Wednesday, February 5, 2014

~Permaisuri Hati~



Bab 46
Aku dan Elly sudah pun duduk di meja yang agak tersorok sedikit. Kedai biasa yang selalu dikunjungi berhampiran dengan kediaman kami itu, kelihatan penuh dengan pelanggan-pelanggan yang dating walaupun cuma duduk sambil minum air secawan. Satu situasi yang pada pandangan aku, tersangatlah sukar untuk dijelaskan. Pernah Elly membuat kesimpulan.
            “ Orang Malaysia ni pemalas betul la.” Elly berkata tiba-tiba.
         Aku yang ketika itu sedang khusyuk menikmati mee goreng basahku terpinga-pinga sambil mengangkat kening tanda ingin tahu. Dah kenapa pulak si Elly ni? Getus hatiku.
            “ Yelah… kau tengok la tu. Nak minum air secawan pun, sanggup datang kedai. Buat sendiri je kat rumah, tak boleh agaknya?” Rungut Elly sambil menyumbat tiow goreng basahnya ke dalam mulut. Sempat lagi tu! Desis hatiku.
            Aku tergelak kecil mendengar teori bukan-bukan dari Elly itu. Elly ni, kalaulah ada salah sorang dari pelanggan-pelanggan yang ada kat kedai ni terdengar kata-kata dia, mahunya la makan roti canai cap kasut saiz lapan ni. Aku tergeleng-geleng sendiri apabila mengenangkan perangai Elly yang entah apa-apa itu.
            “ Hah! Berangan. Inilah perangai kau kan? Asyik berangan je. Itulah, aku suruh balik, tak nak balik. Bila dah tak nak balik, inilah dia kerja kau. Termenung sana, termenung sini. Berangan sana, berangan sini.” Elly membebel dengan panjang lebarnya.
            Aku yang terkejut dengan sergahan dan bebelan percuma daripada Elly itu, terus mengurut dada. Hai.. inilah yang aku tak tahan dengan minah sorang ni. Kalau membebel, boleh kalah mak aku. Mulut macam murai tercabut ekor. Murai pun tak macam ni, tahu?
            “ Kau ni kan, dahlah main sergah orang ikut suka hati kau je. Lepas tu, boleh pulak kau pakejkan sekali dengan membebel sakan macam mak cik Semah dekat rumah aku tu. Ei, tolonglah Elly… aku penat la dengar kau membebel. Kau tak penat ke?” Soalku sambil menjegilkan mata ke arah Elly.
            Elly buat muka selamba. “ Eleh.. penat konon. Hah, tu la. Siapa suruh berangan. Aku ajak kau datang sini, suruh makan. Bukan suruh berangan. Dah.. dah.. order cepat. Kesian macha ni dari tadi dok tunggu kau order.”
            Aku memandang ke arah pelayan yang Elly panggil macha itu. Suka-suka hati dia je minah ni. Aku tersengih sebelum membuat pesanan.
            “ Mee goreng mamak? Amboi.. kalah aku nampak.” Usik Elly sambil tersengih-sengih. Tadi bukan main macam-macam alasan lagi masa ajak datang sini. Sekarang, dia pulak yang makan besar.
            “Diam boleh tak? Aku laparlah.” Ini semua mamat tu punya pasal. Kalau tak tadi, dah habis dah asam pedas aku. Kacau selera aku je. Uwaa… kempunan nak makan asam pedas weh.
            Elly sudah tergelak-gelak. “ Eh, Reen… aku nak tanya kau ni. Macam mana kalau tiba-tiba Sahel ada kat sini?”
            Aku yang sedang menyedut Nescafe O aisku tersedak tiba-tiba.
            “ Weh, rileks la. Aku kata, kalau je pun. Ish, gelabah la kau ni.” Elly sudah tersengih-sengih.
            “ Elly, please la. Jangan sebut nama dia kat sini boleh tak? Hilang selera aku nak makan kejap lagi.” Elly ni, suka buat benda yang aku tak sukalah. Ei, dia ni… ada yang makan botol kicap atas meja ni karang.
“Okey.. okey. Sorry la beb. Emo sangat kau ni.”
“ Gila, tak emo? Haruslah. Cuba kalau kau ternampak Hisyam dengan perempuan lain. Kau nak cool je ke? Entah-entah lagi teruk daripada aku.” Aku mengusik Elly.
Elly membulatkan matanya ke arahku. “Weh, choii! Mulut kau pakai insuran cap apa ha?” Entah apa-apa la dia ni.
Aku sudah tersengih. “Hah.. tahu takut. Aku gurau je la. Aku sure Hisyam tak buat macam tu kat kau punya. He’s a loyal man.”
