Sunday, August 7, 2011

~Permaisuri hati~

Alhamdulillah... dalam sibuk dengan assignment yang melambak tu.. and sibuk jugak dengan program berbuka puasa dgn anak2 yatim.. sempat jugak la saya curi sikit masa yang ada ni untuk update Permaisuri Hati..

So, kali ni nak postkan bab terbaru PH.. sudi2 la bace yer..hihi..;-)
Thankz kat kawan2 yang sudi menziarah “teratak usang” saya yang tak seberapa nih... semoga terhibur la yer dgn bab baru nih... before that, salam ramadhan semua...:-)


 Bab 28

Aku ingin melangkah ke bawah setelah selesai menunaikan solat maghrib untuk menyediakan makan malam. Namun baru beberapa langkah, tanganku terasa ditarik. Aku segera menoleh. Ku lihat Sahel suamiku itu sedang tersengih-sengih memandangku.
       “Awak nak apa ni? Berapa kali saya dah kata…jangan tarik-tarik tangan saya. Tak suka tau tak?” marahku sambil menarik semula tanganku.
      “ sorry..saja je nak kacau sayang,” Sahel Haqimie tersengih-sengih lagi.
      Aku mendengus geram. Ish..suka buat aku marah. Bukan kau yang berdosa. Aku yang kena tanggung dosa tau tak. Omelku di dalam hati.
      “ Dah tak ada kerja sangat ke?” soalku sambil menayang muka bengang.
     “ Sebab tak ada kerja sangat la abang buat macam ni.” Dia tersenyum dan tanpa mempedulikan kemarahanku, sekali lagi dia meraih tanganku sambil mengelus-ngelus lembut jariku.
       Aku mendengus geram. Susah betul la cakap dengan mamat ni. Aku menarik lagi tanganku.
      “Lepaslah.”
       Sahel Haqimy mencebik. “ Sayang abang ni… kedekut la. Kalau si Fuad tu pegang-pegang sayang, boleh pulak.” Luahnya tiba-tiba. Sengaja dibangkitkan nama fuad untuk menyakat isterinya itu. Bukan dia tidak Nampak yang Fuad selalu saja mencari alasan untuk berada dekat dengan Syazreen. Namun, dia percaya yang Syazreen juga sedar akan hal itu. Cuma sengaja buat-buat tak sedar. Sengaja mahu membakar hatinya mungkin.
      Aku tersentak apabila nama Fuad disebut-sebut. ‘Bila masa pulak si Fuad tu pegang-pegang aku?’
     “Awak cakap apa ni? Bila masanya si Fuad tu pegang-pegang saya?” Marahku. Tak puas hati apabila dituduh begitu. Memanglah aku bersikap dingin dengannya, tapi tidak pernah terlintas langsung untuk aku membuat sesuatu yang tidak elok seperti itu. Aku sedar akan statusku yang satu ini.
      “Habis, takkan sayang pulak yang pegang-pegang dia?” Sahel Haqimy memprovok lagi. Suka benar dia melihat wajah bengang isterinya itu. Sukar untuk dia bayangkan sekiranya Syazreen tiada di sisinya satu hari nanti.
      “Sahel!” Jeritku.
      Sahel Haqimy ketawa berdekah-dekah. “ok..ok..sorry. Abang gurau je la.  Sayang abang ni, asyik nak marah je. Dosa tau marah-marah kat suami. Nanti tak cium bau syurga, baru tau.”
      Aku memandangnya geram. Suka sangat nak psiko aku dengan benda-benda macam tu. Memang kalau tak diberitahu pun, aku sudah sedia maklum yang sudah banyak dosa yang ku lakukan terhadap suamiku itu. Namun, ego lebih mengatasi segala-galanya. Namun, kata-katanya itu sudah cukup membuatkan aku terdiam.
