Assalamualaikum wbt,
At last, the new entry is coming. Aku ingatkan waktu belajar
which is waktu yang aku dok berperang dengan buku-buku dan segala macam jenis
nota yang aku sendiri pun kadang-kadang susah tahap kilometriko nak faham jadah
apa yang aku tulis tu, lagi susah... rupanya dah buat intern ni lagi susah aku
nak curi barang sesaat dua masa untuk bercerita kat teratak usang aku yang
sekangkang kera ni. Memang la orang kata, masa tu kalau tak diguna
seelok-eloknya... jangan mimpi la dapat nak kejar buat semua benda. Tu la yang
aku alami sekarang ni agaknya. Huhuhu. Tapi, bukan tu pun la yang aku nak
cerita for this entry. Ada benda lagi best yang diceritakan actually.
So, let me start with...
Baik + Hati = Baik hati
Dah kenapa pulak buat entry dengan segala equation macam nak
buat tutorial add maths bagai ni kan? Hahaha. Sebenarnya, aku tengah dok main
perang-perang dengan dua benda ni la.
Baik
Ok, jom masuk bab yang satu ni dulu. Baik. Ramai nak jadi
baik. Aku pun nak jadi baik. Masa mula-mula aku ubah cara berpakaian... pakai
tudung besar gedabak which is kata kawan aku masa aku gosok tudung gedabak aku
tu depan dia,
“Macam boleh buat alas meja..”
Hahaha. Cis, ayat redah makan dalam. Sentap? Of course la
tak. Kenapa? Sebab aku pernah dapat ayat kaw lagi berapi lagi daripada tu
sebenarnya. Its good to hear ayat “macam boleh buat alas meja” daripada dengar
ayat yang macam ni...
“ Bajet baik je..."
Allah... boleh bayangkan tak kalau orang cakap macam tu kat
kau?
So, bila aku buat keputusan nak ubah cara berpakaian... aku
tak buat sorang-sorang. Aku ajak kawan aku yang masa tu aku rasa dia je faham
apa yang aku nak buat. Sebabnya dia jugaklah orang yang banyak sedarkan aku
dalam aku rasa aku dah cukup baik sebab selalu bagi ‘ceramah’ agama percuma kat
dia yang mana waktu tu dia pun tengah terkapai-kapai dalam dok cari erti
hidup... aku rasa. Hahaha. Kejam jugak la kot sebab diri sendiri ada rasa nak
ubah cara berpakaian, tapi tak berani buat sorang-sorang. Lepas tu ajak orang
pulak tu. Nasib baik la kawan aku tu sefikrah sepusing sepusat jugak gayanya
dengan aku. Kalau tidak, malu la sendiri-sendiri sampai nak sorok muka bawah
lori.
Bila nak jadi baik ni... antara soalan-soalan makan dalam
ala-ala sentap tak ingat tu, mesti akan ada soalan yang macam ni, lagi-lagi
kalau kat facebook tu... hari-hari ada je post-post and kata-kata yang terkena
setepek gedebuk kababoom jatuh kena kat muka sendiri. Contohnya,
“ Muslimah-muslimah yang dah berubah, dan nak berubah tu...
tanya balik kat hati, anda berubah sebab apa? Sebab Allah ke sebab manusia?”
Dush! Told you kan... memang redah makan dalamnya la ayat
macam tu. Mana taknya... dulu masa mula-mula nak tukar cara berpakaian, dalam
hati memang rasa nak berubah. Yelah.. sampai bila aku nak pakai jeans ketat
ikut kaki yan konon-konon slim all the time la kut kan? And aku sendiri
kadang-kadang malu sendiri bila pakai seluar ketat gitu. Takkan la sampai dah
kahwin, dah ada anak nanti pun nak maintain pakai baju and seluar yang tak ikut
piawai Allah dan Rasul tu kan? Kata nak suami soleh... tapi, diri sendiri tak
nak berusaha jadi solehah. So, bila dengar ayat tu, aku memang sentap jugak
la.. sebab aku berubah bukan semata-mata kerana Allah... tapi, sebab nak suami
soleh. So, muhasabah.. muhasabah... muhasabah. Nak jadi solehah bukan sebab nak
suami soleh je.. tapi, nak jadi solehah sebab nak redha Allah dengan nak redha
mak ayah. Kau tak rasa kau dah membahagia dan menyenangkan hati mak ayah ke
bila kau tutup aurat bebetul macam tu? Aku nampak kot muka bangga mak ayah aku
bila tengok aku ubah cara pakaian.
