Monday, August 15, 2011

~Permaisuri hati~

                                              Bab 29

    Sahel haqimy mencoretkan sesuatu di atas kad yang dibeli sebentar tadi. Hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan dia dan syazreen yang pertama. Entah kenapa dia berasa teruja tiba-tiba. Dia tidak kisah sekiranya Syazreen masih tidak boleh menerima dirinya, namun dia tetap mahu menggembirakan hati isteri kesayangannya itu dengan memberikan kad istimewa tersebut.
      Kebetulan hari ni dia tidak bekerja. Jadi dia telah merancang sesuatu untuk meraikan hari istimewa mereka dengan membuat tempahan di sebuah restoran terkemuka di ibu kota. Nasib baik Syazreen tidak banyak tanya ketika dia mahu keluar dari rumah sebentar tadi. Apabila dia mengatakan yang dia mahu keluar sekejap, isterinya itu dengan pantasnya akan berkata.
        “Lama pun takpe.”
        Dia sudah faham benar sikap isterinya itu. Pada mulanya dia pernah juga terasa hati dengan kata-kata itu, namun sekarang dia sudah boleh menerimanya. Mungkin ini harga yang perlu dibayar apabila melanggar perjanjian yang telah mereka persetujui suatu ketika dulu. Perjanjian bahawa tak kira apa pun berlaku, dia dan Syazreen tetap akan kekal sebagai kawan baik walaupun masing-masing tidak menemui pasangan hidup. Dia tersenyum sendiri. Syazreen..abang akan sabar menunggu. Desis hatinya. Setelah membuat bayaran, dia segera beredar dari kedai yang menjual pelbagai jenis hadiah dan cenderamata itu. Sahel Haqimy mengeluarkan handphonenya dari dalam poket seluar jeans yang dipakai. Dia mencari-cari nama Syazreen di senarai kenalan lantas mendailnya.
          “Hello...assalamualaikum, sayang?” Sapanya dengan senyuman yang lebar. Seolah-olah dapat dilihat oleh isterinya itu.
         “ Waalaikumusalam.” Hambar saja suara yang menjawabnya dihujung talian sana.
         “sayang...malam ni kita gi makan kat luar nak? Abang belanja.”
        “Tak naklah. Saya dah masak. Makan kat rumah jelah.” Aku menjawab seperti selalu apabila diajak makan di luar. Banyak dia punya handsome, aku dah penat-penat masak. Alih-alih call, cakap nak makan nak luar pulak. Ingat aku nak benarkan. No way la pakcik!
         “Ala..boleh la sayang. Please. Kali ni je. Lepas ni, abang tak ajak dah sayang makan kat luar. Kita makan kat rumah je. Please..” Sahel Haqimy merayu penuh mengharap.
        “ Awak ni...habis, makanan kat rumah yang banyak-banyak ni nak buat apa? Sapa nak makan? Membazir tau tak?” soalku geram. Tadi tak nak cakap. Bila dah masak macam ni, baru nak cakap. Hish..geram betul la! Omelku di dalam hati.
        “Takpe...makanan yang kat rumah tu, kita bagi kat jiran-jiran. Tak pun, kita bagi kat kucing.” Jawab Sahel Haqimy dengan selamba. Masih lagi berusaha untuk memujuk isterinya itu untuk keluar makan diluar.
        Bagi kucing makan? Amboi...amboi..suka hati dia je. Ingat lauk yang aku masak ni tak sedap sangat ke? Hish...entah apa-apa la dia ni. “Apa? Bagi kucing? Hello..saya tau la yang saya ni tak pandai masak...tapi, agak-agak la nak perli pun.” Kataku lagi.