Tapi, hakikatnya bukan itu kata-kat yang layak untuk seorng lelaki seperti Hisyam yang mungkin tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan dengan setia. Aku katakan yang Hisyam seorang yang setia sebab, selama berkawan dia memang menunjukkan sifat-sifat terpuji sahaja di depan aku dan sifat-sifat terpuji itu lebih lagi apabila di depan Elly. Mungkin juga aku perlu mengingatkan diri aku bahawasanya tidak mudah untuk kita melabelkan orang itu setia hanya kerana dia ada di sisi kita walaupun tidak sentiasa. Teringat pulak aku kata-kata Ustazah Fatimah Syarha yang sempat aku ‘ulang siar’ ceramahnya beberapa hari lepas, ‘ kawan berpuluh tahun pun, belum tentu kita dapat kenal pasangan kita, yang kita kenal lakonan-lakonannya sahaja’.
Dan… itulah yang terjadi apabila Elly selalu cuba untuk meyakinkan dirinya dan orang-orang sekelilingnya termasuk aku, yang Hisyam itu antara lelaki yang paling setia.
“ Harap-harap macam tu la.” Ujar Elly sambil tersenyum. Ketika itu juga dia  memandang ke arah kanan jalan, dan tiba-tiba ternampak seseorang yang amat dikenalinya. Hisyam! Senyuman yang terukir di bibirnya mati serta merta apabila melihat Hisyam ditemani seorang wanita. Pasangan itu kelihatan gembira.
Aku yang melihat perubahan raut wajah Elly yang tiba-tiba itu berasa pelik seketika. “Weh, kau kenapa? Macam Nampak hantu je? Apasal?” Soalku sambil ketawa kecil. Aku lantas memalingkan muka melihat ke belakang. Senyumanku mati apabila ternampak Hisyam dan seorang perempuan dengan lagak mesra seperti pasangan kekasih.‘Hisyam? Alamak… macam mana ni? Ya Allah, aku main-main je tadi. Kenapa jadi betul-betul pulak?’
Aku tersengih-sengih memandang Elly yang sudah diam itu. “ Elly, aku main-main je tadi. Tak sangka pulak betul-betul jadinya. Kau sabar tau. Kau jangan… “
Namun belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Elly sudah bingkas bangun. “Tak guna punya lelaki. Patutlah selama ni, bila ajak keluar.. ada je alasannya. Rupanya, ini kerja kau eh? Hampeh punya lelaki! Siap kau.” Elly sudah menuju ke arah meja yang diduduki oleh pasangan itu.
Aku segera mengejar Elly. Alamak.. Elly dah mengamuk. Habislah. Aku menepuk dahi sendiri.
“Hisham!” Jerit Elly.
Pasangan yang sedang asyik suap-menyuap tu, menoleh ke arah kami. Aku segera menyabarkan Elly. Dia ni, kalau dah marah.. jangan buat main. Silap-silap si Hisham yang kerempeng ni boleh jadi lempeng satgi kang.
“ Elly.. err.. Reen, kau pun ada kat sini? Korang buat apa kat sini?” Soal Hisham dengan tergagap-gagapnya.
“ Err.. aku teman Elly. Dia lapar. Dia nak makan roti canai. Ok, bye. Elly, jom balik.” Aku menarik tangan Elly sambil mengajaknya balik.
Elly menarik semula tangannya. “Lepaskan aku Reen. Bagi aku basuh mamat ni.” Elly sudah mengepal penumbuk kecilnya. Kecik besar, kecik besar saja dia melihat pasangan yang buat muka tak bersalah di depannya itu.
“You.. siapa perempuan ni?” Soal perempuan tak cukup kain itu.
“ Err.. ni kakak sepupu I.” Jawab Hisham dengan takut-takutnya.
“ Oh, kakak sepupu eh? Sejak bila kau ada kakak sepupu?” Soal Elly sambil menahan geram.
Aku yang mendengar hanya mampu menggeleng. Cari pasal betul budak Hisham ni. Kau dah kenapa Hisham oi? Dah bertahun bercinta, sekarang baru nak curang ke? Haish… tiba-tiba aku rasa, macam nak join sekaki je dengan Elly hentak mamat kerempeng ni, bagi dia tau rasa.
“ You tak pernah cakap pun, you ada kakak sepupu sayang?” Soal wanita tak cukup kain itu lagi.
Hisham dilihat sudah gelisah tak tentu arah sambil mengesat peluh di dahi.
“ Anyway, cik yang tak cukup kain… actually, saya ni bukan sepupu dia pun. Saya ni girlfriend dia. Kami dah bercinta dari zaman kolej lagi. Tak percaya, cik tanyalah mamat kerempeng ni.” Jawab Elly sambil tersenyum sinis.