Bukanlah sebelum ni aku ni jenis stok bebudak yang tak ambik
port pasal dress code yang tak ikut rules and regulation Allah dan Rasul tu, in
fact aku sendiri walaupun masa tu tak pakai tudung labuh, tak pakai seluar besar-besar
gedabak... tak pakai stokin.. tak pakai handsock... tapi, aku dengar nasyid..
aku dengar radio islam ikim.fm tu... aku biasa dah dengan ayat-ayat salam
ukuhuwah... bittaufiq wannajah... ukhuwah fillah abadan abada... aku biasa je
dengan semua tu... tapi, dalam aku rasa aku ni dah cukup baik, siapalah aku nak
judge diri sendiri dah cukup baik. So, Allah hantar ujian kat aku. Ujiannya
bila kat kolej, pandangan mata aku ni dihidangkan dengan satu suasana di
mana-mana je ceruk kolej tu, mesti ada yang pakai tudung labuh. In fact, siap
ada persatuan islam lagi.. which is nama dia BAKTI – Badan Teknorat Islam- yang
dikemudi semuanya bebudak muda-mudi. Muda-mudi? Aiseh la... malu kot kan dengan
bebudak muda yang muda-muda dah tau nak jaga aurat. Aku yang lebih tua ni tak
reti-reti nak tutup aurat. Betul la orang kata, kata-kata mesti seiring dengan
perbuatan. Memang aku selalu nasihat adik-adik junior aku yang serumah dengan
aku masa tu. Bak kata kawan aku si Mai, “ Kak Ain, my taikotai...” tapi, aku
sendiri tak la perfect sangat.
Walaupun macam tu, solat... puasa... kadang-kadang terlepas
gak jadi imam solat untuk kawan-kawan kat rumah tu, baca quran ( itupun surah
yasin je setiap malam jumaat), tapi aku rasa macam ada yang kurang kot...
aurat? Aku pakai tudung dah bila keluar rumah. Yelah.. memang pakai tudung..
tapi, ikut rules Allah dan Rasul ke
tidak pemakaian tudung aku tu kan selama ni?
Dan memang betul la. Petunjuk Allah tu memang ada kat
mana-mana pun waima kat mana tempat pun kau tercampak pergi. Masa tu aku hantar
atok and nenek aku pergi umrah kat KLIA. Masa ada kat sana, aku tetiba rasa
malu dengan diri sendiri. Sebab manusia kat keliling aku masa tu memang semua
stok tudung labuh. Yes, muda-muda semuanya. Allah... betul la.. mungkin
orang-orang sekeliling aku tu asbab je yang Allah hantar untuk bagi aku sedar
dari mimpi.
Balik dari KLIA tu, terus aku termenung and berfikir. Lepas
tu, aku terus mesej Mai (Mai is kawan yang aku sebut kat atas tu). Aku cakap
kat dia macam ni,
“ Mai, jom ubah cara berpakaian..”
Hahaha. Nasib baik la budak Mai tu satu kepala je dengan
aku. Dia pun kata,
“ Memang Mai dah start pun nak tukar. Mai nak buat
sorang-sorang, macam tak de kekuatan je. Ada Kak Ain ni.. inshaAllah la kot Mai
boleh..”
Alhamdulillah.
Dan sekarang ni, inilah dia aku nya. Dari budak yang tak
kesah pasal baju apa nak pakai... perasan dah cukup baik... sekarang ni tengah
belajar-belajar lagi nak jadi baik.
Aku tak kata aku dah cukup baik just because aku dah pakai
tudung labuh... pakai baju labuh.. pakai stokin.. pakai handsock... keluar
rumah even untuk menyapu barang sebesar hama habuk-habuk yang ada sambil tutup
kepala tak nak bagi nampak rambut segala.. aku pun masih cuba nak jadi baik
based on the correct definition of what is ‘baik’ actually.
Baik tu bak kata Hlovate,
Bila kita dah settle
bab solat dan ibadat, kita sepatutnya dah settle bab hidup bersyariat. Dan bila
kitat dah settle bab hidup bersyariat tu, kita sepatutnya dah settle bab aurat....