        Sahel Haqimy sudah tergelak-gelak. “oppst...sorry. ok..ok...tak payah bagi kucing. Kita bagi je kat jiran-jiran sebelah rumah kita tu ya. But, now...sayang nak tak keluar makan dengan abang ni?” Dia menyoal lagi.
      Setelah berfikir seketika, aku pun bersetuju. “ yelah...yelah. tapi, tak nak jauh-jauh ok. Nak dekat-dekat sini je.” Aku menyatakan persetujuanku dengan bersyarat.
     “Yes! Thanks sayang. Love you! Erm..Reen tunggu abang kat rumah tau. Lepas maghrib kita gerak. Reen bersiap la dulu. Bye sayang. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Jawabku perlahan. ‘Sikit-sikit sayang. Sikit-sikit I love you. Ish..tak penat agaknya mention perkataan-perkataan tu.’ Bebelku sendiri. Aku meletakkan telefon bimbitku di atas almari solek yang berada disebelahku. Pelik je mamat tu. Tadi masa kat rumah, tak cakap pun nak gi makan kat luar. Alih-alih sekarang ni tiba-tiba nak makan kat luar pulak. Aku bermonolog di dalam hati. Entah kenapa, hatiku rasa tidak sedap pula tiba-tiba. Lelaki itu tidak pernah segembira itu. Ah..biarlah. mungkin dia happy sangat kot aku setuju nak keluar dengan dia. Desisku. Cuba membuang segala prasangka yang bersarang di dalam benak fikiranku ini.
      Aku memandang jam di dinding. Dah nak dekat maghrib ni. Baik aku pergi mandi dulu. Nanti dia dah balik, susah pulak. Sejak kedatangan Nisa hari tu, aku telah pun berpindah ke biliknya secara tetap. Tidak ada situasi perpindahan barang lagi. Arahan dari Sahel Haqimy. Ya. Itu yang berlaku selepas Nisa pulang. Aku tidak dibenarkan duduk di bilikku atau dengan bahasa mudahnya, aku diarahkan untuk duduk sebilik dengannya. Senang kalau ahli keluarga terutama ibu bapa kami datang katanya. Huh! Sangat menyebalkan itu orang. Sebab itu juga la aku terpaksa berpakaian penuh apabila selesai saja mandi.
       Aku bangkit dari dudukku dan mencapai tuala berserta pakaian lantas berlalu ke bilik air. Namun, langkahku terhenti apabila tiba-tiba frame gambar yang memuatkan gambar Sahel terjatuh dek terkena kain tuala yang aku bawa bersama tadi. Aku segera mengutip kembali frame gambar itu.
         “Alamak…pecah la pulak. Rasanya tak tinggi sangat pun meja ni. Macam mana boleh pecah pulak ni?” Aku menyoal diri sendiri. Bak kata orang tua-tua, kalau ada barang yang jatuh, itu satu petanda yang tidak baik. Aku sudah rasa tidak sedap hati. Terasa macam ada sesuatu yang akan terjadi. Aku tiba-tiba teringatkan lelaki itu. Ya Allah, jangan hendaknya terjadi sesuatu yang buruk terhadap lelaki itu. Aku berdoa di dalam hati. Aku cuba membuang perasaan itu sejauh-jauhnya dan berharap agar tiada apa-apa yang buruk berlaku terhadap suamiku itu.
         Setelah mengemas kaca-kaca yang bertaburan tadi, aku segera menuju ke bilik air. Azan maghrib sudah pun berkumandang. Lima belas minit kemudian, aku keluar dengan lengkap berpakaian. Aku mencapai sejadah dan telekungku. Sempatku kerling jam di dinding. Sudah pukul 7.35. namun bayang lelaki itu masih tidak kelihatan. ‘kenapa dia tak balik lagi?’ Soal hatiku. Jalan jammed kot.’ Desis hatiku. Lantas aku segera menunaikan solat maghrib yang sudah hampir ke penghujungnya.