     “Reen… abang mintak maaf ok. Abang bergurau je. Reen abaikan je apa yang abang cakap tadi tu ya.” Sahel Haqimy bersuara apabila melihat kebisuan isteri kesayangannya itu. Terbit rasa  bersalah dengan segala kata-katanya tadi walaupun dia Cuma mahu menguji isterinya itu dan walaupun kata-katanya itu memang benar sekali, tapi dia tidak terniat langsung untuk membuat isterinya rasa bersalah.
     Aku tersenyum sedikit memandangnya. “Takpe la Sahel. Saya tak ambik hati pun. Memang betul apa yang awak kata tu. Isteri macam saya memang tak layak masuk syurga.” Kataku lantas memulas tombol pintu. Aku mahu segera keluar dari bilik itu. Bimbang benteng ego yang aku bina selama ini runtuh. Aku sudah mula merasakan sesuatu yang aneh. Namun langkahku terhenti apabila lenganku terasa ditarik.
        “Reen…abang mintak maaf ok. Abang tak bermaksud apa-apa pun. Please Reen….jangan macam ni. Reen buat abang risau.” Sahel Haqimy berkata.
        Aku tersenyum memandangnya. “Tak pe. Tak payah mintak maaf. Awak tak buat salah pun.” Ujarku lantas menarik kembali tanganku dengan perlahan.
        Sahel Haqimy masih tidak puas hati. Dia tetap mahu mendengar kata-kata kemaafan  dari isterinya itu. “Abang tak benarkan Reen keluar selagi Reen tak cakap yang Reen maafkan abang.” Tegasnya.
        Aku yang sudah mahu memboloskan diri itu segera berpaling. Memandangnya dengan keluhan dibibir. Bosan apabila lelaki itu masih mahu memanjangkan cerita. Walhal aku sudah tidak mahu mendengarnya apatah lagi mahu memberikan kemaafan kepada lelaki itu kerana bagiku dia tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Sepatutnya aku yang meminta maaf daripada dia. Ini terbalik pula.
     “Sahel… awak ni kenapa? Kan saya dah kata…tak payah mintak maaf. Awak tak salah apa-apa pun la.” Kataku dengan nada bosan. Orang nak pergi masak ni. Dia sibuk nak bermaaf-maafan segala. Tak ingat ke yang kita ni ada tetamu? Omelku di dalam hati.
      Sahel Haqimy tersengih. “ Tapi..abang tetap rasa yang abang dah sakitkan hati Reen. Reen cakaplah yang Reen dah maafkan abang ye. Kalau tak..nanti hidup abang tak tenanglah sayang.” Rayunya bersungguh-sungguh. Selagi isterinya itu tidak mahu memaafkannya, selagi itu dia rasa yang dia perlu memaksa supaya dirinya tidak dikuasai rasa bersalah yang teramat sangat.
       Aku mendengus geram. “Ok, fine..saya maafkan awak. Puas hati? Sekarang ni..boleh tak tolong lepaskan tangan saya?” pintaku sambil memandang tangannya yang masih kejap memegang tanganku.
      Sahel Haqimy tersenyum lega sambil melepaskan pegangannya. “Thanks sayang. Abang janji tak cakap lagi macam tadi tu.” Katanya sambil mengangkat tangan seperti mahu berikrar lagaknya. Perbuatannya itu mengingatkan aku kepada pertemuan kedua kami semasa di hadapan kedai buku dahulu.
      Aku tergelak memandangnya sambil menggelengkan kepala.
      Sahel Haqimy yang hairan dengan tingkah isterinya itu mengerutkan dahi tanda tidak faham. “Kenapa Reen gelak?” soalnya.
