Sunday, August 3, 2014

Macam-macam cerita.. ^_^

Assalamualaikum wbt,



Baru-baru ni mesej dengan Mai kat WhatsApp. Banyak benda yang kitorang sembangkan. Kisah MH17, kisah Kerana Terpaksa Aku Relakan, yang dia dok sibuk dengan Amar Baharin a.k.a Abg Zen dia dengan Indah tu, sampai la ke kisah lubang besar yang tetiba muncul kat mana ntah tempatnya tu, aku lupa pulak. Banyak la benda yang diceritakan. Pasal MH17, seriously... its a big test from Allah to us. Kadang-kadang aku rasa, aku sendiri tak dapat nak describe perasaan sedih tu, sampai dah tak nak tengok dah perkembangan berita pasal ni sebab sedih dia terasa sangat. Aku yang bukan ahli keluarga terapat pun dah sedih, bayangkan pulak la ahli keluarga mangsa sendiri. Allah... ujian Allah memang tak kira bentuk waima rupa and tak kira siapa kita kan? Kalau Allah kata jadi, benda memang akan jadi. May Allah bless all of them. And may Allah tunjukkan siapa pihak yang bertanggungjawab buat jenayah kejam tu.
Orait, now... nak tulis pasal topik perbincangan aku dengan Mai. Budak Mai tu, kadang-kadang tanya soalan memang unexpected sikit. Time aku terkulat-kulat tak fikir apa la dia nak buat sesi soal jawab macam tu. Hahaha. Tapi, dia jugak la yang rajin melayan soalan-soalan luar alam aku pun time aku bosan tahap panda. Huhuhu.

Dalam sembang-sembang tu, Mai ada bgitau aku yang dia takut nak kawen. Hahaha. Tersengih-sengih aku baca mesej dia. Sempat lagi tu dia dok fikir. Tapi, benda-benda munakahat gitu, harus la jugak difikirkan. Untuk kita sama-sama muhasabah... perkahwinan tu sebenarnya untuk apa?

Bukan kata si budak Mai tu je yang takut, aku yang konon-konon cool ni pun takut jugak sebenarnya. Cuma mungkin sebab dan faktor ketakutan tu lain. Macam Mai, dia kata... dia takut sebab dia risau dia tak boleh nak adapt dengan kehidupan bila dah masuk alam perkahwinan tu. Freedom la.. itu la.. ini la. Bak kata Mai. And aku tak la kata ketakutan si Mai tu satu benda yang extremely not good ke apa sebab setiap orang tak sama apa yang dia rasa dan dia fikirkan di kepala. Aku raikan je rasa yang bertanda kat hati Mai tu. Huhuhu. Dan Mai pun ada tanya kat aku,

“Kak Ain takut atas faktor apa?”

Hehehe. Aku pun tak tau nk habaq lagu mana. Nak kata, let me try first karang... nampak sangat macam aku ni tak betul sangat je dah bunyi and gayanya. Tapi, bagi aku... perkahwinan tu tanggungjawab. Tanggungjawab yang bukan tertumpu kat suami or isteri je... tapi kat semua benda. Freedom, tak selesa.. tak pandai buat kerja. Terikat dengan pasangan... nak kena bagitau itu ini... tu bukan something yang bagi aku perlu ditakutkan... itu basic saja. Itu fitrah je sebenarnya. Benda yang dah memang termaktub. Dah kahwin, syurga kita terletak kat pasangan kita. Sebab tu kahwin tu its not an easy thing to deal with. Dan bagi aku, sebab-sebab yang menyebabkan akuu takut tu, bukan sebab all those thing semata, tapi banyak sudutnya.

First thing first, pasangan kita tu. Nak kena filter gak. Bukan main rembat maain sebat macam main bola main futsal or main beli chicken wings kat pasar malam or pasar tani ke apa. Its more than that. Kalau nak pasangan yang baik, kita dulu kena try jadi baik. AKu tak kata, bila nak cari pasangan tu, kena cari pak bilal ke.. pak imam muda-muda belia ke.. pak ustaz yang pakai serban 24/7 ke apa. Tapi, kalau dapat yang macam tu... itu rezeki Allah nak bagi la tu kiranya. Its ok je kalau pasangan tu tau tanggungjawab dia as Hamba Allah.. sedar tanggungjawab dia kat ummah... tau tanggungjawab nak bina keluarga yang sakinah and mawaddah. Seriously, bukan nak expect someone yang good-good sedangkan diri sendiri pun tak bagus mana. Cumanya, bagi aku... cukup dia tau erti tanggungjawab. Bila dia tau benda yang satu tu, in sha Allah... takkan jadi payah untuk dia nak jadi a good khalifah for his family. Dengan dunia sekarang yang memang la maha mencabar lagi maha haru biru dengan social problems bersepah-sepah... aku rasa, seseorang yang ada rasa and ada keinginan nak berkahwin tu, tambah-tambah la ilmu-ilmu rumahtangga ni.. keep cari ilmu... sebab benda tu yang penting sebenarnya. Plus, tanggungjawab tu bukan berpaksi pada pasangan je semata, tapi untuk anak-anak jugak. Kot la nanti ada anak... tanggungjawab dah lagi besar kot. Nak besarkan anak. Kalau tak kena gaya, mendapat la nanti nak jawab depan Allah. Amanah besar Allah bagi kat kita tu. Kalau anak-anak berjaya ikut acuan yang kita nak.. berguna untuk agama bangsa semua tu, sedap la jugak mata. Tapi, kalau tak... mana nak letak muka bila Allah tanya? Haih la... seram kot bila fikir tang yang satu tu.


Tapi, however it is... semuanya dah Allah tulis kat loh mahfuz. Kadang-kadang, Allah tak bagi sekarang, DIA bagi karang-karang. Kadang-kadang, ada orang kahwin lambat, ada orang kahwin cepat. Ada orang dah kahwin, tapi still tak dapat anak... tapi, Allah ganti bagi mak mertua, ayah mertua yang best and penyayang. Tu semua kerja Allah. Kita, buat kerja kita untuk terus jadi hamba Allah yang baik. In sha Allah.. :)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...