara menunggu air masak, aku memundar mandir. Sekejap ke sana. Sekejap ke sini. Aduh..apa nak buat ni? Kenapalah Nisa tak beritahu dulu nak datang? Kantoilah macam ni. Buatnya dia tahu aku dengan abangnya tak tidur sebilik…tak ke haru. Aduh…habislah aku! Eh..apa aku pulak. Habislah kami! Aku berkira-kira di dalam hati. Baik aku call Sahel. Aku segera mengeluarkan handphoneku yang berada di dalam kocek seluar yang aku pakai. Aku mendail nombornya.

Sahel Haqimy yang baru saja  melangkah keluar dari kedai 7-eleven tersenyum lebar apabila melihat nombor yang tertera di telefon bimbitnya. Dia segera menekan butang answer.
                “Assalamualaikum..sayang. Kenapa call abang ni. Rindu kat abang ya?” sapanya sambil berjalan menuju ke arah kereta. Sempat dia mengusik isterinya itu.
                “Walaikumsalam. Sahel..awak kat mana? Balik cepat. Nisa ada kat rumah ni,” aku terus memberitahunya tentang kedatangan Nisa. Ayat-ayat usikannya tadi tidak ku hiraukan. Lelaki ini bukan boleh dilayan sangat. Nanti lagi banyak merepek dari serius.
                Senyuman Sahel Haqimy terus mati apabila mendengar Syazreen menyebut nama adik bongsunya itu. “ Apa Reen? Nisa ada kat rumah? Bila dia datang?” soal Sahel Haqimy bertalu-talu.
               “Baru sekejap ni dia sampai. Eh…boleh tak awak balik sekarang? Kejap lagi kat rumah saya cerita. Cepat sikit ya. saya tunggu,” terusku matikan talian.
               Sahel Haqimy masih tercegat di sisi keretanya itu sebelum cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Aduh..kacau macam ni. Habislah kalau Si Nisa tu tahu rumah tangga aku dengan Syazreen yang tak macam orang lain tu. Dia terus memecut keretanya dengan laju.