JAM sudah menunjukkan ke angka 8.30 malam. Aku yang sudah bersiap masih sabar menunggu. Sesekali ku jeling handphoneku yang berada di atas meja berdekatan sofa yang ku duduk. “Ish…mana pulak la dia ni pergi? Kata lepas maghrib. Sekarang dah nak masuk isyak dah. Tak timbul-timbul lagi. dia lupa ke apa?” Aku membebel seorang diri. Siaran tv yang ditayangkan langsung tidak menarik minatku untuk menontonnya.
     Aku mencapai telefon bimbitku itu lantas mendail nombor telefon Sahel. Aku mencuba beberapa kali. Namun masih tiada sebarang jawapan. Aku menarik nafas panjang. Harap diberikan kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi situasi sebegini. “Kalau dah tau tak boleh nak tepati, janganlah  berjanji.” Marahku sorang-sorang. Lagak macam orang yang dimarahi itu berada di depan mata saja. Aku mencuba sekali lagi. Aku sudah malas mahu menunggu. ‘Kalau kali ni dia tak angkat jugak. Siap dia. Aku cancelkan nak keluar makan malam ni.’ Kataku di dalam hati. Nyata usahaku itu hanya sia-sia. Masih tiada jawapan. Aku yang sudah mula bengang segera bangkit dari dudukku untuk menuju ke atas. Sudah berkira-kira mahu menukar pakaian. Namun, baru saja beberapa langkah, telefon bimbitku berdering. Dengan langkah pantas, dan rasa  marah yang teramat sangat, aku segera menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.
       “ Hello….Sahel! Awak kat mana ni? Kenapa tak sampai-sampai….”
       “ Hello…Maaf. Boleh saya bercakap dengan Puan Syazreen.” Suara garau dihujung talian sana bertanya.
       Aku yang hendak marah jadi terdiam sebentar. Ini bukan Sahel. Tapi, siapa pulak yang telefon ni? Soal hatiku.
       “Ya..saya Syazreen. Siapa yang bercakap ni?” soalku pula. Aku sudah mula rasa tidak sedap hati.
      “Saya Inspektor Halim bercakap. Macam ni Puan. Saya harap, Puan bertenang. Suami Puan kemalangan sebentar tadi. Dan sekarang dia berada di hospital. Keadaannya agak parah. Saya minta Puan datang ke PPUM sekarang.” Ujar anggota polis itu dengan teragak-agaknya.
       Berderau darahku mendengar khabar buruk itu. Ya Allah! Dugaan apakah ini. Aku sudah terduduk lemah. Terasa air mataku mengalir sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi laju selaju jantungku yang sedang berdegup kencang ini.
       Setelah mematikan talian, aku segera menelefon Umi dan Abah. Ternyata mereka juga terkejut dengan berita yang baru kusampaikan itu. Selepas menelefon kedua orang mertuaku, aku menelefon orang tuaku pula. fikiranku buntu ketika ini. Tidak tahu apa yang perlu kulakukan selain menelefon orang-orang tersebut. Dengan perasaan yang tidak menentu itu, aku mencapai kunci kereta lalu bergegas menuju ke Pusat perubatan Universiti  Malaya seperti yang telah diberitahu oleh anggota polis sebentar tadi.
       Sepanjang perjalanan, aku tidak putus-putus berdoa semoga suamiku itu tidak apa-apa. Tiba-tiba aku teringatkan frame yang pecah tadi. Mungkin itu petandanya. Petanda yang Sahel akan ditimpa kecelakaan. Ya Allah…kau selamatkanlah suamiku ya allah. Sesunguhnya banyak dosa yang telahku lakukan terhadapnya selama ini. Janganlah kau ambil nyawanya sebelum sempat aku memohon kemaafan daripadanya Ya Allah. Serentak itu, air mataku terus-terusan mengalir tanpa mahu berhenti.
      Aku sampai di PPUM setengah jam kemudian. Ku lihat Umi dan Abah sudah pun berada di situ. Nisa turut kelihatan. Aku segera bersalaman dengan mereka semua. Aku memeluk Umi sambil menahan rasa sedih.
