Thursday, January 27, 2011

~lega...~

Assalamualaikum semua....

hari ni hari pertama bercuti..bagi akulah..sebab,kelas terakhir hari khamis..so,kira permulaan cuti untuk aku  hari ni lah..huhu..tapi,untuk orang lain...besoklah kot..huhu...

erm..pape jelah..yang pastinya,cuti dah pun bermula..hehe..

lega rasanya...bila sesuatu yang selama ni dah lama aku pendamkan terluah jugak...lega bila 'masalah' tu dah berjaya dikongsikan bersama....lagi lega bila dapat bercerita dgn mak..and  kakak aku..betullah orang kata,kalau  kita ada masalah...kita kena luahkan...tak kiralah mcm mana caranya pun...at least, hilanglah sikit tensionnya...huhu..

seriously,aku memang susah nak share masalah dengan orang..even dengan kawan2 pun aku susah nak cerita masalah...bagi aku,masalah aku..biar aku je yang rasa and tanggung...tak perlu nak libatkan orang lain...that's why,aku lebih suka jadik pendengar daripada berkongsi masalah.....(wah..boleh jadik motivator tak agak2nya aku nih?haha..

'Masalah" yang aku luahkan kat mak n kakak aku tu..bukanlah 'masalah negara' pun..tapi,,'masalah' yang dah lama aku perhatikan sebenarnya...aku tak nak 'bersuara'..tapi,biarlah diorang tahu and fikir sendiri...sebab,semuanya dah besar panjang...and kematangan untuk fikir sesuatu itu mungkin lebih sikit kot...so,rasanya tak perlulah aku beritahu apa 'masalahnya..'

cukuplah setakat aku bagitau yang aku dah lega sikit sekarang ni..lepas buat sesi luahan perasaan semalam...yang pastinya masa meluahkan apa yang aku rasa tu...aku terasa sedih sangat...and aku bersyukur sebab,mak and kakak aku sudi dengar 'masalah' aku tu....tapi,macam biasalah...kalau aku luahkan aje 'masalah' yang aku hadapi...mak and kakak aku mesti akan cakap macam ni..

"kau tu lembut sangat...cuba cakap je depan2...ni tak..bagi je orang pijak kepala"

erm..bukan masalah aku bagi atau suka orang pijak kepala aku ke apa.....sapa yang bagi tu..memang kategori 'bagero' la....huhu..aku waras lagi kot...penat2 ayah aku bayar zakat tiap2 tahun...takkanlah suka2 je aku nak bagi orang pijak kepala aku...masalahnya aku tak suka nak bangkitkan isu yang boleh dianggap remeh..bagi diorang..tapi,bagi someone yang ada jiwa sensitif macam aku ni..(walaupun luarannya nampak 'brutal'..hehe..)..bagi aku,itu isu yang bila aku fikirkan akan jadik satu 'masalah' pada aku..orang yang jiwanya macam aku je kot yang faham...huhu..

tapi,tak kisahlah semua tu...bagi aku..cukuplah kalau kata2 and perlakuan aku tak menyakitkan hati atau mengecilkan hati orang...sebab,aku sangat risau kalau orang mula terasa hati dengan aku...tapi,aku tak pulak risau kalau orang sakitkan atau kecikkan hati aku..haha...pelikkan manusia yang bernama AIN SABRINA nih?Mungkin sebab makna disebalik nama pun dah tau...cahaya mata kesabaran..that's why la orang buat apa pun kat aku..aku sabar je..huhu..

takpelah..sabar itu lebih baik dari kita terpaksa meluahkan sesuatu yang mungkin kalau tak dibendung..akan berlarutan..aku pun dah tak lama lagi je nak grade...biarlah..apa je yang aku rasa...hanya ALLAH yang tahu...and kalau rasa keseorangan,aku ada mak ayah aku...kakak aku..and adik-adik aku...diorang je yang aku percaya akan sentiasa ada bila aku dalam 'kesusahan' selain DIA...

P/S : satu hal lagi yang aku kurang senang..bila 'dasar' compromisation dah seakan2 hilang....pelik jugak sebenarnya...risau pun ada...it's ok,selagi aku boleh kekalkan 'dasar' tu dalam diri aku..aku akan cuba..insyaallah,kalau aku yang mendahulukan sesuatu tu...and kalau seseorang tu tak atau belum berkemampuan nak membalasnya..its not a big deal for me...bak kata pepatah.."berat sama dipikul..ringan sama dijinjing.."hehe...

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...