Monday, November 26, 2012

Perubahan Hanya KeranaNya Part 2



Assalamualaikum wbt,

Ingat lagi tak entry saya yang sebelum ni? Entry yang bertajuk, Perubahan hanya keranaNya? Dalam entry tu saya tuliskan kisah ala-ala kisah penghijrahan saya jugaklah. Ada yang ingat lagi tak? Hehehe. Alhamdulillah, kali ni saya nak sambung sikit lagi pasal perubahan yang berlaku kat diri saya. Kenapa dan macam mana saya boleh berubah dari seorang yang suka hentam keromo dalam berpakaian, kepada seorang yang lebih berhati-hati dan lebih mementingkan garis panduan sebagai seorang remaja islam yang sebenar dari segi berpakaian.

Ramai yang kata saya dah lain. Saya tertanya-tanya jugak, apa yang dah lainnya kat diri saya ni? Dan bila saya belek-belek balik diri saya, sedarlah saya yang kelainan itu mungkin terserlah di mata orang lain (termasuklah bekas kawan-kawan sekolah saya dulu) apabila melihat penampilan saya yang sekarang berbanding penampilan saya yang sebelum ini.

Yelah, mana tidaknya.. Ain Sabrina yang dulunya budak perempuan yang tak ambik kisah langsung tentang etika pakaian sebagai seorang remaja perempuan muslim, tiba-tiba berubah dengan berstokin bagai, ber’arm’ sock segala, tudung pun dah labuh tutup dada, and yang paling best.. dah tak pakai dah seluar jeans yang ikut bentuk kaki tu, dan digantikan pulak dengan seluar slack yang dulunya sama sekali tidak disukai. Allahuakhbar.. kuasa Allah kan? Alhamdulillah, saya bersyukur sebab saya antara orang-orang yang dapat hidayah ALLAH tu. 

Macam mana boleh tergerak hati nak buat perubahan?

Masa tu, saya baru je habis study. Jadi, sementara nak tunggu keputusan peperiksaan dan juga keputusan untuk sambung ijazah, banyak sangat benda yang menyedarkan saya. Salah satunya, saya banyak bermuhasabah diri. Saya check balik, apa yang tak kena lagi dengan diri saya ni? For sure, saya memang berazam sangat untuk jadi orang yang lebih baik. Setiap hari, saya cuba improve diri. Saya jaga solat. Bukanlah sebelum ni tak solat ke apa, tapi, mungkin sebelum ni saya jarang ambil berat tentang solat di awal waktu, jadi saya cuba untuk solat di awal waktu. Saya jaga tutur kata. 

Macam mana tergerak hati nak buat perubahan, saya kira itu kuasa Allah. Saya ingat lagi, masa tu, atuk dan nenek saya nak menunaikan umrah dan saya ikut menghantar mereka ke airport. Masa kat airport, saya memerhati sekeliling saya. Saya tengok ramai sangat anak-anak muda yang sebaya dengan saya ataupun mungkin ada yang lebih tua dan lebih muda dari saya memakai tudung labuh, baju muslimah, dan  berstokin. Bila tengok semua tu, saya rasa malu sangat. Saya yang kononnya selalu menasihatkan adik junior saya, dan kawan-kawan saya tentang agama, masih gagal nak menyempurnakan penampilan saya sebagai seorang muslimah yang sebenar. Sepanjang berada di airport, itulah yang saya fikirkan.

Itu mungkin petunjuk dari ALLAH untuk saya jugak. Lepas je balik dari hantar atok dan nenek saya tu, saya terus rasa nak berubah. Berubah dari segi berpakaianlah maksudnya. Dari situlah saya mulakan agenda  membeli baju-baju muslimah which is sebelum ni saya pandang tak pandang je baju-baju macam tu. Siap boleh kata macam ni lagi bila ada kawan-kawan yang menyuruh saya memakai baju-baju yang macam tu,

“aku kalau pakai macam ni, boleh jadi ustazah sekejap..”

Sekarang, baju-baju ‘ustazah’ itulah yang sentiasa dipakai ke mana saja saya pergi. Hehehe. Nampak tak hikmah dariNya kat situ? Kebetulan juga masa tu, saya dapat buat part time jaga exam kat UiTM kampus bandaraya Melaka dengan kawan saya, dan di situ jugaklah bermulanya segala perubahan-perubahan dalam diri. Saya mulakan dengan pakai stoking, siap dengan arm sock lagi tau. jangan tak percaya? Hehehe. Bila dah hari-hari pakai stoking, pakai arm sock, saya rasa best sangat. saya rasa hidup saya lagi tenang. Bila tak pakai, saya rasa janggal pulak. Allahuakhbar… hidayah Allah tu indah kan?

 Saya ingat lagi, masa pergi ziarah kawan saya yang baru dapat anak. Sampai je kat rumah dia, dia terus cakap macam ni,

“Aku ingat ustazah mana la tadi..” katanya sambil tergelak-gelak.

Saya sengih je. Itu belum lagi kawan saya yang saya jumpa masa pergi open house (masa hari raya hari tu) di rumah kawan baik saya. Reaksi yang dia tunjukkan itu seolah-olah saya dah menjadi orang lain pulak. Kelakar jugaklah bila ingat-ingatkan balik. Saya ingat lagi kata-kata kawan saya tu,

“Eh..Ain.. kau ke ni? Apasal ko pakai macam ni? Kau tak panas ke? Siap berstokin bagai..” kata dia dengan riuh rendahnya.

Saya cuma menggeleng je. Tak panas pun. Saya rasa lagi selesa adalah. Sesungguhnya, semua orang boleh berubah. Dan saya antara orang-orang yang ALLAH buka luas hati dan minda saya untuk melakukan perubahan itu. Yang pastinya, perubahan ini bukanlah untuk suka-suka, tetapi perubahan in adalah ikhlas kerana DIA. semoga ALLAH kuatkan hati saya untuk terus mujahadah dan istiqamah dalam mencari dan menggapai redhaNYA. Amin. 

-Saya masih Ain Sabrina yang dulu, Cuma bezanya sekarang, saya dah tak berpakaian macam dulu. (^_^)

p/s : In Shaa Allah, saya akan update bab baru untuk Permaisuri Hati. Nantikan ye..:) Maaf lambat sangat bayar hutang dengan anda semua…

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...