“Betul ke ni, you? Habis tu, kalau dia girlfriend you.. I ni siapa pada you?” Wanita itu sudah mula marah-marah.
Aku sudah menarik tangan Elly sambil berbisik, “ Elly, sudahlah tu. Kau nak buat drama swasta pun, lain kali la. Kat tempat awam macam ni, malu weh. Jom.. jom.. balik. Benda boleh settle la. Rileks ar. Jom balik.”
“ Okey… let me explain. Elly, this is my new girl. From now, antara kita dah tak ada apa-apa okey. Kita tak sepadan. You dengan I, macam langit dengan bumi. I tak boleh…”
After five years we have been together, baru sekarang kau nak kata yang aku dengan kau tak padan macam langit dengan bumi? Dasar kerempeng macam lempeng. Ambik ni!” Elly yang sememangnya dari tadi lagi dah menggenggam penumbuk kecilnya itu, segera melayangkan penumbuknya itu ke muka Hisham.
Aku yang melihat, terlopong seketika sebelum menutup mulut. Habis!
“Itu balasan untuk orang yang tak reti nak setia macam kau ni. Dasar kerempeng macam lempeng! Blah la kau!” Marah Elly sambil bergegas pergi meninggalkan Hisham dan teman wanita barunya itu.
Aku hanya mampu tersengih sambil mengangkat bahu ke arah pasangan itu sebelum bergegas mengekori Elly yang sudah jauh ke depan.

Elly mengesat air mata yang mengalir di pipi. “ Dasar jantan tak guna! Kerempeng macam lempeng. Kau ingat kau bagus sangat?” dia menumbuk-numbuk stereng keretanya itu untuk melepaskan rasa geram di hati.
Aku yang melihat terasa bersalah pula. Kalau tak sebab mulut aku yang masin ni, mesti tak jadi macam tu.
“ Elly... kau, okey?’ Soalku teragak-agak.
“ Hish… kenapalah aku boleh menangis sampai macam ni sebab mamat kerempeng tu? Hilang cun aku. Heish… Elly… wake up Elly… wake up. You can find someone better.” Elly membebel seorang diri sambil membelek-belek mukanya di cermin pandang belakang.
Aku yang melihatnya sudah mempamerkan riak risau. Hai.. dah kenapa pulak dengan kau ni Elly. Kau betul ke tak, Elly? Janganlah buat perangai macam tu Elly oi. Dah macam tak betul je aku tengok ni. Aku mengomel di dalam hati.
“Aku okey la. Tak payah la buat muka macam tu.” Kata Elly kepadaku.
Aku tersentak sebelum tersengih. Huh, lega. Aku ingat dah tak betul dah kawan aku ni. “ Aku mintak maaf tau. Kalau aku tak cakap macam tu tadi, mesti benda ni tak jadi. Sorry tau.”
“ Ala.. tak payah nak mintak maaflah. Bukan salah kau pun. Ini semua mamat tu punya salah. Tak padan dengan kerempeng. Mungkin dia memang bukan yang terbaik  untuk aku. Aku tahu ni semua petunjuk daripada Allah. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku tak tahu yang dia ada perempuan lain.”
Aku tersenyum. “ Sabar tau Elly. Mungkin ada hikmah. Lagipun, kau cantik.. kau baik. Satu hari nanti, mesti kau akan dapat lelaki yang lagi baik lagi. Percayalah cakap aku.
Elly tersenyum. “ Amin… Insha Allah. Jomlah kita balik. Dah lewat dah pun ni.”
Aku turut tersenyum sambil mengangguk sambil memakai tali pinggang keledar.
“ Reen.. “ Elly bersuara tiba-tiba.
“ Hmm.. “
“ Betul ke aku cantik?”
Aku memandangnya sambil buat muka annoying. Ini yang aku malas nak puji minah ni. Perasan cepat sangat!
“ Sebelum aku rembat kau dengan handbeg cap pasar malam aku ni, baik kau teruskan pemanduan.”
“ Jahatnya kau.”Elly tergelak. Akhirnya kami sama-sama tergelak.
Well, aku kena mengaku yang tak semua hubungan percintaan itu berakhir dengan pernikahan. But as a human, we should take it as a ‘teguran’ yang sangat manis dari Tuhan untuk hamba-hambaNya yang selalu lupa dan alpa. Tak semua juga hubungan yang dah berakhir dengan pernikahan itu tiada gelora. Macam kes aku dengan suami aku sendiri. Something that we have to think deeply. Dengan erti kata lainnya, muhasabah diri. Aku mengeluh perlahan. Teringat akan masalahku sendiri.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...