      Aku menggeleng saja. Lantas membuka pintu. Namun sekali langkahku terhenti apabila lenganku ditarik. Aku merengus kasar. “Apa lagi kali ni?” soalku geram. Nada suaraku juga sudah berubah. Bengang betul la dengan dia nih. Tau tak orang nak masak. Nak suruh Nisa tu pengsan kelaparan ke apa? Tuan rumah apa macam ni kalau tetamu dibiarkan tanpa layanan yang sewajarnya? Walaupun Nisa tu adik iparku, tapi kalau sudah namanya tetamu..tetap tetamu jugak.
     “Oppst..sorry. Reen nak pergi mana pulak tu? Tadi kata dah maafkan abang.” Soalnya lurus.
     Aku menepuk dahi. Adeh…migraine aku dapat laki macam ni. “Encik Sahel Haqimy..dengan ini saya mengumumkan yang saya hendak turun ke bawah.. menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam. Kita kan ada tetamu sekarang ni dan tetamu kita tu adalah adik awak iaitu adik ipar saya. Jadi, saya hendak menyiapkan makan malam untuk adik ipar saya tu dan untuk kita juga supaya nanti kita tak lah pengsan kelaparan. Is that clear?” jelasku dengan panjang lebarnya.
    “Alamak! Abang lupa la Reen. Sorry..sorry.” Sahel Haqimy sudah tersengih-sengih malu. Macam mana dia boleh terlupa yang adiknya Nisa berada di rumah mereka sekarang. Aduh..tak pasal-pasal kena smash!
      Aku cuma mampu menggeleng lantas cepat-cepat keluar dari bilik itu. Malas mahu melayan lelaki itu lagi. Sebab melayan kerenah dialah aku sudah terlewat menyediakan makan malam kami. Ish…suka delaykan kerja aku tau dia ni. Geram betul. Bebelku di dalam hati.
       “Eh…Reen..kejap-kejap…” Sahel Haqimy menahan lagi langkah Syazreen.
    Aku yang sudah mahu keluar itu melemparkan pandangan geram. “Awak nak apa lagi nih?” Marahku dengan suara yang masih di bawah paras kawalan. Baran pula aku dengan lelaki ni. Ada saja yang ingin diperkatakan.
       “Nak kiss sikit boleh? Kat sini je.” Katanya sambil menunjukkan pipinya dengan sengihan lebar.
       Aku yang mendengarkan permintaannya itu membulatkan mata. Kiss? No way ok! Desis hatiku. “Banyaklah...ni nampak?” soalku sambil menunjukkan penumbuk kecilku ini beserta satu jelingan tajam.
       “Wow…garangnya. Abang mintak sikit je. Tapi, kalau sayang nak bagi banyak..abang lagi suka.” Balasnya sambil tersengih-sengih. Dia tahu, yang isterinya itu takkan mudah untuk memberikan apa yang diminta. Sengaja mahu diuji wanita kesayangannya itu.
        “Jangan nak menggatal eh. Dah la, saya malas nak layan awak.” Aku cepat-cepat melangkah keluar. Sebelum hati dan perasaanku ini masih dibawah paras beku, baik aku blah. Nanti dah cair, susah pulak.
      Sahel haqimy sudah terduduk dibirai katil sambil memandang ke arah pintu bilik yang sudah pun tertutup rapat itu. Syazreen..Syazreen. Abang sayang Reen sangat-sangat. Kenapalah susah sangat Reen nak sayang abang jugak? Ya Allah..bukakanlah pintu hati isteriku untuk menerimaku Ya Allah. Dia bangun untuk menuju ke bawah. Terasa ingin membantu Syazreen di dapur. Harapkan Nisa tu..erm, memang tak la! Kat rumah pun liat nak tolong Umi. Hatinya berkata.