Dan aku... masih belum cukup baik. Masih lagi nak betulkan
amat ibadat.. sistem hidup bersyariat... dan semua yang sama waktu dengannya.
Hati
Bila start berubah...
aku dah tanam azam dalam diri, benda yang aku nak jaga sekali adalah HATI.
Kalau dulu, aci redah je chatting dengan ajnabi.. walaupun tak melibatkan soal
hati, tapi kalau dah chatting dengan lelaki, for sure la akan ada yang mengusik
hati. Ingat setan tu nak duk sengih je usha dari jauh? Kalau dah ada lelaki,
ada perempuan.. dah tentu-tentu ada peneman and siapa lagi kalau bukan setan
kan? So, itu la yang cuba aku praktiskan dari hari ke sehari. Nak kata kena blame tu, boleh kata ada je la yang tak faham bahasa gak. Ada yang siap
marah-marah lagi. Ah.. aku peduli hape... aku ni dah la belum cukup baik lagi.
Bila ada kata-kata macam nak mintak penampar je gayanya tu, aku tahan perasaan
jelah. Karang, kalau dilayan... hilang dah pahala sabar aku.
“Kak Ain... macam mana nak jaga hati?”
Hahaha.. bab hati, jangan kata si Mai ni.. aku ni pun
kadang-kadang terbabas jugak tak sempat nak brake.
Aku jawab,
“ Kenapa? Siapa yang dah menggundah gulanakan hati awak tu?”
Ceritanya, off the record la kot kan.. Huhuhu..
Bagi aku, nak jaga hati sangat la susah sebenarnya.
Lagi-lagi bila benda tu relate dengan fitrah manusia. Hati tu bagi aku ada
macam-macam benda yang meliputi satu hati dalam diri manusia tu sendiri.
Dalam hati ada perasaan,
Dalam hati ada rindu-rinduan..
Dalam hati ada cintan-cintan...
Dalam hati ada semuanya la yang berkaitan...
Dan macam mana nak melawan?
Jaga hati. Jaga pergaulan. Jaga batasan antara lelaki dan
perempuan. That’s it. Mudah kan?
Kata Hlovate lagi,
.... Bila kita dah
settle bab aurat tu, secara tak langsung kita sepatutnya dah settle la jugak
bab iktilat.
Bagi aku, antara lelaki dengan perempuan... memang tak boleh
nak jadik kawan kalau dalam hati tak de niat langsung nak menjadikan lelaki
atau perempuan tu kawan. Dan bagi aku, antara lelaki dan perempuan... the only
relationship yang valid mengikut suruhan Allah dan Rasul adalah perkahwinan.
Other than that, itu semua permainan syaitan.
Tiba-tiba teringat kat sorang kawan, bila aku kata,
“Even di alam maya sekalipun... antara lelaki dan perempuan,
kena la jaga iktilat... "
Dan sampai la niiii.... aku tak dapat khabar berita dari
dia. Hahaha.
Mungkin dia seperti aku juga, sedang berusaha. Ok, abaikan kisah yang tak best itu.
Last but not least, macam mana nak jaga hati?
Istighfar.. istighfar... istighfar.
Anda Bosan Menjadi Pemain Dan Ingin Menjadi Bandar??? Temukan Solusinya Hanya Di PesonaQQ.com
ReplyDeletePenawaran Special Dari PesonaQQ Untuk Anda Yang Bergabung Hari Ini Juga :
=>> Bonus Turnover 0.3% - 0.5% (Perhari)
=>> Bonus Referensi 20% (Seumur Hidup)
Keuntungan Anda Yang Bergabung Bersama Kami Di PesonaQQ :
*Data Anda Aman Bersama Kami
*Pelayanan Customer Service Yang Ramah 24/7
*Tersedia 8 Permainan Dalam 1 Web Yang Sesuai Dengan Skill Anda (Poker, Domino QQ, Capsa Susun, Adu Q, Bandar Q & Bandar Poker)
*Bonus TURNOVER Yang Melimpah & Bonus REFERENSI Yang Berlaku Seumur Hidup
*Hanya Dengan 1 Akun Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game Di PesonaQQ.com
Kalau Bukan Sekarang Kapan Lagi???
Ayok Tunjukkan Skill Anda Sekarang Juga, Hanya Di PesonaQQ.