Ketika sedang sibuk melayan Nisa, terdengar bunyi enjin kereta memasuki kawasan rumah. ‘Dah balik pun dia,’ desis hatiku.
              “Akak rasa abang dah balik tu. Nisa minum la dulu ye. Akak pergi tengok,” aku meminta diri. Lantas cepat-cepat aku mendapatkan suamiku yang sedang menutup pintu kereta itu.
               “Mana Nisa?” soalnya pantas sambil menjenguk-jenguk ke dalam rumah.
               “Ada kat dalam. Kenapa awak tak cakap dengan saya yang Nisa nak datang rumah kita?” soalku perlahan. Takut didengari oleh adik iparku itu.
              “Reen..abang pun tak tahu yang Nisa nak datang. 
              So, macam mana ni awak? Tadi Nisa kata, dia nak bermalam kat sini,”
              Sahel Haqimy berfikir seketika. “Ok..macam ni. Reen pergi naik atas. Ambik semua barang-barang abang, bawak masuk kat bilik Reen. Nisa, biar abang handle dia kat bawah. Okey?”
              Aku mengangguk seperti burung belatuk lantas berpaling untuk masuk ke dalam. Namun langkahku terhenti apabila tanganku ditarik. Aku segera memandangnya dengan wajah geram. “Apahal tarik-tarik ni?” soalku marah.
              “Dan satu lagi…jangan panggil abang macam selalu tu,”
              Aku memandangnya dengan muka tak faham. “Apa maksud awak? Jangan panggil macam selalu? Saya tak faham,” jelasku sambil mengangkat kening. Apa yang tak kenanya dengan panggilan yang selalu tu. Aku panggil nama dia jugak. Memang la diakui yang aku tak pernah panggil suamiku itu dengan panggilan abang. Tapi, tak pernah pula dia merungut atau mengeluh. Hari ni pulak tetiba..
              “Maksud abang..Reen kena panggil abang dengan panggilan yang sepatutnya. Since, Nisa is here..so, I don’t think you can call me as usual kan…” katanya sambil tersengih-sengih memandangku.
              Aku yang sudah mula faham itu segera bersuara. Oh..nak suruh aku panggil dia abang pulak. Mengada betul! Ee…geli la nak berabang-abang segala. “ You mean…abang?” dan tekaanku itu tak salah lagi apabila ku lihat dia mengangguk sambil terus-terus tersenyum memandangku. Aku menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
              “oh…please. No way okey! Jangan nak mengada la,” kataku lantas ingin berlalu. Namun dia telah terlebih dahulu menarik tanganku.
            Aku merentap kembali tanganku minta dilepaskan. “ Lepaslah! Apa pegang-pegang ni?” dengusku geram. Hish..dia ni. Tarik-tarik tangan orang pulak. Ingat tangan aku ni tangan poppye ke hape? Kalau tangan poppye tu boleh la nak tarik-tarik…sebab tangan dia tu besar. Ini tangan aku yang kecik lagi tak berapa nak besar ni ditarik-tarik pulak. Kalau tercabut ke…terkehel ke..kau nak ganti ke?? Marahku di dalam hati. dalam hati je. Luar daripada hati…tak berani sangat. Sebab Nisa ada kan. Buatnya dia dengar…kantoi stupid la namanya kan? Ye tak?
          Sahel Haqimy tersengih sambil melepaskan tanganku. “ oppst..sorry sayang. Abang tak sengaja. Tertarik pulak tadi. sayang la…abang suruh panggil abang, tak nak. Kenapa keras kepala sangat ni? Kan Nisa ada kat rumah kita sekarang ni. Tak elok la kalau dia dengar sayang panggil abang nama je. Kalau kantoi nanti, sapa yang susah? Kita jugak kan?” Tutur Sahel haqimy dengan nada lembut seperti biasa. Sempat dia mencuit hidung sederhana mancung isterinya itu.
          Aku menarik muka tak rela dengan reaksinya itu. “ Awak nak suruh saya panggil awak abang? Memang tak la Sahel. Sebelum ni awak tak kisah pun pasal tu kan. Sekarang ni time Nisa ada la pulak awak sibuk-sibuk nak paksa saya suruh panggil awak abang. Awak saja eh nak ambik kesempatan?” soalku tak puas hati sambil memandangnya dengan pandangan geram.
        “ Reen..Reen..abang mintak Reen panggil abang… ‘abang’ je. Bukan suruh panggil darling ke…honey ke…baby ke..abang je. Itu pun dah cukup dah. Please sayang…kali ni je. Lepas Nisa balik…settle semuanya. Ustaz abang pernah cakap tau..syurga seorang isteri adalah apabila dia taat pada suaminya,” Sahel haqimy terus-terusan merayu sambil sengaja diselitkan sedikit hal-hal berkaitan agama ni kerana dia cukup faham yang isterinya itu akan cepat ‘insaf’ sekiranya hal-hal seperti itu dibangkitkan.
         Aku memandangnya selamba. Hish..dia ni. Suka bagi aku touching. Dah la aku tak boleh dengar tazkirah-tazkirah macam tu. Ei..dia ni…saja je tau nak psiko aku. Memang cepat je la keinsafan tu datang. Namun di dalam hati terbit rasa sayu dengan kata-katanya itu. memang aku tak layak masuk syurga dengan perangai aku yang sentiasa memberikan layanan buruk kepada suamiku itu. ya allah..ampunkan dosa  hambaMU ini ya allah. Aku menarik nafas panjang.
          “ boleh ye Reen?” Sahel Haqimy masih mencuba.
          Aku memandangnya. “ erm…tengok la macam mana.” Kataku sambil menonong masuk ke dalam rumah.
          Sahel Haqimy yang terpinga-pinga ditinggalkan sudah mengetap bibir. “hish…degil betul la dia ni. Nak suruh panggil abang pun susah. Konkrit betul la sayang abang ni.” Dia membebel sendiri sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
    

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...