“ABANG dengan Kak Reen bila nak dapat baby?”
       Itu dia! Soalan cepu emas  daripada Nisa ketika kami bertiga sedang enak menjamu selera. Aku yang ketika itu sedang mnyuap nasi tersedak-sedak seketika. Sahel yang berada di sebelahku juga turut tersedak-sedak.
       “Nisa! Apa ni? Kenapa tanya soalan macam tu. Tak manners tau tak? Awak tu budak kecik lagi. Dah pandai eh tanya soalan-soalan macam tu. Mana belajar ni?” Marah Sahel Haqimy. Dia menepuk-nepuk belakang Syazreen. Sengaja diambil peluang yang ada. Bukan senang nak sentuh isterinya itu. Teringat akan kemarahan Syazreen yang sangat beria-ia beberapa hari  lepas apabila dia sengaja memeluk pinggang isterinya. Niatnya hanya mahu menguji. Tidak pula dia tahu yang Syazreen akan naik angin dengan tindakannya itu. Jenuh jugak dia meminta maaf. Dalam hatinya tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada adiknya itu. Bagus jugak soalan Nisa ni. Desis hatinya.
      Aku yang masih tersedak-sedak itu cuba untuk berlagak tenang. Tangan yang berada di belakangku itu terasa mahu ditepis, tetapi tidak mahu perbuatanku itu membuatkan Nisa menjadi curiga. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku merelakannya walaupun di dalam hati sudah berbakul-bakul kata-kata tidak puas hati yang keluar.
      Nisa sudah tergelak-gelak memandang aku dan Sahel. “Abang dengan akak ni kelakarlah. Orang tanya pasal bila nak dapat baby je pun. Yang gelabah sampai tersedak-sedak ni kenapa? Selekehlah abang ngan akak ni.” Kata Nisa sambil ketawa kuat. Selamba saja dia mengenakan abang dan kakak iparnya itu.
     Sahel Haqimy memandang geram ke arah adiknya itu. Bertuah punya adik! Selamba badak je cakap macam tu. Memanglah Nisa tanya pasal bila baby je dik oi. Tapi, masalahnya..soalan tu dikemukakan kepada orang yang salah. Kalau abang, boleh je abang kata coming soon. Tapi, Kak Reen kau ni.. jangan kata coming soon…come to me pun dia tak nak. Sahel Haqimy berkata-kata di dalam hati.
      “Nisa..” Sahel Haqimy menyebut nama adiknya itu. Sengaja dibuat nada serius begitu. Biar adiknya takut sikit. Kalau tidak, mulut tu asyik nak bercakap yang bukan-bukan je. Mengalahkan dah dewasa sangat-sangat je lagaknya adik perempuannya yang sorang ni.
        Nisa yang sedang tergelak besar tu segera terdiam. “ Oh..ok..ok. Nisa diam.” Namun, masih terselit sedikit senyuman dibibirnya.         
     “Insyaallah Nisa. Kalau ada rezeki.. adalah. Nisa jangan risau ok.” Kataku sambil tersenyum memandangnya. Ah..sudah. kenapa pula aku pergi cakap macam tu kat Nisa ni? Habislah… mesti mamat sebelah ni fikir bukan-bukan kejap lagi. Terasa tidak percaya pula bila kata-kata itu yang terkeluar dari mulutku ini.
      Sahel yang mendengar kata-kata isterinya itu menayang muka terkejut. Ish..biar betul. Macam ada chance je. Ini bukan setakat coming soon je.. dah boleh jadi as soon as possible ni. Sahel Haqimy tersenyum-senyum sendiri sambil merenung wajah isteri kesayangannya itu.
     “Sayang dah ready ke?” soal Sahel Haqimy.
     Tengok. Kan aku dah cakap. Dia ni kan..tak boleh aku nak berlakon sikit. Mesti nak take serious je. Ish..geram betul! Aku mencerlungkan mataku ke arahnya sambil berbisik. “Saya temberang  je la. Awak jangan nak fikir bukan-bukan ye.”
      Sahel Haqimy tersengih. “Its ok sayang. Kalau betul pun apa salahnya.” Katanya sambil mengenyitkan mata ke arahku.
      Aku mengetap bibir tanda protes. Mahu saja ku sumbat-sumbat nasi yang ada ini ke dalam mulutnya itu bagi penuh. Biar tak mampu untuk berkata-kata apa.
      “Ehem..ehem.. kalau ye pun tak sabar. Tunggulah malam sikit abang. Ingat sikit, Nisa ni budak kecik lagi. Tak baik bermesra-mesra depan budak kecik.” Sindir Nisa sambil memulangkan paku buah keras kepada abangnya. Sengaja ditekankan perkataan budak kecik itu.
      Aku sudah tersengih memandang Nisa. Baik punya sound la Nisa. Padan dengan muka dia. Aku ketawa di dalam hati.
      Sahel Haqimy memandang adiknya itu dengan pendangan geram. Namun, seketika kemudian dia turut ketawa kerana tidak tahan melihat wajah kerang busuk Nisa yang sengaja ditayangkan itu. Nisa..Nisa…adiknya itu selalu saja buat orang ketawa dengan fiil kanak-kanaknya itu. Walhal usia sudah menjangkau 21 tahun.
   

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...