       “Umi…macam mana dengan Sahel?” soalku pantas.
       “sabar Reen.. Sahel masih dalam bilik pembedahan. Banyakkan berdoa.” Balas Umi sambil mengusap kepalaku.
      “Reen nak tengok dia Umi.” Aku sudah mahu bangun. Namun langkahku ditahan oleh Abah.
        “Sabar Reen..sabar. Doktor tengah rawat dia sekarang ni. Kita tunggu je kat sini ya. Dan banyak-banyakkan berdoa.” Pujuk Abah.
       “Ye kak. Biar doktor buat kerja diorang. Akak duduk dulu ok. Insyaallah..abang mesti selamat. Akak jangan risau ya.” Sampuk Nisa sambil memelukku.
       Ya Allah…aku memang mahu suamiku itu selamat. Sungguh..itu yang kuharapkan saat ini. Suami yang selama ini ku abaikan perasaannya. Ya allah..aku berdosa ya Allah. Ketika ini aku benar-benar takut kalau-kalau lelaki itu pergi sebelum sempat aku meminta maaf. ‘Sahel…awak jangan tinggalkan saya. Saya masih belum minta maaf daripada awak. Tolong sahel. Jangan tinggalkan saya.’ Rintih hatiku.
       Beberapa minit kemudian, Elly tiba bersama Hisham. Apabila terpandangkan Elly, aku segera mendapatkannya. “ Elly..Sahel Elly…” aku terus teresak-esak di dalam pelukan Elly.
      “Sabar Reen. Banyakkan istighfar. Kita doakan Sahel selamat ya. Kau jangan risau ok. Insyaallah dia akan selamat.” Kata Elly sambil menepuk-nepuk belakangku. Dia turut terkejut dengan berita yang tidak diduga itu. Sahel ada memberitahunya tentang rancangan yang ingin dibuat bagi meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama dan dia juga sudah memberikan persetujuan untuk sama-sama ‘bersubahat’. Namun, tidak disangka ini pula berita yang dia dapat.
       “Aku sayang dia Elly. aku nak minta maaf kat dia atas segala salah silap aku kat dia. Aku nak dia tahu tu.” Ujarku tanpa sedar. Elly yang mendengarnya terasa bersyukur sangat. Alhamdulillah. Akhirnya terbuka juga hati sahabatnya itu.
       “Ya..aku tahu. Kau sabar ok. Serahkan semuanya kat Allah. Aku yakin, Sahel akan selamat. Kita doa sama-sama ok.” Pujuk Elly lagi. Aku masih lagi teresak-esak di bahu Elly.
     “Puan Syazreen? ”
     Aku mendongakkan kepalaku memandang ke arah suara garau itu. “Ya saya.”
     “Saya Inpektor Halim yang hubungi Puan tadi.” anggota polis itu memperkenalkan dirinya.
     “ Macam mana kemalangan tu boleh berlaku inspektor?” soalku sambil mengesat air mata yang masih bersisa. Setahuku, Sahel seorang yang sangat berhemah ketika memandu.
     “ Mengikut siasatan kami dan berdasarkan maklumat daripada saksi, kereta yang dipandu oleh suami puan telah dilanggar oleh sebuah lori tangki yang ketika itu dipandu dalam keadaan mabuk. Puan jangan risau, kami sudah pun menahan pemandu tersebut. Saya harap puan bersabar ya.” Inspektor Halim menjelaskan kejadian itu dengan panjang lebarnya.
      Aku terduduk di sisi Elly. Umi dan abah masih setia menanti dan memberikan kata-kata semangat kepadaku.
      “Oh ya..sebelum saya terlupa. Anggota kami terjumpa sesuatu di dalam kereta suami puan tadi. Mungkin ianya untuk puan.” Inspektor Halim menghulurkan sekeping sampul berwarna merah jambu.
     Aku segera menyambutnya dan mengucapkan terima kasih kepada Inspektor tersebut.
     Setelah lebih tiga jam menunggu, akhirnya lampu kecemasan di bilik pembedahan yang menyala sejak dari tadi terpadam juga. Seorang doktor lelaki pertengahan umur keluar dan aku segera mendapatkan doktor tersebut. Umi, abah dan Nisa yang terlena sebentar tadi turut bangun. Aku mendahului yang lain bertanyakan keadaan suamiku itu.
