Wednesday, February 19, 2014

Kenapa Aku Sentap?

Assalamualaikum wbt,

Third week intern. Agak bosan. Setakat ni kalau nak tanya apa yang aku rasa sepanjang ber'internship' ni, aku pun tak tahu nak habaq lagu mana. Sebab baru tiga minggu. Tapi, ok la. Ada jugak ilmu yang dapat dicedok from time to time walaupun benda tu takde kena mengena langsung dengan bidang aku. Huhu. 

So, hari ni... setelah beberapa minggu tak update cerita kat blog sekangkang kera aku ni, hari ni aku nak post jugak la something yang bagi aku maybe boleh bagi manfaat kat sesapa saja yang baca. Itu pun kalau ada yang baca la. Huhu. 

Jadi, this is the story. Kira macam tazkirah ringkas jugak la. Aku suka. Yelah, aku ni ilmu agama dah la ciput je. So, bila ada orang baik hati nak share ilmu-ilmu yang best ni... boleh la kot topup sikit-sikit. Hehehe.

Minggu ni aku macam tak ada kerja sangat.

Ok, bosan.

Dan nak hilangkan bosan ( sebelum aku tidur buat office ni macam rumah aku), aku pun keluar dari 'penempatan' aku.. pi menyibuk kat luar.

Alhamdulillah.... dapat dengar perkongsian dari sorang abang ni.

Kata dia,

" Rumah abang tak de tv.."

Hah, takde tv? Boleh caya ke? Zaman sekarang weh... gila takde tv? hiburan tu. Aku cakap dalam hati je.

" Yeke bang, takde tv? Habis, anak-anak abang tak bosan ke?"

Dia geleng. " Takde la.. diorang bukan buat apa pun malam2. Lepas buat kerja sekolah, tidur. Isteri abang, lepas maghrib, baca hadis.. baca quran sampai isyak.. lepas tu tidur. Itu je."

Aku sentap sekejap.

Lepas tu abang tu sambung lagi.

" Kau tau tak apa beza rumah orang islam dengan rumah orang kafir sekarang ni?"

Aku diam. Fikir.

" Macam takde beza je."

" Hah... kan. Macam mana nak ada beza, kalau apa yang orang kafir ada, itu la jugak yang ada dalam rumah orang islam."

Betul jugak. Aku mengangguk.

" Macam mana nak bezakan? Amalkan cara hidup islam... sekarang ni, kalau kita tengok... berapa ramai orang islam yang amalkan cara hidup islam?"

Aku tersengih-sengih lagi. Sebab sentap habis. Bukan sentap nak bantah or nak bangkang apa yang abang tu cakap ke apa. tapi, sebab nak mengiyakan betapa semua yang abang tu cakap tadi semuanya betul!

Abang tu tambah lagi.

kali ni dia bagi analogi. Dia kata,

"hidup ni umpama cermin kereta. Satu cermin depan yang besar tu... satu lagi cermin sisi yang kat belah atas tu. kalau kau naik kereta... kau nak pandang cermin yang mana satu?"

Aku jawab, " cermin sisi.. "

" kalau kita pandang cermin sisi je.. tak pandang depan.. habislah kita..."

Aku blur mulanya. lepas tu baru aku terfikir.

" bagi abang, cermin sisi tu ibarat dunia. Cermin depan tu akhirat. Kita bukan tak boleh langsung nak pandang cermin sisi tu, tapi bila kena pandang.. kita pandang la.. jangan sentiasa pandang. Macam tu la jugak dengan dunia. Jangan letak dunia kat dalam hati, sebab takut kita lupa akhirat yang menanti.."

Kata abang tu.

Serius aku rasa nak nangis bila abang tu kata macam ni.

"Dalam rumah orang islam tu sepatutnya ada rahmat. Tapi, bila terlalu banyak keduniaannya, hiburannya... tak amalkan kehidupan beragamanya.. rahmat pun takut nak masuk."

Abang tu tambah lagi.

"Yang perempuan, aurat tak jaganya... sedih abang tengok kadang-kadang tu..."

Waaaa... sentap weh.

"Lagi satu, dalam setiap rumah tu kena ada sorang hafiz hafizah.. ramai orang kata hafiz hafizah tu tempat dia kat madrasah je. Sebenarnya kat rumah pun boleh jadi madrasah..."

kalau nak kata zaman sekarang ni moden. Zaman nabi dulu lagi moden. Its not that kita boleh nak berhibur ke.. nak bersuka ria ke apa. Boleh saja. Tapi, make sure jangan sampai hati kita penuh dengan kehidupan dunia... sampai lupa apa tujuan utama kita sebagai khalifah di muka bumi DIA.

#Tak sia-sia aku menyibuk. Dapat jugak perkongsian ni. Huhuhu.

Bawak agama dalam hidup weh. Insha Allah, DIA bagi ganjaran baik punya. 


Pesanan penaja :  Permaisuri hati in progress. Aku ni pemalas sikit. Setiap kali nak start menulis je, mesti aku malas. Masa malas jugak la semangat aku nak menulis tu berkobar-kobar. haih.. nafsu malas sentiasa menyelubungi diri. Will be update soon. InshaAllah.. doakan aku. :)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...