     “ Macam mana dengan suami saya doktor.” Soalku pantas.
    “ Alhamdulillah. Suami Puan selamat. Cuma sekarang dia masih belum sedarkan diri akibat hentakkan kuat di kepalanya. Tapi, suami Puan seorang yang kuat. Keadaannya sangat teruk ketika dibawa ke sini tadi. Ini dinamakan kuasa Allah. Dia selamat.” Ujar doktor itu dengan senyuman.
      “Alhamdulillah..terima kasih doktor.” Umi dan Abah serta yang lain mengucapkan syukur di atas perkhabaran itu.”
     Aku mengucapkan syukur di dalam hati. Terima kasih Ya allah..terima kasih kerana menyelamatkan suamiku. Air mata gembira jatuh juga dipipiku ketika ini. Aku segera memeluk Umi dan Nisa yang berada di situ. Elly turut memelukku.
     “Alhamdulillah Reen..Sahel selamat.” Ujarnya. Aku Cuma mengangguk sambil menitiskan air mata. Tiada apa yang boleh ku katakana lagi selain dari rasa syukur yang tidak terhingga.
     “Reen dah bagitau emak dengan ayah Reen?” Soal Umi kepadaku.
     “Dah Umi. Mungkin besok dia orang sampai.” Jawabku.
     “Baiklah kalau macam tu. Umi dan abah, nak ke surau sekejap. Reen nak ikut sekali ke?
      Aku menggeleng. “ Takpe. Reen nak tunggu Sahel. Umi dengan abah pergilah dulu.” Kataku kepada mereka.
      “Yelah…kami pergi dulu.” Umi dan abah meminta diri. Nisa masih di sisiku ketika ini.
      “Sabar ya kak. Abang mesti sedar kejap lagi. Nisa nak pergi kafe ni. Akak nak pesan apa-apa tak?” soal Nisa.
      “Takpe Nisa. Akak tak lapar. Nisa belilah untuk Umi dengan Abah je eh.” Kataku sambil tersenyum hambar memandang adik iparku itu.
      “Janganlah macam ni kak. Akak kena makan jugak. Nisa belikan akak something ya. Alas perut tu. Abang yang kat dalam tu memang dah tentu sakit. Nanti akak pun sakit, macam mana?” soal Nisa dengan nada bergurau. Cuba menceriakan suasana mungkin.
      Aku tersenyum sedikit. “takpe Nisa. Kalau akak lapar, akak pergi beli sendiri. Nisa jangan risau ok.”
      “Yelah kak. Nisa pergi dulu. Akak tunggu sini kejap eh. Kak Elly, tolong tengokkan kak Reen ya.” Pesan Nisa sebelum berlalu. Elly mengangguk sambil tersengih.
     “Don’t worry sis.. I’ll take care of her.”
     “kau baliklah dulu Elly. kesian kau kena datang sini temankan aku. Besok kerja kan?”
     “Tak pe la… aku kan kawan kau. Takkan aku nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini. Lagipun Nisa dah pesan suruh jaga kau tadi.” Elly berkata sambil tersenyum memandangku.
     “Thanks Elly.” Ucapku.
    “ No sweat la. Dah..dah..jangan sedih-sedih sangat. Kelakar tau tak muka kau time ni.” Kata Elly sambil mengusikku. Tak pernah dilihat wajah Syazreen semendung ini apabila ianya berkaitan dengan lelaki yang bernama Sahel Haqimy. Selalunya ada saja yang tidak kena. Tapi, hari ni..dia dapat melihat kesedihan Syazreen apabila mendapat tahu tentang kemalangan yang menimpa lelaki itu.
     “kau tak payah nak perli-perli aku. Aku tau aku bukan isteri yang baik selama ni. Tapi, sumpah…aku memang takut masa polis telefon beritahu aku pasal kemalangan tu. Aku takut aku akan kehilangan dia. Aku takut, aku tak dapat minta maaf dari dia.” Ujarku sebak.
      “Yelah..yelah. aku faham. Dah..dah..janganlah nangis lagi. dia dah selamat, kan? Aku minta maaf ok. Janganlah sedih.” Pujuk Elly.
      Aku mengesat air mata yang menitis di pipi. Tiba-tiba aku teringatkan sampul surat yang diberikan kepadaku tadi. Lantas aku membukanya.

Untuk isteri abang yang tersayang….
Happy 1st anniversary sayang.. abang tahu, sayang mesti tak ingat tarikh hari ni kan? Tak pe..abang faham.. abang tak kisah pun. Abang tak tau nak bagi hadiah apa kat sayang. Nak bagi bunga…sayang tak suka bunga…abang ingat lagi..sayang pernah kata “saya bukan minah bunga ok!” bila abang bagi bunga masa hari jadi sayang. Jadi, abang rasa mungkin dengan kad ni boleh melembutkan hati sayang abang yang keras ni. Abang tuliskan sekali lirik lagu Permaisuri Hati nyanyian kumpulan Hijjaz khas untuk sayang. Semoga perkahwinan kita kekal sehingga ke akhir hayat walaupun abang tau ianya mustahil bagi abang. Sekali lagi…selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama sayang…luv u so much!

Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi.

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Kubinakan mahligai impianmu
Oh sayang..ikhlaskanlah hatimu

Malumu bernilai..
Katamu berhikmah..
Hatimu tulus suci dan murni..
Hanya diri yang halal engkau serahkan segala
Untuk mencari redha illahi..

Benarlah cinta buta melalaikan..
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia..
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga…

 Kau permaisuri di hatiku..
Di dunia ini engkau penghibur..
Menjunjung kasih amanah illahi..
Ku pasti akan terus menyanyangi..
Terima kasih ucapanku beri..
Kau hadiahkan ku cahaya hati..
Ku pimpin tanganmu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama sampai kepadaNYa
Di syurga sana..
 Tuhan kekalkanlah permaisuri hatiku…
Untuk menemani dalam menggapai cintaMU..

Sayang,
‘Abang’

    Ya Allah. Kejamnya aku. Aku tidak ingat langsung akan tarikh hari ini. Aku menangis teresak-esak setelah membaca kad itu. Maafkan Reen abang. Reen berdosa dengan abang. Elly di sebelah cuba menenangkan aku.
    “Aku berdosa dengan dia Elly. Aku berdosa dengan suami aku. Aku berdosa Elly. aku nak mintak maaf dengan dia.” Suaraku tenggelam timbul dengan tangisan yang kuat.
     “Sabar Reen. Sahel dah lama maafkan kau. Dia tak pernah ambik hati dengan apa yang kau buat kat dia selama ni. Dia sayang sangat kat kau Reen.”
      Kata-kata Elly itu sudah cukup membuatkan tangisanku berlarutan. “Aku tahu selama ni aku layan dia teruk sangat. Aku menyesal Elly. Tolong aku Elly. Aku nak jumpa dia. Aku nak salam tangan dia. Aku nak minta maaf dengan dia.”
      “Ya..aku faham. Tapi, kan doktor cakap Sahel masih belum sedarkan diri. Kita tunggu besok ye. Kau bawak bersabar dulu. Elly menenangkanku. Maafkan Reen bang. Hatiku berkata.
        
     
       P/S : bab ni saya siapkan dalam masa satu malam je. Sorry if ada kekurangannya. Selamat membaca. Komen anda amatlah saya hargai…tq..:-)
     


No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...